Masak Lemak Putih Umbut Kelapa.  Pernah tengok umbut kelapa?  Pada yang pernah tengok, korang pernah makan tak umbut kelapa?  Kalau dah asal daripada kampung, umbut kelapa ni antara bahan yang sedap dimakan. Samada korang makan begitu sahaja atau dimasak.  Antara masakan yang sesuai dengan umbut kelapa ni adalah masak lemak putih.

Minggu lepas, kami upah orang tebang pokok kelapa tepi rumah.  Menetak dalam kawasan taman, tak bolehlah nak biarkan pokok kelapa naik tinggi.  Tapi sebelum tebang yang ada, en suami dah tanam yang baru setahun yang lepas.  Dah agak besar tapi belumlah membuahkan hasil, kena tunggulah setahun dua lagi.  Bila dah ada ganti yang baru, bolehlah tebang yang sedia ada.

Nak tebang pun kena tunggu waktu yang sesuai.  Tepi rumah akak ni memang laluan jiran-jiran, jadi kena tunggu hari bekerja, bila semua dah pergi kerja barulah boleh ditebang pokoknya.  Upah orang mudah sedikit sebab mereka dah mahir menebang pokok.  Pakcik yang ambil upah tu pun tak banyak cerita, upah sebatang pokok hanya Rm50 sahaja siap kemas.  Murah juga tu.  


masakan kampung, masakan melayu, hasil kelapa

Pokok kelapa ni agak tinggi juga, bila dah tinggi camni, pokok ni dah lindung pokok durian yang kami tanam dalam kawasan rumah.  Puas dah makan kelapa muda, kelapa tua pun ada juga.  Kalau banyak sangat kami hantar kat kedai runcit depan taman.

Kongsi juga beberapa biji kelapa muda untuk beliau dan jiran.  Umbut kelapa tu pula kami kongsi dengan jiran depan rumah,  Katanya nak buat kerabu umbut, manakala en suami nak buat masak lemak putih.


Resipi Masak Lemak Umbut Kelapa



masakan kampung, masakan melayu, hasil kelapa

Inilah umbut kelapa.  Kalau nak ratah pun boleh juga. Bahagi-bahagi dengan jiran, sama-sama rasa.  Kami buat masak lemak putih antara masakan yang paling mudah untuk disediakan.  Bahan pun tak perlu banyak.

Umbut kelapa tadi korang hiris-hiris nipis.  
Santan kelapa (akak guna santan kotak Kara yang tiga segi tu)
Bawang merah
Cili merah
Sohun  (rendam sekejap)
Udang
garam/serbuk perasa

Masukkan santan, air, biar sekejap dan masukkanlah bahan-bahan lain.  Memang mudah masak lemak ni tak perlu nak tumis-tumis dah.   Biarlah sampai mendidih.  Korang jangan lupa kacau, kacaukan, jangan sampai santannya berketul-ketul pula.


masakan kampung, masakan melayu, hasil kelapa

Dah siap.  Kalau ada ikan kering atau pekasam, memang sedap digandingkan bersama.  Kalau tak ada, ikan temenung goreng pun boleh.

Selamat mencuba !





14 Comments

  1. Percaya tak? Uncle lom pernah try ni... kena cuba sekali lah....

    ReplyDelete
  2. Kalau kenduri kat kampung biasanya ada menu ni. Sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau kenduri dikampung kadang-kadang jumpa benda ni. Memang tak lepas peluang makan.

      Delete
  3. Lamanya tak makan umbut kelapa Kak!
    Memang sedap sama ada kerabu atau lemak putih, dua² pun sama sedapnya 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapkan umbut kelapa ni. Sempat buat dua kali masak hari tu.

      Delete
  4. sedapnye... zaman dulu2 sellau makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dulu tak tahu makan sangat. Lepas kawin macam-macam dah pandai makan.

      Delete
  5. sayur rare ni kak...biasa jumpa time kenduri kahwin dekat kampung2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, jarang-jarang jumpa. Anak-anak pun tak biasa makan.

      Delete
  6. Tak pernah makan. Nampak sedap ye 😁 macam sayur kobis masak lemak pulak rupa dia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap. Tapi jarang nak dapat umbut kelapa ni.

      Delete