Misi Cari Ganti Steam Iron.  Pada para ibu dan kaum wanita, iron ni antara keperluan seharian yang penting terutama untuk yang bekerja dan ada anak-anak sekolah.  Baru-baru ni steam iron akak rosak pulak. Maka kenalah mencari ganti secepat mungkin.

Sebelum bertukar ke steam iron, akak paling suka guna iron jenis lama, yang berat-berat tu. Rasa puas bila tengok baju licin cantik. Tapi bila dengan anak-anak ni, mereka lebih suka guna steam iron, cepat katanya.  Mulanya akak tak berapa setuju, anak-anak ikutkan aje sebab mak yang keluarkan duit kan.  Tapi hati mak-mak ni kan cepat lembut kalau dengan anak-anak.  Senyap-senyap mak order online steam iron yang tiada penyelaras suhu.  Boleh guna tanpa takut-takut baju berlubang. 

Bila dah sampai baru bagitahu kat anak-anak.  Bukan main sukalah masing-masing.  Maka yang lama diletak tepi.  Sian dia !  Bila dah cuba, dah tersuka pulak maknya.  Okaylah boleh teruskan.  Bertambah rajinlah siap iron baju kadang-kadang sampai stok untuk dua minggu.  Penuh almari.  Tapi ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan tengahari la pulak.  Dek kerana tersilap masukkan air melebihi paras yang ditetapkan, makan terus iron tu tak nak panas dah.  Aduh rasa bersalah lah sangat! 

Kononnya, nak biarkan dulu, bagi keadaan reda sekejap, manalah tau boleh keluar wap semula...tapi non hado.  Senyap terus, sejuk tak panas-panas.  Malas nak fikir lama-lama, ajak anak-anak pergi cari ganti.  Tak nak dah beli online. Kita cari terus kat kedai, puashati boleh belek lama-lama yang berkenan, boleh test test dulu.

Belilah lagi satu steam iron untuk kegunaan semua.  Kali ni kita cari jenama yang popular dan boleh dipercayai, yang boleh guna secara wap atau macam biasa.  

cerita mak mak, steam iron, cerita keluarga

Tiga jenis iron yang ada kar rumah.  Hitam manis tu iron jenis lama, berat dan kena pandai mainkan suhu sesuai jenis kain.  Kadang-kadang guna juga.  Yang tengah tulah steam iron yang buat perangai.  Mujurlah pilihan untuk cuba dahulu, beli online. Bertahan jugalah hampir setahun.  Si biru saiz besar sikit tu yang sekarang sedang berkhidmat untuk kami.  Sengaja akan cari yang tak perlukan selaras suhu sesuai jenis kain, mudah, semua boleh guna tanpa was-was.  

Meskipun steam iron ni dah lama orang gunakan, tapi orang lama-lama ni dia lambat sikit nak bertukar. Setia katanya !


15 Comments

  1. Seterika ni penting sangat. Saya pakai jenis Iron Steam Generator tu. Gosok sebelah bahagian je. Sebelah lagi akan gosok sekali. Kalau travel bawa yang sterika untuk travel sebab takut nak guna hotel punya kadang takut terhangus baju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, iron hotel memang kena hati-hati guna. Biasanya saya test atas kain lain dulu sebelum iron baju sendiri.

      Delete
  2. Ibu masih dgn iron yg lama jgk. Bila berat dia rasa kepuasannya. Teringin jgk nak try steam iron tgklah nanti ntah bila nak tukarnya. Hiihihi

    ReplyDelete
  3. Saya sejak guna steam iron mmg tak nak guna dah iron biasa Kak hehe... Seronok sbb smooth je bila gosok baju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang terjadi kat akak ni, bila dah guna steam iron dah rasa seronok dan mudah pula.

      Delete
  4. Uncle suka yang berat... tolak2 je...

    ReplyDelete
  5. Saya masih setia dengan iron jenis lama. Tak reti sebenarnya, guna steam iron.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah saya dulunya sebab tu cari yang tak perlu selaraskan suhu, taklah berlaku kejadian baju berlubang.

      Delete
  6. x dinafikan bla guna steam iron ni sy jd extra rajin. percaya tak tahap extra rajin tu, bla free telekung dgn langsir pun sy iron🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kadang-kadang rajin dia sampai stok baju 2-3 minggu siap iron.

      Delete
  7. Tak dinafikan stereka ni sangat penting..kena ada dalam rumah..pesan hati2 menggunakannya ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau guna yang tak perlukan selaras suhu ni, lebih mudah diurus oleh anak-anak.

      Delete
  8. Saya tak pernah pakai steam iron. Yang tugas iron dan basuh baju di rumah saya ada kakak asisten. Saya pernah tanya dia, nak pakai iron yg macam mana. Sebab ini tugas dia, jadi hrs lah dia yg selesa pakai

    Dan dia minta yg iron biasa saja, yg harus sesuaikan suhu. Sebab bagi dia lebih mudah dan panas.

    So, saya beli yg biasa saja kak 😄😄. Itu sebab tak pernah pakai yg steam

    ReplyDelete