Corat Coret Raya Aidil Fitri Keluarga Kami.  Diam tak diam seminggu lebih dah berlalu sambutan hari raya Aidil Fitri tahun ni. Ramai dah mula masuk ofis semula termasuklah akak.  Seminggu tak ber update entry baru walaupun macam-macam cerita ada.  Sibuk sangat ke sana ke sini, maklumlah mengisi ruang bersama keluarga utara dan selatan.  

Jom tapau sekali cerita raya keluarga akak dari utara ke selatan dan kembali semula ke utara.  Perjalanan yang singkat tapi padat.   Sepatutnya tahun ni akak bercadang nak meraikan 1 Syawal di Melaka tapi disebabkan keluarga en suami dah bercadang nak berkumpul sekeluarga jadi sambutan  Syawal kami bermula di Perak.  Lagipun last minute, abang Irfan pun dapat bercuti sekali dengan kami, dapatlah ikut beraya di kampung. Seperti biasa, en suami diminta untuk memasak juadah utama.  Anak-anak pun dah faham bila beraya di kampung ayah.  

Tahun ni en suami bercadang nak buat sendiri lemang. Nasib baik ada kawan yang bantu carikan buluh lemang, maka tambah bersemangatlah en suami.  Anak-anak saudara lelaki pun ramai yang dah besar-besar, mudah nak buat kerja.

Kami bergerak balik Perak hari terakhir ramadhan, tak jauh pun sejam lebih perjalanan. Orang kata kalau perjalanan sejam ni bukan balik kampung tapi merentas negeri sahaja. Tak kisah lah mana-manapun.  Hampir 20 orang semua yang ada di kampung kali ni, memang ramai kali ni, dari yang dewasa sampai ke anak-anak kecil.  Dah lama tak berkumpul ramai-ramai macam ni.  

Masing-masing ambil peranan daripada menyediakan juadah berbuka sampailah mengemas rumah nenek.  Paling meriah bila tiba waktu berbuka. Riuh rendah semuanya.  Dah rasa macam kenduri kecil-kecilan pula.  Masak juadah pun yang simple simple aja. En suami masak kari pisang, akak goreng udang berempah, kakak ipar goreng ayam dan pucuk paku pakis goreng,  abang ipar bakar kambing PMW dan tambahan serba sedikit kuih muih yang dibeli.  

cerita raya, syawal kami, kenangan raya, meriahnya raya

Ni baru sebahagian sahaja, mujur ruang tamu dan ruang makan panjang daripada pintu depan sampai dapur, jadi mudahkan nak menghidang makanan.

Sebelah malam barulah operasi bakar lemang dan merendang.  Rendang daging akak dah naikkan atas dapur sebelah petang, buat separuh masak dulu, malam baru masak betul-betul.  Mujur ada 2 dapur, bolehlah ke sana ke mari.  Bab bakar lemang akak tak ambil part, biar yang lelaki uruskan.  Ketupat palas biras dah order siap-siap.  Tapi akak tetap rindukan ketupat nasi, kena tunggu balik Melaka baru boleh makan puas-puas, kat rumah Perak ni, ketupat nasi tiada permintaan.

Belah malam macam biasa, masing-masing cari tempat beradu.  Berbahagi-bahagi kawasanlah masing-masing.  Ada yang tidur di homestay sahaja sebab ada anak-anak yang masih kecil. Akak sefamily macam biasa, memang port depan tv, biasanya port ni sahaja yang selalu tak jadi rebutan. 


cerita raya, syawal kami, kenangan raya, meriahnya raya

Ni semua kerja orang lelaki, alhamdulillah jadi elok lemangnya.  Jimat banyak bila buat sendiri.


cerita raya, syawal kami, kenangan raya, meriahnya raya

Rumah kampung, sesekali bila anak-anak balik ramai-ramai, nampak ceria.  Rumah lama orang Perak, hasil tukangan arwah pak mertua.  Rumah asal rumah ni bahagian atas, dibuat tanpa paku.  Bahagian bawah tu tambahan kemudian bila keluarga anak-anak dah makin besar dan untuk kemudahan MIL bergerak, tak perlu banyak sangat naik tangga.

