Singgah Sebentar Di Masjid Kapitan Keling
Singgah Sebentar Di Masjid Kapitan Keling. Antara wishlist akak tahun 2025 ini ialah untuk singgah solat sebanyak mana masjid yang mungkin, tak kira di manapun. Melihat keindahan rumah Allah yang dijaga sebaiknya untuk kemudahan umat Islam menunaikan solat atau singgah berehat bagi sesiapa yang sedang bermusafir.
Baru-baru ini kami singgah di Masjid Kapitan Keling, Georgetown, Pulau Pinang. Masjid ini adalah antara masjid yang tertua dan paling bersejarah di Pulau Pinang, Ia juga merupakan sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO. Dibina oleh masyarakat India Muslim yang berhijrah ke Pulau Pinang semasa era kolonial British.
Kalau korang nak tahu, masjid ini dibina sekitar tahun 1801 oleh komuniti Muslim dari India Selatan, terutamanya Tamil Muslim yang dikenali sebagai Chulia. Nama “Kapitan Keling” berasal daripada gelaran “Kapitan” yang merujuk kepada ketua komuniti, dan “Keling” merujuk kepada orang India Selatan pada waktu itu. Kapitan Cauder Mohideen adalah individu yang memainkan peranan utama dalam pembinaan masjid ini.
Pada awalnya, masjid ini adalah sebuah struktur kecil yang dibina menggunakan kayu. Apabila komuniti semakin berkembang, masjid ini diperbesar dan dibina semula dengan bahan-bahan lebih kukuh seperti batu.
Pada awal abad ke-20, pihak kolonial British telah memperbesarkan masjid ini dengan menambahkan kubah besar yang menjadi ciri utamanya hari ini. Pengaruh seni bina Mughal, Moor, dan Islam India jelas dalam reka bentuk masjid ini, termasuk lengkungan yang dihiasi dan menara tinggi.
Masjid ini bukan sahaja menjadi tempat ibadah tetapi juga pusat kegiatan masyarakat Muslim India di Pulau Pinang. Ia juga mencerminkan perpaduan budaya dan sejarah interaksi pelbagai etnik di Pulau Pinang.
Pada tahun 2008, Georgetown, termasuk kawasan di sekitar Masjid Kapitan Keling, diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Masjid ini kini menjadi tarikan pelancong dan simbol keharmonian antara pelbagai kaum di Malaysia.
Ciri-ciri Seni Bina:
• Menara: Menara masjid digunakan sebagai menara azan dan memiliki reka bentuk gaya
• Halaman: Halaman masjid luas dengan pancuran air untuk wuduk.
• Hiasan Dalaman: Ruang solat dihiasi dengan ukiran kaligrafi Islam dan candelier bergaya
Masjid Kapitan Keling masih aktif digunakan untuk solat dan acara keagamaan serta menjadi lambang sejarah dan budaya Islam di Pulau Pinang.
17 Comments
Senibina masjid sememangnya unik. antara masjid yang saya teruja masa first time singgah ialah masjid cina kat melaka. mula2 ingat macam tokong, rupanya masjid. cantik pulak tu. Saya doakan projek jalan-jalan jelajah masjid akak berjaya. insyallah.
ReplyDeleteAmiin....terima kasih atas doanya. Insya Allah cuba buat semampu yang boleh.
DeleteAlhamdulillah... masih terjaga... ldy suka bangunan2 lama di penang...
ReplyDeleteCantikkan senibina bangunan lama ni. Bila dijaga maka bertambah indah dipandang mata.
Deletepenah singgah solat subuh kat sini...
ReplyDeletekat depan masjid ni ada kedai habib jewels (branch pertama) kan?
Betul, boleh cuci mata dan cuci poket.
Deletecuci poket itu seremmmm🤣
DeleteCantiknya masih terjaga elok.
ReplyDeleteBangunan lama di Penang memang banyak yang dijaga elok. Bawah UNESCO kan.
DeleteSubahanallah cantik binaannya. In shaa Allah! Semoga tercapai wishlist akak tahun ni. Aamiin! ;)
ReplyDeleteAmiinn...doakan yer
DeletePernah singgah masjid ni sbb nk tumpang toilet. Tpi tak masuk dalam sbb time tu lambat lagi nk azan zohor. Senibina mmng unik :D
ReplyDeleteYa masjid lama-lama ni memang cantik senibinanya.
DeleteBagusnya azam Kak Azi 👍🏻
ReplyDeleteCantik dan terjaga sungguh nampaknya masjid ni. Semoga ramai yg rajin imarahkannya.
In sya Allah moga dipermudahkan ...selalu hujung minggu atas jalan, apa salahnya kita buat sesuatu yang baru.
DeleteKak Azi...azam kita sama la...SA pun macam tu jugak..tahun 2025 ni nak solat di mana- mana masjid..cantik nya Masjid Kapitan ni...masuk wishlist la...
ReplyDeleteIn sya Allah moga dipermudahkan urusan SA juga yer...nanti kita sharing sharing.
Delete