Makan-makan kat Domino's

Thursday, December 03, 2015


Assalamualaikum wbt

Bila dah ramai-ramai kat rumah ada saje plan yang dibuat oleh anak-anak. Sesekali bolehlah layan. Hari-hari mengadap kerja saje, kita pun perlukan happy hour.  Sejak aku melayan beberapa game bowling ni, anak-anak pun tersuka sama terutama abang irfan. Asal hujung minggu je ajak aku gi main main bowling. Sesekali boleh ler layan, selalu mau susut jugak poket ni....

Yang seronok nye, irfan cepat dapat tangkap skill yang patut dia guna. Kalau dia berlatih selalu, boleh cekap jugak tu. Kalau dah berminat, aku cadangkan dia ikut latihan team sekolah dia jadi bolehlah perbaiki tahap permainan. Tapi aku bukan nak cerita pasal bowling. Sebelum gi tempat bowling perut kena isi dulu. Adik wan kena bagi kenyang dulu untuk elakkan dia buat kacau. En Hubby siap sponser 1 lori mainan untuk dia main. 

Port yang paling dekat ialah Domino's Pizza kat Kulim Landmark Center. Bukan nak makan pizza sangat tapi sebab nak menghabiskan kupon yang ada. Beli satu large 1 regular plus sebotol air...top up lagi 27 ringgit jer.....jimat kan??

Makan-makan kat Domino's, domino's pizza, cuti sekolah

Jarang sungguh ber dine in kat sini.  Orang pun tak ramai, ramai yang order bawa balik.

Makan-makan kat Domino's, domino's pizza, cuti sekolah

Promosi yang ada sekarang kat Domino's tapi kami tak beli yang ni.

Makan-makan kat Domino's, domino's pizza, cuti sekolah

Yummy!!!
Mai dengan budak-budak ni, sekejap jer selesai. Elok jer mak dia kata ok dah ambik gambar...zzup zap zup zap....habis....
Kalau nak banding ngan Pizza Hut, aku lebih suka makan pizza hut. Tapi dah ada banyak kupon untuk dihabiskan, beli jer la janji sedap dimakan.

Makan-makan kat Domino's, domino's pizza, cuti sekolah

Muka-muka yang kegembiraan dapat keluar rumah.  Ada sebulan lagi yer anak-anak lepas tu sila fokus semula pada pelajaran awak semua. Adik Wan saje yang masih bersekolah sekarang ni sebab Smart Reader pertengah disember baru cuti. 




You Might Also Like

3 comments

  1. meltingnya...tiba2 teringin nak makan pizza :)

    ReplyDelete
  2. Ehh sama jugak... Sha pun suka makan PizzaHut.... ntah... flavour dia tak heavy sangat macam Domino's kot.... tapi adik2 Sha gila Dominos...

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook