Bekalan Nasi Lemak Air Tangan En Suami.  Hari ni bertuah sungguh rasanya sebab en suami nak sediakan bekalan untuk akak dan anak-anak ke tempat kerja.  Malam tadi lagi dah bagi tau, paling mudah esok pagi kita masak nasi lemak dengan sambal ayam sahaja. Semua orang boleh makan.  Beli ayam siap-siap, cuci dan simpan dalam freezer.

Maka awal pagi tadi terhasillah nasi lemak sambal ayam.  Kalut-kalut juga cuba mengejar masa sebelum Irfan ke hospital.  Mujur sempat sebab biasanya abang Irfan akan keluar rumah seawal 630 pagi.  Sempatlah pack kan untuk dia.

Lepas tu barulah akak packkan untuk diri sendiri dan kakak.  Dah terbiasa bawa bekalan, bila tak bawa memang rasa tak cukup.  Bekalan ibu dan anak.  Terima kasihlah en suami yang selalu memahami.  Nasi lemak dan sambal hasil air tangan en suami.  Bahan-bahan sampingan lain akak sediakan.  Bila berdua di dapur, kerja jadi cepat.


bekalan ke tempat kerja, masakan simple, menu sarapan.

Pagi ni agak lewat juga keluar rumah tapi masih sempat sampai sebelum waktu kerja bermula.  Kalau korang terbaca semalam kisah kemalangan melibatkan 12 buah kenderaan di laluan BKE Highway antara Kulim dan Seberang Jaya.  Laluan ni adalah laluan harian akak ke tempat kerja, memang kenderaan selalu laju-laju kat sini.  Tapi pagi tadi kebanyakan kenderaan memandu mengikut hadlaju yang ditetapkan 90km/jam.  Rasa aman tenteram sedikit memandu pagi tadi, tak ada kenderaan yang cucuk cucuk di belakang.

Korang sarapan apa pagi ni?


6 Comments

  1. Alhamdulillah sedapnya bekalan nasi lemak sambal ayam.
    Pagi tadi buat omelette dengan grilled cheese, sebab dah tak ada idea hehe.

    ReplyDelete
  2. Waduh sedapnya Kak! Nak² airtangan orang tersayang kan...

    Lama tak lalu BKE. Dulu selalu juga ikut situ... Jalan lurus itu yg pakat nak laju je :(

    ReplyDelete
  3. tgk sambal tu je dah tahu kompem sedap sgt niiii

    ReplyDelete
  4. Jimat belanja bila bawa bekal, tambah lagi bila en. suami yang buatkan.
    Dekat highway, waktu pergi kerja, tak usahlah bawa bawah 110 km/h duduk pula lorong paling kanan, confirm kena high beam, takpun kena cucuk rapat.

    ReplyDelete
  5. Untungnya suami pandai masak.... jangan jadi macam uncle. Mask air pun tak lepas.... huhuhu

    ReplyDelete
  6. Wah, powernya en suami ni, siap jadi chef nasi lemak pagi-pagi! Kalau pasangan macam ni, bukan setakat bekal siap, hati pun kenyang terus. Memang betul, bila berdua di dapur, kerja pun jadi laju, macam turbo! Sarapan nasi lemak sambal ayam sambil bawa bekal ke kerja premium breakfast mode ON! Lepas ni harapnya en suami buat delivery service pulak ya? 😄🍚🔥

    ReplyDelete