Akhirnya Siap Juga Buku Merah. Pengalaman pertama akak buat pasport antarabangsa atau orang kata buku merah. Sebelum ni pernah buat border pass sahaja. Tak pernah merancang untuk perjalanan antarabangsa jadi tak mahulah membazir duit untuk buat buku merah. Tapi kali ini memang ada keperluan jadi kena jugalah buat.
En hubby sebelum memang ada buku merah tapi disebabkan dah hampir 10 tahun tidak diperbaharui jadi prosesnya sama macam kena buat baru. Untungnya kami menetap di Kedah jadi tak perlulah ambil cuti untuk ke pejabat imegresen. Tapi kalau merancang untuk ke pejabat imegresen pada hari Ahad kenalah bersedia berbaris seawal 7 pagi lagi untuk mengelakkan kehabisan nombor. Iyelah ramai juga yang menetap di negeri bersebelahan datang ke sini. Maka seperti ular kena palu la berbaris. Kami ke Imegresen Kulim sahaja, paling dekat. Hari tu dimaklumkan ada yang beratur seawal 4.30 pagi yer. Gigih sungguh korang!
Seawal 645 pagi kami sampai. Masa ni dah lebih 70 orang di depan. Tawakkal ja dengan harapan urusan selesai hari ini juga. Tepat jam 750 pagi pegawai bertugas keluar dan mengedarkan nombor sementara. Masa ni tiba-tiba barisan di depan jadi lebih panjang sebab ada yang datang dengan family tapi yang beraturnya seorang sahaja. Bila nak bagi kad nombor tu pegawai akan tanya berapa orang. Kalau berdua, dua kad akan diberi, kalau lebih maka ikut bilangan ahlinyalah.
Kad no sementara yang diberi. Satu untuk akak satu lagi untuk en hubby.
Mujur dapat juga nombor untuk kami berdua. Lepas tu tunggu pula giliran untuk dapat nombor giliran sebenar. Bila dah dapat nombor giliran, kenalah tunggu 2-3 jam lagi sebelum dipanggil. Walaupun no 84 tapi berjam-jam yer menunggu. Sempat pusing cari makan dulu kami berdua ni. Pun belum separuh yang dipanggil. Apatah lagi awal-awal tu kaunter yang buka hanya dua sahaja. Bila dah buka tiga kaunter barulah laju sikit. Hampir waktu rehat jam 1 petang, barulah siap ambil gambar semua, daftar di kaunter dan buat bayaran. Kena tunggu pula sejam lagi kalau nak ambil pasport. Kalau nak ambil keesokan hari pun boleh tapi alang-alang akak tak kerja hari tu maka baiklah siapkan terus semua prosesnya sampai selesai.
Sementara nak tunggu siap, kami balik rumah dulu lah, rehat-rehat, solat zohor semua, jam 3 petang barulah gerak semula ke pejabat imegresen.
Ambil nombor lagi. Tapi kali ni sekejap aje. Tak sampai 5 minit dah dipanggil untuk ambil buku merah. Alhamdulillah selesai tugasan pertama ni. Ehh bila dah ada buku ni mulalah en hubby senaraikan planning dia...hehehe...risau yer!
Untuk korang yang baru pertama kali nak buat pasport, ini adalah keperluan yang korang kena patuhi :
1. Permohonan kali pertama - kena hadir sendiri kalau berumur 18 tahun dan ke atas. Bagi mereka
yang berusia bawah 18 tahun, perlu hadir bersama ibu/bapa/penjaga yang sah.
2. Bawa mykad untuk yang berusia 12 tahun ke atas. Manakala bawah 12 tahun perlu bawa sijil
kelahiran. Pastikan buat salinan terlebih dahulu.
3. Kalau bertudung, pastikan memakai tudung gelap.
Bayaran Pasport
Akak share juga caj yang dikenakan untuk permohonan pasport mengikut kategori. Pasport antarabangsa ini valid untuk 5 tahun. Jadi bolehlah mengumpul dan merancang perjalanan korang.
Selesai satu urusan. Doakan dipermudahkan urusan-urusan seterusnya.
*kalau hari biasam tak sepanjang ini yer barisannya.
21 Comments
Buku merah rupanya, Sy dok bayang buku pink 🤭
ReplyDeleteGinilah bila buat passport kan, masa yg terbuang tu sgt banyak :(
Selamat 'terbang' Kak :)
hehehe..yang tu kita panggil buku pink
Deletefuhhh...kalau beratur...tiba-tiba no habis...eh, nak rase apa ye...takde ke cara yang lebih effisien ye
ReplyDeleteNaya pak karim macam tu.
Deleteyeayyyy
ReplyDeletelepas ni nak ke mana tu?
sy nak ikutttt😁😁
gurau je
Masih dalam perancangan, nanti kalau ons kita update.
DeleteBuku merah dah luput pun. Nak kena buat yang baru.
ReplyDeleteTu la kalau ada plan travel bolehlah renew semula
Deleteooh masih kene beratur lg erk., bukan ke skrg dh zaman internet online je., huhu
ReplyDeleteKalau tak pernah buat memang kena datang ke imegresen , kalau dah ke sini memang kena beraturlah jawapnya.
Deletelama tk renew buku merah...slamat terbang
ReplyDeleteTerima kasih....ada beberapa bulan lagi sebelum terbang.
Deleteoh , org panggil buku merah rupanya.. ldy ingt td buku yg org buat waktu pregnnt tu.. :D.. hihi.. yg lady punya hampir habis dah lamannye sebab asyik balik kg..
ReplyDeleteyang tu buku pink hehehe
DeleteHehe..saya pun ingatkan ‘buku merah’ tu apa la tadi.
ReplyDeleteWah…nak ke mana la tu agaknya ya? Terus saya rasa seronok membayangkan trip jalan jauh 😀
This comment has been removed by the author.
DeleteBuat dulu bukunya, trip lagi beberapa bulan.
DeleteUits! Nak ke mana tu?
ReplyDeletejalan-jalan tempat orang
DeleteNak ke negara mana tu
ReplyDeleteNak melawat anak di India
Delete