Istiqomah Mencari Ilmu.  Salam Jumaat buat semua yang singgah di sini.  Diam tak diam dah menghampiri pertengahan Januari 2025.  Pantas sungguh masa berlalu.  

Satu lagi wishlist akak 2025 ini ialah menghabiskan bacaan buku-buku yang tertangguh tahun lepas.  Paling teruk prestasi bacaan 2024, hanya 2 buah buku sahaja yang berjaya akak habiskan. Makin merudum tabiat membaca ni.  Macamanalah nak tunjuk teladan kat anak-anak?

Tahun 2025, in sya Allah akan cuba untuk istiqomah dalam mencari ilmu melalui bacaan.  Kalau dulu bahan bacaan lebih kepada novel, bila dah menginjak usia ni, minat tu dah berubah.  Lebih suka bacaan ke arah pengembaraan dan motivasi, selain keagamaan.  


minat membaca, hobi, buku viral, cari ilmu

minat membaca, hobi, buku viral, cari ilmu

Ini bahan bacaan tahun lepas yang akan didahulukan pembacaannya.  Tahun ni tak tahu berapa penambahan yang akan berlaku.  

Dalam era digital ni, hobi membaca buku memang dah semakin berkurang di kalangan masyarakat.  Kalau dulu anak-anak akak sendiri setiap kali cuti sekolah, memang suka ajak ke kedai buku.  Sekarang ni,  akak yang akan bersuara dahulu mengajak mereka.  

Bagi mengelakkan amalan membaca buku ini hilang , mungkin kita boleh praktikkan beberapa tip untuk menggalakkan hobi membaca di kalangan anak-anak dan dewasa.

Tips Galakkan Membaca Buku


Percaya bahawa orang yang berjaya sering membaca buku - percaya atau tidak, memang ramai orang yang berjaya di merata tempat adalah mereka yang sering membaca buku, tak kira samada mereka adalah lepasan universiti atau bukan.  Mereka yang suka meluangkan masa membaca buku biasanya  boleh menyampaikan atau berkongsi ilmu dengan cara yang lebih baik.  Buku adalah jendela ilmu yang perlu diterokai.

Ikuti kedai buku online - kebanyakan kedai buku biasanya ada juga menjual secara online.  Ada juga penulis yang membuat sendiri promosi jualan secara online.  Akak selalu juga 'follow' beberapa orang penulis yang akak minati untuk tidak ketinggalan daripada mendapatkan penulisan terbaru mereka.  

Kedai buku online ni memberi masa pada kita untuk meneliti, membaca ringkasan buku dengan lebih tenang sebelum membuat pilihan. 

Pilih buku yang sesuai dengan minat -  Memilih buku yang sesuai dengan minat merupakan salah satu cara untuk memupuk minat membaca. Pada masa ini, terdapat banyak genre buku di pasaran seperti fiksyen, politik, ekonomi, sastera, sains, teknologi dan sebagainya. Namun, setiap orang mempunyai minat yang berbeza.

Pilih buku yang membuatkan diri berasa gembira dan selesa, jika sukakan fiksyen, jangan paksa buku genre berat seperti buku politik. Tetapi, jika tidak mempunyai masalah dengan itu, tidak salah untuk mengembangkan genre bacaan.

Sediakan simpanan bulanan untuk buku -  biasakan diri menyediakan peruntukan untuk membeli buku secara bulanan.  Akak biasanya buat simpanan dan akan gunakan untuk membeli buku setiap kali cuti sekolah.  Setiap bulan kami akan 'survey' tajuk-tajuk buku yang sesuai dan menarik, masukkan dulu dalam list pilihan. Biasanya keutamaan akan diberikan pada anak-anak lepas tu baru pilih untuk diri sendiri.

Percaya bahawa buku adalah jendela kehidupan  - Jika ingin membaca, perlulah mempercayai bahawa buku adalah jendela kepada kehidupan.  Jadi, untuk memulakan hobi membaca buku, salah satu perkara yang harus dipercayai ialah buku merupakan jendela kehidupan yang boleh menjadikan ilmu pembaca bertambah dari hari ke hari.

Pupuklah minat membaca daripada kecil, insya Allah akan berterusan sehingga dewasa.  


 

9 Comments

  1. samalah... tahun lepas byak beli buku tapi tak tahu bila nak membacanya

    ReplyDelete
  2. setju tu..sy semakin kurang membaca buku skrg biarpun sy bertugas sbg cikgu...

    ReplyDelete
  3. Cuya pon banyak buku tak dibaca, tapi tu semua buku ringan.
    Buku motivasi alhamdulilah Cuya senang habiskan baca. Betullah, meningkat dewasa bahan bacaan kita akan berubah.

    ReplyDelete
  4. Sama lah dengan ana ni Azie, ada beberapa buku belum bersentuh lagi nak baca kena mulakan juga nih hehe :)

    ReplyDelete
  5. Prestasi membaca saya pun merundum tahun lepas.
    Untuk tahun ni, cuma target sebulan sebuah buku jadiklah.
    Semalam dah mulakan langkah membaca buku pertama bagi tahun ini.

    Buku Ustazah Basikal tu best, seronok baca. Saya ada buat catatan bacaan di blog tentang buku ni - siri 1 & siri 2.

    ReplyDelete
  6. Kena jadikan membaca sebagai rutin harian.. ilmu itu tidak mengenal usia.. :D

    ReplyDelete
  7. Membaca jambatan ilmu, sesuai dr dulu sampai sekarang. Elon musk pun baca buku setiap hari

    ReplyDelete
  8. Sy pun dah kurang membaca skrg Kak :(
    Harap² tahun ni dapat baca lebih byk buku

    ReplyDelete
  9. cepat masa berlalu... lady ade juge terbaca satu buku ni skrg.. tp tak terhadam sb berat sgt untuk lady.. sb fikiran lady sudah terlalu berat, maka boleh baca buku yg bentuk n penulisan santai2 shj

    ReplyDelete