Ambil Jubah Konvo Popular Di Media Sosial. Sekarang ni musim IPTA dan IPTS mengadakan sesi konvokesyen. Korang ingat lagi tak jubah konvo trending tahun lepas. Seingat akak tahun lepas jubah konvo USM antara yang mendapat rating tertinggi dan trending di media sosial pada tahun lepas. Bangga sekejap sebab pernah menyarung jubah trending ni 28 tahun lepas. Tahun ni anak pula akan mengambil tempat bersama jubah popular ni. In syaAllah adiknya akan mengikuti 4 tahun lagi. Dah jadi keluarga USM dah nampaknya !
Jubah Ungu Trending
Kalau nak ikutkan jubah ni bukanlah baru, dah berpuluh tahun dah guna yang sama. Cuma mungkin konsepnya yang minimalist di mana warna ungu tanpa sulaman, ada belahan di lengan jubah dan bahaguan tengah jubah terbuka. Kalau orang Penang atau lebih dikenali sebagai orang Tanjong ni, warna ungu dikenali sebagai warna biji remia atau kalau di selatan kami panggil warna buah kundang. Nampak ceria dan menonjol sikit.
Jubah ni kalau korang tengok, dia tidak kelihatan 'kembang' dan terletak elok atas bahu dan bahagian terbuka di depan tu menarik sebab boleh nampak pakaian yang dipakai. Almaklumlah biasanya, masa konvo nilah ada yang menempah baju cantik-cantik untuk dipakai. So bila jubah terbuka di depan, memang cantiklah untuk OOTD. Eh...itu pendapat akak tau sebagai alumni USM.
Tambahan sekarang ni anak-anak muda kan suka buat content dan ambil gambar cantik-cantik.
Recap Mengimbau Kenangan Di USM
Hujung minggu lepas, giliran ambil jubah untuk Irfan. Oleh kerana dia kerja dan tak dapat cuti, makanya kamilah jadi wakil. Akak memang suka sebab setiap kali masuk dalam kawasan USM ni, rasa teruja dia lain macam. Mulutpun mulalah bercerita itu ini pada siapapun yang ada dalam kenderaan sampaikan en suami dan anak-anak memang dah standby ibu nak cerita apa. Empat tahun keluar masuk, mana mungkin boleh lupa setiap kenangan di sini.
Pintu masuk utama. Kalau korang nak cari masjid USM, paling mudah masuk pintu ni, kami panggil pintu Sungai Dua. Pernah heret beg daripada pintu ni masuk ke desasiswa, dahlah desasiswa kami paling jauh di belakang. Tapi tak rasa penat pun sebab heret ramai-ramai. Dulu, pengangkutan utama dah tentulah bas. Bas pulak ambil yang bertolak waktu malam dan sampai di sini awal pagi biasanya antara jam 5-6 pagi. Pelajar-pelajar yang jauh macam kami ni, biasanya balik kampung hanya pada cuti-cuti panjang jadi memang hampir suku atau separuh penumpang dalam bas tu adalah student USM. Tapi kadang-kadang kami berjanji juga ramai-ramai balik waktu yang sama, baru meriah terutama kalau balik cuti raya.
Nampak dah persiapan khemah-khemah berdekatan dengan Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP). Biasanya persatuan anak-anak negeri akan ambil bahagian berniaga macam-macam jenis makan dan sudah tentu ada jualan beratus-ratus jambangan bunga. Paling suka waktu ni sebab macam-macam makanan kami dapat beli disamping melihat kemeriahan para graduan dan keluarga bergambar. USM induk ni memang banyak tempat korang boleh OOTD dengan kehijauannya. Ambil gambar tepi jalan atau kat tangga pun kalau kena gayanya akan nampak cantik !
Sementara tunggu en suami ambil jubah, akak ronda-rondalah area sini. Koridor di depan Perpustakaan Hamzah Sendut. Sepanjang jalan ni lah tempat kami melepak sementara menunggu kelas bermula. Kalau gap antara kelas sejam atau dua jam memang di sinilah biasanya tempat kami, baiklah bergebang macam-macam cerita. Bahagian bawah tu dulu adalah kedai photostat, tempat kami hantar bahan untuk di photocopy, jimat duit. Sekarang ni rasanya jadi tempat simpan jubah. Dua puluh tahun lebih dah kot, macam-macam pembaharuan dah dibuat.
Bangunan dewan kuliah.
Inilah masjid Al Malik Khalid USM. Karpet pun purple yer !
Sebelum balik, ajak en suami pusing kawasan desasiswa akak menginap dulu. Kawasan ni pun dah banyak berubah, banyak sungguh yer. Blok H16 - selama 4 tahun akak menginap di sini. Dari tingkat satu, pindah ke tingkat dua, dan dua tahun terakhir, akak stay di tingkat tiga. Disebabkan keaktifan sepanjang berada di desasiswa, memang bilik sebelah menyebelah adakan geng-geng kami jugak. Kalau nak menginap di desasiswa syaratnya korang kenalah aktif - itulah pesan senior masa akak di tahun pertama. Pesanan tu jugalah yang akak perturunkan pada junior selepas itu. Makanya kami memang aktif dengan macam-macam aktiviti di sini. Cuma bila dah masuk final year, dah kurang aktif sebab dah tak ada keperluan untuk berebut tempat di desasiswa.
Kalau korang nak tahu, blok ni jugalah tempat Asmidar Ali Setan tinggal. Biliknya di bawah sekali. Eh! Kat sini pun cantik tau kalau nak ber ootd.
Sampai rumah kita try dulu jubah viral ni. Irfan lane kain warna merah, akak dulu warna biru muda. Warna ni membezakan kursus pengajian masing-masing. Cuba teka warna biru muda tu kursus apa?
9 Comments
Tahniah anak dah konvo...pasti imbau kenangan ibunya juga tu
ReplyDeleteTerima kasih tuan
DeleteTahniahnyer berjaya sampai ke menara gading
ReplyDeleteTerima kasih
Deleteeh ehhh siapa yang konvo ni? irfan ke ibu irfan ni?
ReplyDeletehehehe
Mak suka mengimbau kenangan ....hahaha
DeleteKak azieeeee, ya Allah rindu nya saya dengan USM 😍😍😍😍😍. Saya bukan student USM, tapi adik saya yg student di sana. Cuma kami sama kuliahnya. Tapi dia di trima di USM saya pula di swasta, Olympia college di Green Drive jelutong waktu itu.
ReplyDeleteNaaah, pas libur kuliah, adik saya jarang pulang, saya pun jarang. Cuma roommates dia semua balik, jadi dia takut tidur sendiri. Saya lah yg disuruh datang menemani di asrama dia 😂. Makanya saya sering stay di desa siswa USM kalo roommates adik semua tak ada.
Lupaa pula warna jubah yg kami pakai masa Convo. Saya Convo di KL Krn kantor pusat Olympia college di KL kan. Adik saya yg di USM. Saya ada cita2 nak kirim anak saya kuliah di USM ini juga nanti.
Better mereka di sana drpd jakarta
yahhhh...rindu USM walaupun kerap juga lalu depan pagar USM ni. Alhamdulillah 2 org anak akak di rezekikan sambung study di sini.
Deletetahniah slmt berkonvo, slmt melangkah ke dunia pekerjaan hihi
ReplyDelete