Esoknya, berhari rayalah kami semua.  Memandangkan MIL jarang-jarang sekali balik ke kampung, memang dijangka ramai saudara mara yang akan bertandang berjumpa MIL.  Lepas sesi bermaafan bergambar dan bagi duit raya, akak dan en suami tukar uniform lah  untuk acara memasak seterusnya.  Seperiuk nasi minyak dan seperiuk besar ayam masak merah untuk juadah tambahan sampai ke malam.   

cerita raya, syawal kami, kenangan raya, meriahnya raya

Operassi masak ayam masak merah di pagi raya.  Kali ni lewat sikit, biasanya kalau kami beraya di Perak, awal pagi dah siap. Kali ni buat tenang-tenang, janji siap.  

Siap semua, kami sekeluarga pun bersiap-siap untuk  pulang ke Melaka.  Mujur abang Irfan dan kakak dah boleh memandu jadi bolehlah bergilir-gilir.  Bawa bekalan siap-siap, tak mahu bersesak mencari makan di R&R.  Perjalanan lancar, walaupun kereta banyak. Kawasan rehat pun tidaklah padat sangat, mungkin raya pertama, ramai yang dah sampai kampung dan belum memulakan perjalanan jauh.


cerita raya, syawal kami, kenangan raya, meriahnya raya

Arah ke selatan kurang sesak berbanding arah utara. Tapi dua-dua arah banyak kenderaan.  Kami drive tenang-tenang saja. 

Hari raya kedua dah berada di Melaka.  Raya di Melaka tak kurang meriahnya juga.  .  Rumah di Melaka juga tak kurang ramai pengunjungnya.  Kebanyakkan adik beradik anak cucu sebelah abah. Abah bagitau raya pertama rumah penuh dari pintu depan sampai belakang, tak campur lagi yang bersembang di luar.  Kalau raya di Melaka memang awal lagi akak dan en suami tukar uniform.   Lepas sarapan pagi, dah gerak ke pasaraya cari bahan masakan.  Menu nasi ayam geprek pulak kali ni.  Siapa cepat dapatlah merasa makan. Mujurlah ada yang membantu juga.  Bila dah ada makanan tersedia, tak la risau nak keluar berjalan.  Petangnya baru lah beraya ke rumah kakak.   Memang bercinta nak keluar jalan-jalan di Melaka ni, malas nak layan trafik light. 

cerita raya, syawal kami, kenangan raya, meriahnya raya

Mujur ada pasaraya yang buka.  Waktu-waktu begini, tak boleh nak pilih tempat membeli sangat, tapi di Merlimau Point ni boleh dikatakan hampir semua ada, daripada barangan basah sampailah barangan kering.  Memang jadi tumpuanlah di sini, jalan pun berlanggar-langgar troli.


cerita raya, syawal kami, kenangan raya, meriahnya raya

Siap sambal dan ulam-ulaman.  Ayamnya lupa pulak nak ambil gambar.  Kat luar rumah memang abah dah sediakan meja panjang untuk makan. Tetamu datang lebih suka bersembang di luar.  Buah mangga memang favorite abah.

cerita raya, syawal kami, kenangan raya, meriahnya raya

Petangnya pula sambung makan karipap dan pisang goreng.  Memang tak boleh elak, kalau di kampung memang asyik makan sahaja.

Raya ketiga, bawa abah dan makde cari sarapan di luar sahaja.  Bagi masing-masing rehat dulu.  Kami pun nak bersiap-siap untuk balik rumah sendiri.  Dapat info ada pokok tumbang pula depan rumah.  Mujur ada jiran-jiran yang tidak balik kampung, minta bantuan mereka tolong uruskan sambil-sambil buat laporan minta bantuan. 

