Sarapan Yang Mengenyangkan Dengan Roti Croissant Telur Bercheese
Sarapan pagi yang mengenyangkan sampai tengahari. Hari pertama minggu ni kita mulakan dengan sharing sarapan pagi. Semenjak Kak Cik tamat asasi dan berada di rumah ni rajinlah juga nak godek-godek semula dapur awal pagi. Tambahan pula Kak Cik bekerja sementara cari duit poket untuk degree nanti maka mak pun support la dengan sarapan dan bekalan ke tempat kerja.. Mak pun join sekali bawa bekal yang sama, tapi hari ni wfh so breakfast di rumah sahaja.
Croissant Telur Dengan Cheese
Tak perlu banyak bahan. Roti croissant, telur, cheese, salad dan tomato. Kat rumah ni tak berapa minat dengan mayonis, jadi tiada mayonis. Tapi kalau korang suka, bolehlah letakkan mayonis juga.
Roti croissant ni en hubby beli di pasaraya Giant - 5 biji RM5.99, cukuplah untuk kami bertiga. Roti tu buat belahan di bahagian atas tengah. Kemudian pecahkan telur dan buat telur hancur tidak berapa pejal - maksudnya goreng sekejap sahaja dengan sedikit minyak atau butter. Di belahan roti tadi, letakkan potongan tomato dan salad. Kemudian angkat telur dan letakkan atas salad tadi. Akhir sekali letakkan sekeping cheese di atas telur. Oleh kerana telur masih panas, maka cheese pun akan cepat mencair. Fuhhhh....terus lapar bila tengok.
Lepas ni tak payah beli dah...buat sendiri lebih puashati.
Paling mudah nak sediakan. Nak buat makan petang pun boleh, bolehlah skip dinner. Boleh juga sediakan untuk picnic atau bekalan di perjalanan. Anak-anak mesti suka sebab ada telur dan cheese. Lepas ni nak buat dengan roti croissant yang saiz kecil-kecil tu. Senang nak ngap sekali masuk mulut.
Cubalah yer!
15 Comments
tengok pun terliur.sedapnyaaa
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap cukup rasa.
DeleteBuat sendiri memang puas hati sebab boleh letak bahan-bahan sebanyak mana yang mungkin. Nampak menyelerakan croissant tu.
ReplyDeletememang pilih untuk buat sendiri kalau nak puashati memakannya. Tapi kalau buat sendiri ni memang bertambah-tambahlah jadinya.
Deletemalaysian dengan cheese berpisah tiada... hehehe.. tapi nampak sedap..
ReplyDeleteanak akak memang suka makan cheese...kunyah begitu sahaja
DeleteTengok pun tau sedap ni...
ReplyDeleteBoleh try nanti buat bekal anak :)
Sesuai tu buat bekalan , makan satu ja pun dah kenyang.
Deletesedapnya azie. lama tak singgah ke sini, masih aktif nampaknya azie menulis alhamdulillah ..
ReplyDeletealhamdulillah...bila mood datang kita tulis...kalau tak terperam jugak.
Deleteuissshhh kalah english breakfast ni. ni kalau jual mmg laku keras😁
ReplyDeletehehe...buat makan sendiri je rajin.
DeleteNampak sedap ..buat breakfast esok pagi ni best laaa
ReplyDeleteSila-sila....senang sangat buat ni.
DeleteBetuuul kak, asalkan rajin, buat sendiri memang lebih mantap 👍👍. Bisa letak lebih banyak filling di dalam sesuai favorit kita 😄👍
ReplyDelete