Menu apa Ramadhan keempat? Baru empat hari tapi dah mula mencari menu mudah untuk iftar. Bila hari bekerja dari ofis memang masa agak terhad.  Walaupun syarikat mengubah waktu kerja di bulan puasa tapi sebagai team khidmat sokongan ni kadang-kadang terlajak jugak keluar ofis.

Sampai rumah en suami kata kita buat nasi arab ajelah. Haa...senang cerita.  Keluarkan semua bahan yang diperlukan, baru nak tengok apa yang tak cukup.  Macam tu la kalau tak ada kat rumah. Mujurlah awal lagi sebab bulan Ramadhan ni, waktu balik adalah jam 430 petang dan biasanya jam 5 petang akak dah sampai rumah.

Sebelum en suami ke kedai, kita proses dulu mana yang cukup.  Mula-mula rendam berasa sekejap.  Guna beras basmathi.  Lepas tu potonglah timun, tomato semua untuk saladnya.  Bila en suami keluar, bolehlah rehat sebentar.  Awal lagi kan!

Jam 6 petang bersilatlah sekejap kat dapur. Maka terhasillah nasi arab cepat siap kami.  Sorry lah terlupa nak pusing gambar ni.


menu berbuka, puasa keempat, menu mudah disediakan, berbuka puasa, puasa ramadhan

Masa en suami keluar, rupanya bukan sahaja ke kedai, siap ke pasar ramadhan lagi.  Beli ayam golek.  Lagi senanglah kerja, nasi arab dengan ayam golek sahaja.

menu berbuka, puasa keempat, menu mudah disediakan, berbuka puasa, puasa ramadhan

Salad paling senang. Potong timun, tomato dan nenas serta bawang besar. Campurkan semula letakkan sedikit garam dan gula.  Main camapk-campak aje.

menu berbuka, puasa keempat, menu mudah disediakan, berbuka puasa, puasa ramadhan

menu berbuka, puasa keempat, menu mudah disediakan, berbuka puasa, puasa ramadhan

Beli juga pegedil tauhu dan popio goreng.  Biasanya ada satu atau dua jenis kuih sahaja sebagai tambahan.  Kalau ada banyak sampingan lain nanti, berlebihan pula nasinya.  Nasi arab tadi buat cover sekali sampai sahur. 


menu berbuka, puasa keempat, menu mudah disediakan, berbuka puasa, puasa ramadhan

Buah-buahan memang kena ada.  Buah mangga ni memang kesukaan semua.  Potong lebih sebab nanti ada je yang rajin ulang-ulang makan sampai habis.  Selesai menu hari keempat.

menu berbuka, puasa keempat, menu mudah disediakan, berbuka puasa, puasa ramadhan


Oleh kerana ayam golek dah habis waktu berbuka, maka sahurnya kenalah top up dengan lauk lain.  Sempat siap sambal ayam dan sayur goreng pecah telur.  Semenjak akak kecil lagi, waktu sahur kena ada air bersusu.  Sampai sekarang macam wajib ada .  Biasanya akak bancuhkan air coklat sahaja dengan susu segar.  Dapat sorang segelas kecil pun cukup.

Apa pulak menu korang hari ni?




15 Comments

  1. Ya Allah, nasi arab AJE dia kata, hahahaha. Bagi sy, another level la kalau sy masak nasi arab utk berbuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila rajin je jadi yang lain macam menunya ni.

      Delete
  2. Sedapnya nasi Arab. Rasa nak kena buat juga ni... Tp kena plan betul² tak macam Akk boleh campak² je ahak!

    ReplyDelete
  3. Cie kalau husband beli ayam golek memang jadi nasi berperisa la baru sedap makan dengan ayam golek tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, makan nasi dengan ayam golek je pun sedap.

      Delete
  4. sedap tu nasi arab dgn ayam golek..buah mangga tu sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, mangga tu memang selalu refill stok kat rumah, ramai peminat.

      Delete
  5. Saya ada beli bumbu instan utk Nash arab, tp sampah skr pun tak eksekusi juga 😂😂. Mood belum datang. Beras basmati pula mesti beli dulu 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti datang moodnya kena terus buat tau.

      Delete
  6. Terasa nak cari popiah goreng la pulak!

    ReplyDelete
  7. Sedapnya menu, popia goreng lama tak makan.

    ReplyDelete
  8. hehe sabo je laa bla tgk entry ni dlm kol 3pm😁

    ReplyDelete