Jalan-jalan Padang Kota Di Hari Terakhir 2024
Jalan-jalan Padang Kota di Hari Terakhir 2024. Korang buat apa di hari terakhir 2024? Akak ni sebenarnya dah hampir sepuluh hari menghabiskan cuti hujung tahun di rumah. Tiada perjalanan jauh yang kami buat, memang betul-betul berehat di rumah. Kalau keluar pun, hanyalah tempat-tempat dekat dan pulang pada hari yang sama. Antara sebab juga blog ni kerap ada entry baru. Di hari terakhir 2024, kami luangkan masa berjalan-jalan di Padang Kota sambil cari makan.
Walaupun kerap masuk ke pulau dan jalan-jalan di Padang Kota tapi tak selalu singgah waktu siang. Biasanya lebih suka masuk pulau waktu malam, tenang sikit pemanduan dan jalan pun tidaklah terlalu sesak dengan kenderaan. Sebelum tu singgah JPJ Seberang Jaya urusan perbaharui lesen Irfan, lepas tu kami lajak teruslah menyeberangi jambatan Pulau Pinang. Tujuan asalnya nak cari pasembor. En suami kat di Georgetown ada lokasi pasembor sedap berdekatan dengan bangunan Maybank. Sampai-sampai dah habis. Rupanya waktu perniagaan gerai pasembor tu bermula daripada jam 11 pagi sehingga 5.30 petang. Kami sampai lebih kurang jam 4.45 petang, penjual dan kemas-kemas gerai. Mungkin musim cuti, habis awal. Kenalah cari tempat makan lain.
Pusing-pusing, terus singgah di Astaka Padang Kota. Di situ apa lagi yang menarik selain daripada mee sotong Hameed Pata. Irfan order mee dan pasembor. Cukuplah dua pinggan, kongsi bertiga. Ramai yang suka singgah makan di sini kalau ke Padang Kota. Akak tak berapa gemar sangat sebab warna meenya pada akak 'menakutkan'. Hahahaha....macam-macam kan ! Tapi rasa dia okay je.
Lepas makan, ambil peluang jalan-jalan tepi laut. Cuaca pun cantik - tak panas dan berangin jer. Cari langkah walaupun tak sampai 10k. Bilalah nak dapat langkah 10k ni semula.
Dalam perjalanan balik, singgah pula cari lauk untuk dinner. Cadangnya nak dinner di pulau tapi baru makan mee dan masih agak awal lagi, jadi beli lauk sahaja. Ronda-ronda jalan-jalan di Georgetown. Banyak tempat menarik untuk ootd. Lain kali kena bermalam di sini, baru boleh ronda-ronda jalan kaki pula. Kat area town ni juga banyak kedai nasi kandar kalau korang nak singgah makan. Lepas beli lauk, terus gerak balik.
Begitulah aktiviti di hari terakhir 2024. Banyak kisah tahun 2024 . Melangkah masuk ke tahun 2025 dengan doa dan harapan dipermudahkan segala urusan kami meniti usia yang semakin bertambah. Moga terus diberi kesihatan yang baik dan diberi ilham untuk terus menulis di sini. Terus jalan - perbaiki diri, perbaiki kekurangan dan moga terus dapat berkongsi manfaat dengan orang lain.
18 Comments
Selamat tahun baru 2025 semoga semua harapan tercapai. Sehat selalu
ReplyDeleteSelamat tahun baru . Terima kasih singgah di laman ini.
Deletesekali imbas baca tajuk sy igt Padang @ Indonesia🤣
ReplyDeleteHehehe...kena scam tu
DeleteSaya pernah menetap di Penang lebih kurang 3.5 tahun, tapi tak pernah jalan-jalan/makan-makan di area Padang Kota. Sebab saya rasa serabut dengan kesesakan jalan Georgetown 😄
ReplyDeleteSaya pun rasa warna mi tu merah sangatlah, nampak pelik untuk dimakan.
memang serabut kalau yang tak suka sangat dengan hiruk pikuk bandar. Masa mula-mula bekerja di Georgetown saya cukup takut nak drive kereta, selalu terkejut dengan kemunculan tiba-tiba motosikal di hadapan. Tapi sekarang dan biasa dan dah imune dengan situasi begini.
Deletedah lama x ke padang kota.. kalau dulu stp minggu (sb duduk sana :P)
ReplyDeleteKalau stay sebelah pulau memang seronok santai-santai di sini.
DeleteMerah menyala mee goreng dia! Mesti pedas tu!
ReplyDeletePedas biasa-biasa sahaja.
DeleteSedapnya Mee Sotong
ReplyDeleteSaya tak berapa suka tapi okaylah sesekali makan.
DeleteSelamat Tahun Baru 2025 Kak Azie...seronoknya jalan- jalan...SA x berpeluang explore Penang sepenuhnya lagi..dulu masa adik bongsu duduk sana sebab kerja di LKIM Penang selalu la SA pi sana..tp rumah dia sebelah pulau sana...x ingat nama tempat dia...Batu Maung ke apa ntah
ReplyDeleteAdik SA dah pindah yer? Jomlah datang bercuti ke Pulau Pinang.
DeleteSayapun takde pergi mana hujung tahun itu.
ReplyDeleteMemang merah lain macam mee itu.
memang mee depa ni color ni masakannya.
DeleteLast sekali saya ke Padang Kota, masa saya kecik-kecik dulu, zaman sekolah rendah. :)
ReplyDeleteSilalah datang lagi bercuti ke Pulau Pinang, dah banyak perubahannya.
Delete