Hari ni cuti, tak ke mana-mana. Kita godek apa sahaja stok yang ada kat rumah, sesi masak dan makan.  Semalam en hubby beli mangga muda.  Nak cuba resipi baru Sambal Belacan Mangga Muda.


Sambal Belacan Mangga Muda - Jangan Cuba Kalau Nak Diet

Biasanya orang buat sambal belacan biasa atau campur dengan kuinin.  Takpun gaul dengan tempoyak.  Kali ni kita cuba gaul dengan mangga muda.  Apapun caranya - memang punah diet korang !  Tak perlu banyak lauk, sambal belacan dengan ikan goreng pun dah cukup membuka selera makan bertambah.  Jadi hati-hati bagi yang nak diet, jangan cuba menu ini.

Bahan nak guna pun tak banyak - mangga muda, cili merah, cili padi, sedikit belacan, sedikit asam jawa, gula dan garam.

Tumbuk cili merah, cili padi, belacan lumat. Campurkan sedikit asam jawa, gula dan garam.  Asam jawa tak perlu banyak sebab nanti nak campurkan dengan mangga muda.  Mangga tadi korang kupas, hiris dan racikkan.  Ambil agak-agak dalam jumlah yang memadai - gaulkan dengan sambal belacan yang korang dah tumbuk tadi.  Rasakan masin, masamnya.  

menu sedap, lupa diet, makan sekeluarga, menu kampung
Hasilnya, memang padu makan dengan ikan goreng dan nasi panas-panas.  Tanpa sedar dah bertambah nasi.

Dah Siap !

Selamat Berhujung Minggu korang semua.....