Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri.  Korang suka makan durian? Akak bukanlah 'hantu durian' tapi suka juga makan durian tapi sekarang ni suka tu dah berkurang memandangkan usiapun dah lima series.  En suami dan anak- anak juga penggemar durian.  Tapi bagi kami, ada pun okay, tak dapat pun tak apa.  Akak suka kalau dapat peluang masuk kebun orang tengok orang kutip buah.  Tambah seronok bila dengar 'buk' bunyi durian gugur ke tanah.  Lepas tu mula teka-teka kat mana buah tu jatuh.

Memandangkan sekarang nii dalam fasa menghabiskan cuti hujung tahun, maka mulalah mencari aktiviti untuk dibuat.  Cuti kali ni memang tidak merancang ke mana-mana, tak mahu terjebak dengan kesesakan lalu lintas.  Plan kami, kalau nak berjalan biarlah bermalam di rumah sendiri.  Ahad lepas, misi masuk kebun durian kepunyaan biras kami di Batu Kurau.  Tak banyak tempat yang ada hasil durian sekarang ni tapi di area Batu Kurau dan beberapa kawasan lagi di Perak, ada agak banyak juga.


Masuk Kebun Kutip Durian

Tak plan pun nak masuk kebun.  Secara kebetulan kakak ipar balik kampung dan bagitau dalam group wasap keluarga mengajak kami kutip durian.  Hmmmm....en suami pun dah beberapa kali sebut nak makan durian, jadi kami on sahajalah.  Sebelum keluar rumah, kami masak dulu menu simple simple untuk makan nanti.  


hasil kampung, musim buah durian, makan durian, durian sedap, durian batu kurau

Beberapa hari sebelum tu, kami upah orang tebang pokok kelapa tepi rumah.  Hasilnya selain daripada kelapa muda, dapatlah juga sedikit umbut kelapa.  Dah lama tak makan masak lemak umbut kelapa, jadinya hari tu kami masakkan umbut kelapa masak lemak putih, sambal telur pecah dan ayam goreng.  


hasil kampung, musim buah durian, makan durian, durian sedap, durian batu kurau

Cukup 2 mangkuk tingkat.  Mangkuk tingkat yang kecil tu nak hantar pada amira di kampus.  Untung belajar tak jauh dengan family, bolehlah sesekali hantar lauk dari rumah.

Perjalanan lebih kurang sejam juga nak sampai.  Ini kali kedua  kami ke sini, sebelum ni musim durian juga.  Macam balik kampung sendiri.  Seronok bukan main  sebab dapat makan durian di luar musim.  Walaupun menurut kata biras akak, buah tak berapa menjadi sebab masa keluar bunga, musim hujan jadi banyak yang rosak.  Dalam tak berapa menjadi tu banyak jugaklah dapat kutip.  



hasil kampung, musim buah durian, makan durian, durian sedap, durian batu kurau

hasil kampung, musim buah durian, makan durian, durian sedap, durian batu kurau

Suka tengok pemandangan ni.  Kawasan menghampiri pekan Batu Kurau.  Cuaca pun redup jer.

hasil kampung, musim buah durian, makan durian, durian sedap, durian batu kurau

Kami suka buah yang kecil-kecil begini.  Seulas sepangsa.  Dalam sebiji tu kadang-kadang ada dua ke tiga ulas sahaja.  Biasanya durian ni isinya sedap manis berlemak.


hasil kampung, musim buah durian, makan durian, durian sedap, durian batu kurau

En suami kerjanya mengopek, lepas tu dihulur kat akak untuk makan.  Akak makan lebih daripada yang mengopek. 

hasil kampung, musim buah durian, makan durian, durian sedap, durian batu kurau

hasil kampung, musim buah durian, makan durian, durian sedap, durian batu kurau


Selain durian, di kebun ni ada juga buat manggis dan langsat.  Dapatlah rasa serba sedikit.  Sambil kutip buah durian tu, en suami petik juga pucuk paku.  Aduh sedap ni, petang nya direbus untuk makan dengan sambal belacan.  

Seronok kalau ada kebun buah-buahan ni.  Bila tiba musim pokok mengeluarkan hasil, inilah peluang untuk keluarga jauh dekat berkumpul.  Walaupun kali ini berkumpul tidak ramai tapi tetap rasa meriah.  Moga ada peluang berkumpul lagi di musim akan datang.






10 Comments

  1. kan... besnye kalau ade kebun sendirik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, teringin nak ada kebun sendiri bila dah pencen2 nanti boleh lah uruskan kebun, mesti seronok kan?

      Delete
  2. Bestnya kan kalau ada kebun durian sendiri. Bila musim syok tunggu durian gugur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, seronok dengar bunyi durian gugur , berebut nak kutip .

      Delete
  3. Salam singgah dah follow sini! klasik betullah design tiffin tu, zaman sekarang macam dah tak ramai yang guna tiffin.

    batu kurau memang lubuk durian ni, kalau musim durian mmng semua cari durian kat situ jelah. Saya pun suka durian yang saiz kecik camtu, selalu isinya cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, suka beli tiffin macam ni mudah nak bekalkan anak-anak. Anak-anak pun suka nak guna tiffin.

      Delete
  4. Seronoknya Kak!
    Dulu masa arwah Pak ada, dusun durian kami selalu meriah. Lepas arwah takde, pokok²nya dah jarang berbuah huhu...

    ReplyDelete
  5. memang best kalau ada kebun durian sendiri..MZ pernah merasa laaa...sbb arwah ayah MZ memang mengusahakan kebun durian...cuma bila ayah dh tak de, kebun tu dh terbiar, so tebang semua pokok2 tu sbb dh tak berbuah pun, then jdkan tapak rumah...rumah my adik lelaki dan my kakak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh bestnya. Kalau ada sebatang dua buat kutip-kutip bila musim best juga kan.

      Delete