Sambal Belacan Mangga Muda - Jangan Cuba Kalau Nak Diet
Hari ni cuti, tak ke mana-mana. Kita godek apa sahaja stok yang ada kat rumah, sesi masak dan makan. Semalam en hubby beli mangga muda. Nak cuba resipi baru Sambal Belacan Mangga Muda.
Sambal Belacan Mangga Muda - Jangan Cuba Kalau Nak Diet
Biasanya orang buat sambal belacan biasa atau campur dengan kuinin. Takpun gaul dengan tempoyak. Kali ni kita cuba gaul dengan mangga muda. Apapun caranya - memang punah diet korang ! Tak perlu banyak lauk, sambal belacan dengan ikan goreng pun dah cukup membuka selera makan bertambah. Jadi hati-hati bagi yang nak diet, jangan cuba menu ini.
Bahan nak guna pun tak banyak - mangga muda, cili merah, cili padi, sedikit belacan, sedikit asam jawa, gula dan garam.
Tumbuk cili merah, cili padi, belacan lumat. Campurkan sedikit asam jawa, gula dan garam. Asam jawa tak perlu banyak sebab nanti nak campurkan dengan mangga muda. Mangga tadi korang kupas, hiris dan racikkan. Ambil agak-agak dalam jumlah yang memadai - gaulkan dengan sambal belacan yang korang dah tumbuk tadi. Rasakan masin, masamnya.
Dah Siap !
Selamat Berhujung Minggu korang semua.....
18 Comments
kecuqqqqqqqq dibuatnyaaaaaa
ReplyDeletememang boleh buat kecuqqq
Deleteni kompem makan nasi bertambah tambah😁
ReplyDeleteiya pastinya bertambah.
DeleteTiba-tiba terliur nampak sambal mangga ni.....makan simple2 pun dah sedap dah.....
ReplyDeleteBetul, ada sambal dengan telur goreng pun cukup.
DeleteSedapnya terus terliur tengok sambal tu. makan dengan nasi panas2, ikan masin goreng pun dah sedap tu.
ReplyDeleteBetul, sambal macam ni, ada nasi panas, ikan atau telur goreng pun dah cukup.
DeleteMujoq ada buah pelam teloq, satgi nak buat la utk lunch hihi
ReplyDeleteBoleh je buah mangga apa pun
Deletehappy weekend!
ReplyDeleteSelamat bercuti
DeleteAissssh kaaaaak, kebetulan lah kemarin suami baru petik mangga dari rumah mama. Sebagian masih muda. Bagusnya dibuat sambal memang yaaa, biar segaaar. Sukaaa sangat sambal mangga seperti ini. Biasanya JD sambal bebek goreng 👍👍❤️
ReplyDeleteKadang-kadang bila ada rasa asam-asam, makan tambah seleranya.
DeletePernah try tapi tak leh telan hihii.. lain org lain lidah :D
ReplyDeleteCuba makan dengan nasi. Betul tak semua sama seleranya.
DeleteKita orang Malaysia kalau takde sambal belacan rasa macam tak lengkap. Tambah pula mangga muda dalam dia, memang power 🙌🏻
ReplyDeleteRasa masam-masam mangga tu selalunya jadi pembuka selera.
Delete