Kisah Ramadhan Hujung Minggu Pertama
Kisah Ramadhan Hujung Minggu Pertama. Dah nak masuk hujung minggu kedua dah baru sempat nak post cerita minggu lepas. Hujng minggu pertama ramadhan tak dapat rehat, jadualnya agak padat dengan pelbagai aktiviti. Bermula hari Jumaat, pergi ambil adik wan di asrama . Minggu ni boleh pulang bermalam dan dapatlah peluang berbuka dan bersahur sekeluarga. Kiranya hujung minggu pertama puasa ni, ahli rumah complete semua waktu sahur, waktu berbuka tanpa abang irfan. Abang Irfan berbuka di hospital sahaja, jadual tugasnya sekarang adalah bermula jam 7 pagi sehingga 10 malam.
Sepanjang Ramadhan ni, hanya hujung minggu pertama ni sahaja adik wan dibenarkan pulang bermalam, lepas ni tunggu cuti raya pulak. Makanya, hari sabtu kenalah keluar cari barang keperluannya untuk bawa balik asrama. Selesai urusan beli barang, bersiap pula untuk menyeberang Jambatan Pulau Pinang, ada kenduri keluarga berbuka puasa.
Kenduri buka puasa ni memang aktiviti tahunan family en suami. Sebelum ni biasanya akan buar minggu terakhir puasa di kampung. Tapi semenjak beberapa tahun kebelakangan ni, kami buat di masjid berdekatan sahaja, bergantung kepada anak yang mana yang akan uruskan. Kali ini, abang en suami yang uruskan jadinya, pilihan tempat adalah masjid berdekatan dengan tempat tinggal beliau di sebelah pulau.
Makanannya semuanya pihak masjid yang uruskan, kami berkumpul untuk sama-sama menunaikan majlis tahlil untuk arwah ahli keluarga yang telah pergi. Kiranya macam amanah MIL jugalah supaya anak-anak buat kenduri berbuka puasa ni. Tapi kali ni hanya ada adik beradik yang tinggal di sebelah sini sahaja yang hadir, MIL pun tak dapat hadir.
Lepas selesai semua, kami pun bergerak balik rumah. Ada pulak yang teringin nak makan burger malam-malam ni. Pusinglah cari gerai burger kot-kot ada yang buka. Mujurlah kakak yang memandu, jadi dilayankan lah permintaan adiknya. Jumpalah juga gerai burger yang buka tak jauh dari rumah. Selesai hajat si adik.
Ahad, kalut pula siapkan barang-barang adik wan pulang ke asrama. Lepas ni lambat lagi nak jumpa. Lepas zohor, bergerak pula hantar adik wan balik. Perjalanan hampir satu jam setengah juga dari Kulim ke Taiping. Biasanya kalau bulan puasa ni, memang kami standby juga kalau-kalau terpaksa singgah berbuka di pertengahan jalan.
Singgah dulu pekan Taiping cari songkok sebab songkok hilang. Singgah juga pasar ramadhan katanya nak tengok apa yang menarik. Kami pun beli jugalah kuey teow goreng dan dibungkus dengan daun simpok. Rasanya boleh tahan juga. Antara makana popular di Taiping ni - kuey teow goreng.
Selesai semua, bergerak hantar adik wan balik asrama. Lega bila jalan balik tak jem, sempatlah sampai sebelum waktu berbuka. Tapi memang dah siap-siap dah standby kalau kena berbuka di perjalanan.
Begitulah hujung minggu kami. Bulan ramadhan ni rasa masa berjalan pantas. Tau-tau dah menghampiri pertengahan Ramadhan. Korang dah buat persiapan raya ke?
20 Comments
alahaii sedapnyaaa nasi arab👍👍👍
ReplyDeleteBolehlah buat ubah-ubah selera
DeleteAlhamdulillah, ramai dapat berkumpul tu, hidangannya gempak jugak tu, nasi arab. Taiping mmg terkenal ngan kueyteow ya. Patutlah husbnd sy asal cakap ke Taiping jer nak makan kueyteow, heheh.
ReplyDeleteBetul salah satu makanan popular di Taiping ialah kueyteow goreng.
DeleteDaun simpok tu macamana Kak Azi? Rasanya Sy belum pernah jumpa kue tiau dibungkus dgn daun ni.
ReplyDeleteBegitulah kita bila ada anak² di asrama kan, hujung minggu busy selalunya
Daunnya lebar besar. Akak pun tau daun ni bila beli kuew teow goreng di Taiping ni.
DeleteCantik kan packaging cam tu?
ReplyDeletemudah packing macam ni, kalau yang tak nak makan dulu, boleh bawa balik
DeleteSedapnya Nasi Arab. Betul kan, sekejap je masa berlalu.
ReplyDeleteBetul, raya pun dah nak menghampiri 2 minggu
DeleteBagus buah kenduri berbuka puasa ni
ReplyDeleteSetiap tahun akan buat kenduri berbuka puasa ni
Deletemeriah ada jamuan kenduri buka puasa ramai2 makan nasi arab
ReplyDeletememang setiap tahun akan buat kenduri berbuka puasa ni.
DeleteMeriahnya majlis. Best juga sekali-sekala ada event buka puasa begini.
ReplyDeleteSetiap tahun memang kami buat majlis begini sambil sama-sama berkongsi rezeki.
DeleteBagusnya ada kenduri seperti ini tiap ramadhan. Bisa berkumpul dengan kluarga yg lain 😍. Teringin seperti ini juga kadang kak. Tp kluarga saya terpencar2 beda pulau. Untuk ketemu saja 2 tahun sekali 😅. Video call lah yg ada kalo rindu.
ReplyDeleteNasi arab nya menarik. Tp memang saya selalu suka dengan menu2 arab begini
Alhamdulillah setakat ini, kami masih lagi jadikan acara setiap kali ramadhan sambil berkongsi rezeki dan berukhwah. Buat mana yang mampu sahaja. Salam Aidil Fitri Fanny.
DeleteWow.. Berbuka dgn nasi arab.. Teringat kenangan berbuka masa zaman study USM dulu.. Iftar kat masjid makan nasi arab, student arab yg masak..
ReplyDeleteMengimbau kenangan gitu. Student USM mesti ambil peluang berbuka di masjid. Kami sanggup jalan kaki dari desasiswa permai sbb nak makan free.
Delete