Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay.  Menjelang hujung tahun ni, ramai yang buat team engagement, retreat, team building dan juga reunion.  Team ofis akak memang suka buat aktiviti team hujung-hujung tahun ni sebelum ramai yang menghabiskan cuti tahunan. Memang seronok bil dah penat daripada awal tahun mengejar target, bila dah hujung-hujung kita raikan usaha semua sama-sama sebelum melangkah ke tahun baru dengan target yang baru.  Macam tu la selagi bekerja.  Tahun ni kami buat retreat di Kampung Cheq Homestay, yang terletak di Seberang Perai Utara.

Mula-mula akak kongsikan dulu tentang lokasi pilihan ni.  Homestay ni terletak di dalam kawasan kampung.  Memang cantik tempatnya kalau korang nak ber 'ootd'.  Lokasinye menarik denganbersebelahan  kawasan sawah padi, berlatarbelakangkan suaana kampung.  Ada private pool, tempat memasak di luar, memang sangat sesuai kalau nak bersantai-santai dengan keluarga.

Cuma, homestay ni tak sesuai kalau ramai-ramai.  Setakat 5-6 orang okaylah. Tapi kalau nak buat 'day reunion' yang tak perlukan ramai-ramai bermalam, akak suka nak cadangkan lokasi ini.

Retreat kami kali ni, perancangan dibuat dalam masa yang singkat.  Zup zap zup zap....tiba hari kejadian.  Iyelah dah hujung tahun, masing-masing nak habiskan cuti tahunan.  Team kami tak ramai, ada lebih kurang 22 orang dan tidak semua yang dapat hadir. Tapi tetap meriah dengan yang ada.

Oleh kerana homestay ini tidak boleh memuatkan semua ahli untuk bermalam, jadi kami serahkan pada team lelaki untuk bermalam dan geng wanita semua balik rumah.   Lagi pun jarak antara rumah masing-masing tidaklah jauh sangat dengan homestay. Paling lamapun setengah jam perjalanan sahaja. 

Selain daripada aktiviti yang telah disediakan, kami penuhi jugak masa dengan aktiviti bergambar.  Rugi kalau datang sini tak bergambar puas-puas.  Berkongsi gambar-gambar kami di sini.  Gambar pun dah lintang pukang tak ikut susunan.....tengok je la yer..


teamwork, santai, tempat santai, lokasi homestay menarik, homestay viral, healing

Team kami tak ramai tapi ada.  Bergambar di hari kedua beramai-ramai selepas aktiviti Master Chef.  Namapun menginap di homestay, jadinya makan-makan kenalah sediakan sendiri. Urusetia buat pertandingan Master Chef, makan tengahari settle !

teamwork, santai, tempat santai, lokasi homestay menarik, homestay viral, healing

Setiap kumpulan diberikan watak utama iaitu ayam, ikan dan telur.  Bahan-bahan sampingan disediakan juga, korang pilihlah nak masak apa dengan bahan yang ada.  Setiap kumpulan juga diberikan dua dapur untuk memasak.  Menggunakan apa yang ada dan persetujuan bersama, kami sediakan telur masak kurma, ayam goreng berempah dan ikan masak asam pedas Melaka.  Sebut menu ni korang mesti tahu kan akak masak yang mana satu.  

Berbahagi-bahagi tugaslah antara kami untuk menyiapkan tiga menu dalam masa satu jam.  Masa ni tak fikir panjang dah, hadap je.  Macam mak-mak di rumah, mulut pot pet pot pet bagi arahan kat team member.  Hasilnya, ikan masak asam pedas kumpulan kami dapat menu terbaik untuk watak ikan. Yahooo....



teamwork, santai, tempat santai, lokasi homestay menarik, homestay viral, healing

Ni lah antara bahan-bahan asas yang disediakan.  Asalnya urusetia jangkakan ada antara kami yang akan buat menu kari, tapi kari bukan pilihan semua.  Sesekali keluar daripada kebiasaan. Ketiga-tiga kumpulan yang ada memilih menu lain daripada kebiasaan hidangan orang utara.


teamwork, santai, tempat santai, lokasi homestay menarik, homestay viral, healing

Acara bbq juga tidak ketinggalan.  Mesti ada kambing dan ayam bakar.  Mujur ada ahli yang memang buat business kambing perap jadi tak susahlah nak dapat stok.  Akak buatkan nasi goreng sebagai menu tambahan.  Masak sahaja apa yang ada.  


teamwork, santai, tempat santai, lokasi homestay menarik, homestay viral, healing

Mak-mak kalau nak merewang ni kena bagi kerusi satu.  Letak bahan dekat-dekat, nanti dia bagitau sahaja korang kena ambil apa.  Diam-diam, siap masak.  Periuk belanga kena bawa sendiri jadi mudahkan kami nak plan besar mana periuk nak guna.  Biasanya kalau guna peralatan sendiri dia jadi lebih 'mesra' dan tak kekok.


teamwork, santai, tempat santai, lokasi homestay menarik, homestay viral, healing

Depa panggil ni air sampah.  Sedap minum bila dah penat beraktiviti.  Segar je rasa tekak.  Bahan-bahannya, serai, daun pudina, asam ko, laici, air ice cream soda dan ketulan ais.  Bancuhlah banyak mana yang korang nak.


