Entri pasal makan

Wednesday, January 19, 2011

Hari ni nak cerita pasal makan....siapa yg tak suka makan kan? Semua orang suka makan. Dulu masa anak2 dara chik la ni bukan la dpd jenis yg rajin nak memasak, makan pun sekadar utk cover lapar. Since dah berumahtangga masuk tahun yg ke 12 ni makin suka pulak nak main masak2. Mungkin sbb anak2 dah makin membesar dan suka makan tambahan pulak hubby jenis yg suka makan kat rumah. Tapi kalau tiba time malasnya....hehehe...buat muka tak larat jom makan kat luar!!!!! Aci gitu....

Kita layan gambar2 sambil chik la bercerita yer...



Yang ni chik la buat utk sarapan pagi tadi. Siap boleh bawak bekal gi kerja tpnya member pulak ajak makan ...kantoi betul!!!! Yang ni roti pita yg chik la sumbat kan dgn oblong daging dan sayur2an...huhuhu..breakfast pun dah heavy metal.....tp potong balik dengan bawak air lemon sebagai bekalan. Anak2pun dpt habuan masing2.



Minggu lepas adalah minggu ikan pari. Sebabnya hubby beli sekor ikan pari sederhana besar. Hari pertama chik buat pari bakar. Yang ni tak sempat tangkap gambar tp entri2 sebelum ni ada chik la masukkan pasai ikan bakar. Hari kedua chik la buat gulai ikan pari.....hmmm best! Sapa yg suka makan gulai cuba lepasni bila masak masukkan daun kesum/daun laksa....tangkap punyerrr..baunya memang best apatah lagi rasanye kekekkeh (sesi angkat bakul sendiri!!!)


Pastu selang sehari chik la buat pulak asam pedas melaka ikan pari....masakan popular negeri kelahiranku hehhe....alhamdulillah anak2 pun dah suka makan ikan pari.....abis dah cerita ikan pari..


Hat ni pulak speghetti goreng sos carbonara....pun memang kegemaran anak2. Selalu masak 3/4 bungkus speghetti cap san romeo tu (ada tanda halal tau!) memang cukup utk kami sekeluarga. Chik la suka masak cara ni sebb boleh letak sayuran macam broccoli, cabai besar, carrot daun sup, cendawan....meriah warnanya...antara cara nak suruh anak2 makan sayur banyak2....



Yang ni pulak popia goreng yg chik la buat sendiri jugak kecuali kulit popia la...kulit dia beli jer kat pasaraya satu paket saiz besar boleh buat 2,3 kali. Intinya chik la guna karot dan sengkuang racik halus2. Buat scramble egg 1,2 biji ...pastu dengan berbekalkan sebungkus perencah serbuk nasi goreng cina cap adabi....chik la gaul semua bahan2 tu atas kuali yg dipanaskan...boleh gak tumis bawang sikit pastu masukkan yg lain2 tu tp chik la suka yg tak bertumis..panaskan kuali dan masukkan semua bahan tu...pastu bungkusla dan goreng...sedap dimakan ketika panas...tp masa sejuk pun sedap jugak.....hehhe



Dan yg last sekali, chik la teringin nak makan mee udang pulak......bila la boleh layan mee udang ni. Kalau kat utara ni chik la suka mee udang teluk kumbar atau di pulau sayak.....memang best!!! Layan je la gambar dia...yg ni mee udang kat pulau sayak.....

hmmm..panjang pulak entri pasal makan yer....ada lagi....nanti chik la akan kumpulkan buat satu entri lain...daaa....

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook