Misi Cari Ganti Steam Iron
Misi Cari Ganti Steam Iron. Pada para ibu dan kaum wanita, iron ni antara keperluan seharian yang penting terutama untuk yang bekerja dan ada anak-anak sekolah. Baru-baru ni steam iron akak rosak pulak. Maka kenalah mencari ganti secepat mungkin.
Sebelum bertukar ke steam iron, akak paling suka guna iron jenis lama, yang berat-berat tu. Rasa puas bila tengok baju licin cantik. Tapi bila dengan anak-anak ni, mereka lebih suka guna steam iron, cepat katanya. Mulanya akak tak berapa setuju, anak-anak ikutkan aje sebab mak yang keluarkan duit kan. Tapi hati mak-mak ni kan cepat lembut kalau dengan anak-anak. Senyap-senyap mak order online steam iron yang tiada penyelaras suhu. Boleh guna tanpa takut-takut baju berlubang.
Bila dah sampai baru bagitahu kat anak-anak. Bukan main sukalah masing-masing. Maka yang lama diletak tepi. Sian dia ! Bila dah cuba, dah tersuka pulak maknya. Okaylah boleh teruskan. Bertambah rajinlah siap iron baju kadang-kadang sampai stok untuk dua minggu. Penuh almari. Tapi ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan tengahari la pulak. Dek kerana tersilap masukkan air melebihi paras yang ditetapkan, makan terus iron tu tak nak panas dah. Aduh rasa bersalah lah sangat!
Kononnya, nak biarkan dulu, bagi keadaan reda sekejap, manalah tau boleh keluar wap semula...tapi non hado. Senyap terus, sejuk tak panas-panas. Malas nak fikir lama-lama, ajak anak-anak pergi cari ganti. Tak nak dah beli online. Kita cari terus kat kedai, puashati boleh belek lama-lama yang berkenan, boleh test test dulu.
Belilah lagi satu steam iron untuk kegunaan semua. Kali ni kita cari jenama yang popular dan boleh dipercayai, yang boleh guna secara wap atau macam biasa.
2 Comments
Seterika ni penting sangat. Saya pakai jenis Iron Steam Generator tu. Gosok sebelah bahagian je. Sebelah lagi akan gosok sekali. Kalau travel bawa yang sterika untuk travel sebab takut nak guna hotel punya kadang takut terhangus baju.
ReplyDeleteIbu masih dgn iron yg lama jgk. Bila berat dia rasa kepuasannya. Teringin jgk nak try steam iron tgklah nanti ntah bila nak tukarnya. Hiihihi
ReplyDelete