Sambutan hari lahir untuk anggota yang lahir pada bulan Oktober, November dan Disember.  Kami memang buat sambutan secara suku tahunan, setiap kali sambutan, bolehlah dimeriahkan dengan acara makan-makan.  Nama akak pun ada di situ.  Bertambah dah usia setahun lagi, berkurang usia di muka bumi ni.  Moga diberi kesihatan baik untuk kami semua beramal untuk bekalan nanti...aminnn


teamwork, santai, tempat santai, lokasi homestay menarik, homestay viral, healing

teamwork, santai, tempat santai, lokasi homestay menarik, homestay viral, healing

teamwork, santai, tempat santai, lokasi homestay menarik, homestay viral, healing

teamwork, santai, tempat santai, lokasi homestay menarik, homestay viral, healing

Inilah dia Kampung Cheq Homestay.  Memang cantik untuk ber ootd dan sesuai sangat kalau nak ber 'healing'.  Petang-petang kena tiupan angin daripada sawah padi, sambil duduk berayun buaian di bawah rumah atau di bawah pokok kelapa.  Bila dah penat, boleh terjun dalam kolam.  Ada disediakan ruang masakan di luar rumah jadi korang boleh luangkan lebih masa di luar rumah.  Memang suasana kampung sungguh.  Kalau ada masalah, boleh je minta bantuan daripada tuan homestay.  Rumah tuan homestay ni terletak di hadapan kawasan homestay.  Kalau nak meronda kampung atau kawasan sawah padi, boleh sewa ATV juga di sini.

Begitulah padat aktiviti dua hari kami.  Penat tapi seronok.  Aktiviti macam ni memang perlu ada untuk tingkatkan team engagement, lebih mudah untuk bantu membantu dalam tugasan harian nanti.  Maklumlah kami ni di bahagian customer service, maki hamun pelanggan tu memang biasa, memang boleh stress dibuatnya.  Moga tahun depan tambah cemerlang prestasi masing-masing.

24 Comments

  1. Cantiknya Homestay ni kak...SA dah lama x buat family day...tahun 2025 ni ingat nak mula semula tapi adik bongsu tgh preggy plak..tgok la nanti mcm mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya cantik homestay ni dan kawasan sekitarnya. Seronok kalau buat family day di sini.

      Delete
  2. memang sgt best la aktiviti gini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali beraktiviti di luar pejabat , lupakan hal kerja.

      Delete
  3. cantiknya kawasan dia... best dapat lepak dengan keluarga macam ni

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Sesekali beraktiviti dengan rakan sekerja.

      Delete
  5. Cantik homestay ni Kak 👍🏻
    Tahniah Kak asam pedas tu menang, mesti sedap ni...
    Sanah helwah juga. Semoga Akk diberikan kesihatan yg baik, luas rezeki dan dirahmati Allah SWT hendaknya 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih, moga yang baik-baik juga untuk Hazel sekeluarga.

      Delete
  6. Aktiviti yang sangat menarik ni. BBQ dan air tu sedapnya....Lokasi dia ya allah cantik sangat permandangan.

    ReplyDelete
  7. sekolah sy pun dah buat family day tp kami buat akhir okt sbb kalau hujung thn sgt mcm skrg sibuk dgn persediaan SPM plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Family day cikgu cikgu sekolah mesti lagi happening kan

      Delete
  8. Cantiknya homestay. Kampung style tapi ada pool, seronok!
    Bagus jugak idea buat aktiviti Master Chef ni ya, siap masak boleh makan sama-sama 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, bila di homestay, kenalah sediakan makanan sendiri. Paling mudah cara inilah, tak pening dah nak fikirkan nak makan apa.

      Delete
  9. Puas hati terobati, memang suasananya nyaman, apalagi makanan juga terlihat sedap", semoga kerja team tambah semangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali memang perlu suasana begini...kata orang tu healing healing

      Delete
  10. cantiknye suasana ... pemandangan sawah padi...

    ReplyDelete
  11. Kambing bakar? Dapnya!

    Cantik la rumah hitam tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila aktiviti begini mesti ada bbq...bila ada bbq mesti ada kambing

      Delete
  12. Kawasan mendamaikan. Seronok masak di luar dengan angin sepoi-sepoi bahasa.

    ReplyDelete