Ketahui Jantina Anak Cara Tradisional

Wednesday, August 19, 2015

Jantina Anak

Assalamualaikum wbt

Anak adalah penyeri rumah tangga. Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti mengimpikan punyai anak-anak yang comel sebagai penghibur.  Bila si suami dah tahu isteri bakal memberi zuriat pada keluarga, mulalah masing-masing membuat persiapan menyambut orang baru.

Perasaan sukar digambarkan....gembira walaupun dalam hati ada juga sedikit gusar menanti detik kelahiran.  Kadang-kadang kita teruja nak tahu apakah jantina bayi yang bakal dilahirkan. Dengan teknologi yang ada sekarang biasanya kita boleh scan sahaja jantina anak samada lelaki atau perempuan. 

Tapi ibu-ibu kita dulu boleh mengetahui jantina anak agak tepat dengan cara melihat bentuk fizikal kandungan dan tingkahlaku seseorang ibu yang sedang mengandung. Sedikit tips yang boleh dikongsi sebagai panduan bakal-bakal ibu bapa bagaimana untuk mengetahui jantina bayi yang bakal dilahirkan mengikut kaedah tradisional.

Bagaimana nak tahu  jantina kandungan itu adalah lelaki :

  • Seseorang ibu itu tidak mengalami masalah morning sickness yang teruk pada awal kehamilannya atau tiada langsung mengalaminya.
  • Bahagian hadapan tubuh terasa beban yang berat.
  • Siibu suka akan makanan masam dan masin.
  • Siibu suka akan makanan daging dan berkeju.
  • Perut ibu mengandung kelihatan berbentuk bulat sempurna
  • Tapak kaki ibu kerap berasa sejuk.
  • Perut ibu mengandung itu berbentuk condong ke bawah.
  • Siibu suka menghalakan wajahnya ke arah utara ketika tidur.
  • Ibu mengandung itu dan suami sama-sama mengalami pertambahan pada berat badan.
  • Siibu akan tampak lebih berseri semasa kehamilannya.
  • Hidungnya tampak lebih mekar dari biasa.
  • Sering mengalami sakit kepala.
ketahui jantina anak cara tradisional

Bagaimana nak tahu jantina kandungan itu adalah perempuan :

  • Seseorang ibu itu mengalami morning sickness pada awal kehamilannya.
  • Siibu merasakan beban berat terutamanya di bahagian  pinggul dan punggung.
  • Ibu yang mengandungkan bayi perempuan biasanya mengidam akan makanan manis.
  • Amat suka akan buah-buahan.
  • Gemar meminum air atau jus yang berasa masam.
  • Siibu menjadi lebih cerewet ketika hamil.
  • Siibu itu mudah moody berbanding sebelum mengandung.
  • Payudara ibu sebelah kiri kelihatan lebih besar berbanding yang kanan.
  • Rambut ibu berwarna sedikit kemerahan berbanding sebelum ini.
  • Keadaan bentuk perut ibu lebih condong ke arah atas.
  • Perut siibu tampak agak lonjong.
  • Kulit wajahnya mudah bermasalah berbanding sebelum ini.
  • Kurang gemar memakan roti bersama-sama kulitnya.
  • Payudara ibu mengandung itu kelihatan mengembang.
  • Amat gemar menghadapkan mukanya ke arah selatan ketika  tidur.
Kaedah ini telah diamalkan oleh masyarakat lama sejak bertahun-tahun dahulu dan ianya adalah agak tepat. Walau bagaimanapun Allah jua yang menentukan segalanya, dia juga yang maha mengetahui.

Pengalaman aku ketika mengandung ke empat-empat orang anak, naluri seorang ibu juga ada terdetik sendiri samada anak itu lelaki atau perempuan. Aku merasai detik itu setiap kali mengandung. Apapun jantina anak yang dilahirkan, terima ia dengan seadanya kerana itulah harta dan amanah Allah yang tidak ternilai sepanjang hidup kita.......


You Might Also Like

4 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook