Ketahui Jantina Anak Cara Tradisional

Hubungan antara ibu dengan anaknya sangatlah mulia dan diberi penekanan dalam Islam. Masakan tidak, sejak dari awal tanda kehamilan dikesan, macam-macam pengorbanan harus ditanggung oleh seorang ibu. Dari morning sicknessnya, muntah muntah, hilang selera makan dan banyak lagi. Tidak hairanlah hak mendidik dan menjaga anak (hadhanah) akan diberikan keutamaan kepada isteri dan keluarga pihaknya sekiranya berlaku apa apa kepada keluarga tersebut (Rujuk – Guaman syarie dot com). Sampai masuk mahkamah tau berebut pasal hadhanah ni. Masing masing pasang lawyer untuk pastikan anak anak dibesarkan dibawah penjagaan mereka. Tetapi keputusan terakhir terletak di bawah Mahkamah Syariah. 

Anak adalah penyeri rumah tangga. Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti mengimpikan punyai anak-anak yang comel sebagai penghibur.  Bila si suami dah tahu isteri bakal memberi zuriat pada keluarga, mulalah masing-masing membuat persiapan menyambut orang baru.

Perasaan sukar digambarkan....gembira walaupun dalam hati ada juga sedikit gusar menanti detik kelahiran.  Kadang-kadang kita teruja nak tahu apakah jantina bayi yang bakal dilahirkan. Dengan teknologi yang ada sekarang biasanya kita boleh scan sahaja jantina anak samada lelaki atau perempuan. 

Tapi ibu-ibu kita dulu boleh mengetahui jantina anak agak tepat dengan cara melihat bentuk fizikal kandungan dan tingkahlaku seseorang ibu yang sedang mengandung. Sedikit tips yang boleh dikongsi sebagai panduan bakal-bakal ibu bapa bagaimana untuk mengetahui jantina bayi yang bakal dilahirkan mengikut kaedah tradisional.

Bagaimana Nak Tahu Jantina Kandungan Itu Adalah Lelaki

  • Seseorang ibu itu tidak mengalami masalah morning sickness yang teruk pada awal kehamilannya atau tiada langsung mengalaminya.
  • Bahagian hadapan tubuh terasa beban yang berat.
  • Siibu suka akan makanan masam dan masin.
  • Siibu suka akan makanan daging dan berkeju.
  • Perut ibu mengandung kelihatan berbentuk bulat sempurna
  • Tapak kaki ibu kerap berasa sejuk.
  • Perut ibu mengandung itu berbentuk condong ke bawah.
  • Siibu suka menghalakan wajahnya ke arah utara ketika tidur.
  • Ibu mengandung itu dan suami sama-sama mengalami pertambahan pada berat badan.
  • Siibu akan tampak lebih berseri semasa kehamilannya.
  • Hidungnya tampak lebih mekar dari biasa.
  • Sering mengalami sakit kepala.
ketahui jantina anak cara tradisional

Bagaimana Nak Tahu Jantina Kandungan Itu Adalah Perempuan

  • Seseorang ibu itu mengalami morning sickness pada awal kehamilannya.
  • Siibu merasakan beban berat terutamanya di bahagian  pinggul dan punggung.
  • Ibu yang mengandungkan bayi perempuan biasanya mengidam akan makanan manis.
  • Amat suka akan buah-buahan.
  • Gemar meminum air atau jus yang berasa masam.
  • Siibu menjadi lebih cerewet ketika hamil.
  • Siibu itu mudah moody berbanding sebelum mengandung.
  • Payudara ibu sebelah kiri kelihatan lebih besar berbanding yang kanan.
  • Rambut ibu berwarna sedikit kemerahan berbanding sebelum ini.
  • Keadaan bentuk perut ibu lebih condong ke arah atas.
  • Perut siibu tampak agak lonjong.
  • Kulit wajahnya mudah bermasalah berbanding sebelum ini.
  • Kurang gemar memakan roti bersama-sama kulitnya.
  • Payudara ibu mengandung itu kelihatan mengembang.
  • Amat gemar menghadapkan mukanya ke arah selatan ketika  tidur.
Kaedah ini telah diamalkan oleh masyarakat lama sejak bertahun-tahun dahulu dan ianya adalah agak tepat. Walau bagaimanapun Allah jua yang menentukan segalanya, dia juga yang maha mengetahui.

Pengalaman akak ketika mengandung ke empat-empat orang anak, naluri seorang ibu juga ada terdetik sendiri samada anak itu lelaki atau perempuan. Akak merasai detik itu setiap kali mengandung. Apapun jantina anak yang dilahirkan, terima ia dengan seadanya kerana itulah harta dan amanah Allah yang tidak ternilai sepanjang hidup kita.

Tahniah diucapkan kepada anda kerana sudahpun berbadan dua. Jaga baik-baik kandungan tu, bukan saja dari segi jasmani malah rohaninya sekali. Jika makanan rohani berupa bacaan ayat Al Quran dan zikir memuji ilahi. Makanan jasmani pula diambil dari pemakanan moden disokong fakta sains. Paling senang minumlah susu ibu hamil yang banyak terdapat dipasaran. Contohnya enfamama, frisomum dan anmum maternal. Ibusyurga ada berkongsi cara dapatkan free sample susu untuk ibu mengandung. Boleh cuba dulu sebelum beli. Ya la susu ni walaupun jenama mahal, kadang kadang tu manisnya melampau. Tak pasal pasal kena kencing manis pulak nanti. Dah jadi satu kerja nak kena suntik insulin, anak yang kita kandungkan pula berisiko tinggi menghidap diaebets sepanjang hayatnya. Rekemen baca nikmatterbaik.blogspot.com untuk tips tips pemakanan sihat bagi mengawal paras gula dalam darah.


4 Comments