Perjalanan pulang agak lancar.  Jem tu biasa bila cuti perayaan ni.  Memang expected paling awal 10 jam perjalanan Melaka - Kulim. Lega bila sampai rumah, pokok tumbang dah dibersihkan.  Tiada kerosakan di rumah, cuma pagar rumah jiran rosak sedikit.  Tak tahulah siapa tuan punya kebun getah ni. Pokok-pokok getah depan rumah ni dah tinggi-tinggi juga. 


cerita raya, syawal kami, kenangan raya, meriahnya raya

Gambar ni sebelum pokok tumbang.  Masa nak balik kampung tu memang macam dah jangka pokok ni akan tumbang.  

Raya keempat, abang Irfan dan kakak dah kembali dengan tugas masing-masing.  Akak je yang bercuti panjang sampai hujung minggu.  Banyak kerja lain yang menanti. Raya kelima, hantar kak cik pulang ke kolej.  Raya keenam, restok barang-barang kat rumah dan raya ke tujuh, hantar dik wan balik asrama. Begitulah minggu pertama raya kami, padat, penat tapi seronok menitip kenangan bersama keluarga.

Tak ada gambar raya sangat sebab sibuk di sana dan di sini.  

Minggu kedua dah masuk kerja sepenuhnya.  Ambil kesempatan puasa sunat syawal pula. 

Macamana dengan raya korang? Nanti akak terjah blog korang yer.




10 Comments

  1. Selamat Hari Raya buat Kak Azi sekeluarga ✨
    Mohon maaf andai ada tersalah kata ye Kak...
    Dapat bayangkan penatnya tu, masak memasak dan travel back to back tu... Tapi pastinya sangat seronok kan dapat Raya dgn dua² belah keluarga

    ReplyDelete
  2. Kami pun plan asal nak balik ke Seremban dari Melaka raya ke2. Tp bila dgr hiway jam teruk, jalan dalam pun jam hmmm kita batalkan je niat. Kita stay melaka sehari lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, bila dah sampai Melaka memang tak nak keluar rumah dah.

      Delete
  3. Bahaya pokok nak tumbang tu... macam akan kena cable je....

    ReplyDelete
  4. Kejap je dah seminggu lebih berhari raya. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat akak sekeluarga. Utara Selatan jauh perjalanan tu. Persiapan raya pun meriah dengan keluarga ramai ramai berkumpul dan sediakan juadah raya. Lepas ni sibuk open house pula sana sini kan.

    ReplyDelete
  5. Tu dia.. Dari selatan naik ke utara . Meriah raya dia.. lemang bila buat sendiri adalah yg terbaik.. rasa mmg lain.. apa pun Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Mohon Maaf Zahir Dan Batin 😎

    ReplyDelete
  6. Best nya bakar lemang sendiri.

    Salam Aidilfitri Kak Azi.

    ReplyDelete
  7. Meriahnya kak, bisa raya di beberapa tempat 👍👍👍. Kadang saya rindu nak raya balik kampung, tp memang kondisi tak mengizinkan. Asisten saya mudik, jadi kalau dia tak ada, saya memang tak bisa kemana2 sebab kucing2 saya tak ada yg jaga. Selama ini mereka dijaga oleh asisten tiap saya traveling.

    Alhamdulillah asisten dah balik, bisalah saya pergi2 lagi. Tp mungkin awal mau nak ke kampung suami di solo 😄.

    Juni nanti baru road trip naik mobil ke Medan. Normalnya JKT - Medan naik mobil makan masa 3 hari , tp kami nak santai. Jadi singgah dan menginap di beberapa kota. Biar tak letih suami.

    ReplyDelete
  8. amboiii rajinnya melemang yaaa
    fam sy nk try jg buat lemang tp tu laa kami jarang mkn lemang... lbh byk mkn ketupat & lemang boleh dikatakan bkn tradisi mknn kami di pg raya😁

    ReplyDelete