ETS ke Utara

Friday, July 10, 2015

Electric Trains Service (ETS)

Assalamualaikum

Mulai hari ini bertambah lagi satu perkhidmatan awam yang boleh digunakan untuk ke utara tanahair daripada Kuala Lumpur. Sebenarnya bukan lah baru tapi penambahan kecekapan yang sediaada. 

perkhidmatan ETS KL ke Padang Besar
 pic google


ETS atau perkhidmatan keretapi elektrik sebelum ini hanya sampai setakat Ipoh sahaja. Tapi sekarang dah sampai ke Padang Besar. Bersesuaian dengan sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, pelancaran perkhidmatan ini memberi lebih peluang untuk warga kota pulang ke kampung.

Buat masa ini, perkhidmatan ETS dari Kuala Lumpur ke Padang Besar akan beroperasi sebanyak 2 kali. Satu dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dan satu lagi dari Padang Besar ke Kuala Lumpur. Tambang yang dikenakan adalah sebanyak RM81 dan akan mengambil masa perjalanan selama 4 jam 45 minit.  Tren ETS mempunyai 6 gerabak yang boleh membawa seramai 312 penumpang untuk satu-satu perjalanan.

perkhidmatan ETS KL ke padang besar
pic google

Teruja juga nak mencuba perkhidmatan ini.  Akan masuk dalam agenda cuti-cuti sekolah hujung tahun nanti.


You Might Also Like

6 comments

  1. pcl pon...emm teringin dah ni nak balik Kedah naik keretapi laju..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami teringin nak naik train gi KL hehe

      Delete
  2. Wah bestnyer nnt blh laaa naik keretapi laju..

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook