Pokok Buah Tin Yang Dah Semakin Tinggi.  Korang suka makan buah tin? Kalau di pasaraya banyak jual buah tin yang telah dikeringkan.  Buah ni sendiri ada macam-macam jenis.  Sekarang ni ramai yang suka tanam sendiri dan ada yang dah komersilkan buah-buah tin ni dalam pelbagai bentuk. Ada yang dikeringkan, dijadikan losyen atau sabun dan tak kurang juga yang menjual buah tin segar.

Kami pernah cuba buat kebun buah tin ni secara kecil-kecilan di rumah.  Boleh baca entry nya di SINI  

Seronok masa tu belajar cara penanaman dan penjagaan pokok tin ni.  Ada macam-macam jenis rupanya pokok tin yang ada.  Buah-buahnya pun ada yang jenis besar dan ada yang comel-comel tapi manis.  Semenjak pandai tanam sendiri tu, dah jarang makan buah tin yang dikeringkan, lebih suka yang segar petik dari pokok.


buah tin, buah sunnah, buah sedap, kebun kecil, hasil kebun

buah tin, buah sunnah, buah sedap, kebun kecil, hasil kebun

buah tin, buah sunnah, buah sedap, kebun kecil, hasil kebun

Tapi kebun kami tak bertahan lama.  Waktu nak ubahsuai kawasan rumah, ada pokok yang terpaksa dicabut buang dan ada yang kami bagi kawan-kawan yang berminat untuk menanam pokok tin.   Pokok ni kalau tak dijaga, dia akan naik tinggi.  Pokok yang masih ada di rumah ni pun dah semakin tinggi.  Kena

Di rumah masih ada sebatang pokok tin yang dah besar dan sangat rajin berbuah.  Buah yang tinggi selalu jadi habuan burung-burung.  Salah satu cara nak bagi burung-burung singgah di rumah menceriakan waktu pagi kami. Suka sungguh dengar kicauan burung terutama waktu pagi.  Buah-buah tin ni belum masak lagi, jadi tak adalah burung-burung yang singgah.

Khasiat dan Kebaikan Buah Tin/Fig kepada Kesihatan

Ada terbaca juga tentang khasiat buat tin ni.  Akak kongsikan untuk sama-sama, mungkin bermanfaat untuk korang.  Apapun ini sekadar perkongsian sahaja.

1. Buah tin mempunyai kandungan protein yang tinggi dan ianya mampu membunuh bakteria yang            mengganggu kesihatan.
2. Pengambilan buah tin dapat menurunkan kadar kolestrol badan. Sesuailah bagi yang mengalami 
    kolestrol tinggi memasukkan pemakanan buah tin dalam diet.
3. Buah tin juga dikatakan boleh membantu dalam mengawal berat badan dan melancarkan 
    pengambilan diet sihat. Lepas ni bolehlah akak jadikan rutin harian makan buah tin ni.
4. Ia juga dikatakan membantu merangsang pembentukan hemoglobin dalam darah, sesuai untuk 
    pesakit anemia.
5. Pengambilan buah tin juga sesuai untuk pesakit jantung.
6. Membantu mengatasi masalah sembelit.
7. Kandungan kalsiumnya yang tinggi juga membantu memperkuatkan pertumbuhan tulang dan gigi 
    terutama di kalangan kanak-kanak.
8. Membantu melawan sel-sel kanser dan pesakit asma.

Banyaknya kelebihan pengambilan buah tin ni. Islam juga menggalakkan pengambilan buah tin ini. Buah tin adalah buah kesukaan Rasullullah.  Ianya juga disebut  dalam Al Quran, Surah At Tin.

14 Comments

  1. Buah tin dengan buah zaitun ni sama ke lain ya? Dulu ada jiran tanam zaitun, tapi buahnya dekat akar-akar tu.

    ReplyDelete
  2. suka dua2, yg fresh & yg kering...kt sini, jarang jumpa yg fresh..kecuali gi pasaraya2 besar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pelbagai jenis fiq ni tapi memang best makan fresh.

      Delete
  3. Tak pernah makan yg fresh tp yg kering tu Sy suka.
    Trim la Kak, nanti mudah nak petik buahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti cuba cari yang fresh. Dah trim dah sebelum ni. Nanti nak kena trim semula lepas-lepas bulan puasa ni. Sekarang cuaca panas sungguh di sini.

      Delete
  4. Owh, banyakjuga khasiat dia kan?

    ReplyDelete
  5. Saya blm pernah makan yg segar. Selalunya yg kering. Tp jujur tak suka 😂. Cuma kali ada yg jual segar, saya mau nak coba. Ntah2 yg segar lebih sedap kan

    ReplyDelete
  6. so sebelum raya dapatlah merasa ya nanti? ;-)

    ReplyDelete
  7. p/s salam ramadan & selamat berpuasa ;-)

    ReplyDelete
  8. lady hanya biasa makan buah tin kering

    ReplyDelete
  9. Wah besarnya pokok tin, Alhamdulillah. Memang banyak khasiatnya kan.

    ReplyDelete
  10. Buah Tin ni memang banyak khasiatnya...dah banyak berbuah tu kak..dah boleh rasa hasilnya

    ReplyDelete