Gurney Bay Tempat Riadah Terbaru Di Pulau Pinang.  Cuti sekolah baru ni tak plan ke manapun.  Keluar jalan-jalan tempat berdekatan sahaja, cuti pun tak apply.  Lepas waktu kerja baru fikir nak bawa Dzakwan ke mana.  Dzakwan pun lebih memilih untuk stay kat rumah puas-puas sebelum balik asrama.  Tapi sebab dia sorang je ada kat rumah, bosan juga katanya.  Mujur kawan-kawan dia yang di taman yang sama pun tak ke mana, jadi petang-petang dipenuhi dengan aktiviti riadah di padang.  

Gurney Bay ni juga kami singgah secara tak sengaja lepas balik makan malam.  Dek kerana rasa teruja dengan suasana di sini, kami pun plan untuk datang lagi ke sini hujung minggu sebelum cuti sekolah berakhir.  Keseluruhannya kawasan riadah Gurney Bay ini masih belum siap sepenuhnya,  tapi untuk fasa awal ni, kawasan ini telah dibuka kepada orangramai dan korang dah boleh je beriadah di sini.  

Gurney Bay ini merupakan kawasan persiaran yang terletak betul-betul di sebelah laut dengan pemandangan pantai. Ia merupakan kawasan tanah tambak yang luas meliputi keluasan kira-kira 40 ekar.  Fasa pertama kawasan ini menampilkan pelbagai kemudahan antaranya taman permainan, taman untuk sukan luncur, kiosk, tandas dan tempat letak kereta terbuka.  

Selain itu, korang juga boleh berbasikal di sini.  Tempat ni memang luas dan sangat sesuai untuk beriadah bersama keluarga. Waktu malamnya diterangi dengan lampu-lampu.


tempat riadah, cuti keluarga, jalan-jalan cari makan, pulau pinang, anak mami, nasi kandar

Waktu malam  view memang cantik kalau tak hujan.  Berlatar belakangkan bangunan-bangunan hotel terkenal di Pulau Pinang.  Kawasan ini masih lagi dalam proses penanaman rumput.

tempat riadah, cuti keluarga, jalan-jalan cari makan, pulau pinang, anak mami, nasi kandar

Suka betul view yang mengadap Hotel Marriot Penang ni.  Penuh cahaya dari atas sampai ke bawah.  Hujung minggu memang meriah di sini.

tempat riadah, cuti keluarga, jalan-jalan cari makan, pulau pinang, anak mami, nasi kandar

Gurney Bay ini juga mengadap laut.  Korang boleh menyusur laluan ini.  Hampir sama macam laluan pantai Padang Kota.


tempat riadah, cuti keluarga, jalan-jalan cari makan, pulau pinang, anak mami, nasi kandar

Antara hotel yang berdekatan dengan Gurney Bay.  Tempat makan pun meriah juga tapi lebih kepada kedai-kedai non muslim lah.

tempat riadah, cuti keluarga, jalan-jalan cari makan, pulau pinang, anak mami, nasi kandar

Penunjuk arah, korang boleh pilih nak mulakan laluan mana.  Masa kami pergi ni pusat penjaja belum beroperasi lagi.

tempat riadah, cuti keluarga, jalan-jalan cari makan, pulau pinang, anak mami, nasi kandar

View lokasi sama di waktu pagi.  Masa ni kami sampai awal, bergerak dari rumah jam 7 pagi.  Jalan clear, lebih kurang 35 minit kami sampai sini.

tempat riadah, cuti keluarga, jalan-jalan cari makan, pulau pinang, anak mami, nasi kandar

Laluan mengadap pantai.  Masa ni kami pergi waktu pagi pulak, kononnya nak beriadahlah dengan anak-anak. Buat masa ini, kalau korang bercadang nak beriadah di sini di waktu pagi, kenalah datang awal.  Pilihan lain , korang boleh je bermalam di mana-mana hotel yang berhampiran.  Kalau lewat, agak panas sedikit di sini .

tempat riadah, cuti keluarga, jalan-jalan cari makan, pulau pinang, anak mami, nasi kandar

tempat riadah, cuti keluarga, jalan-jalan cari makan, pulau pinang, anak mami, nasi kandar

tempat riadah, cuti keluarga, jalan-jalan cari makan, pulau pinang, anak mami, nasi kandar

Ada mainan gelungsur untuk anak-anak.  Cantik , dari jauh boleh nampak. Kalau anak-anak dah mula main di sini, memang susahlah nak berganjak ke tempat lain. Pastikan bawa bekalan air yang mencukupi.

tempat riadah, cuti keluarga, jalan-jalan cari makan, pulau pinang, anak mami, nasi kandar

Gelungsur ni antara tumpuan anak-anak kecil bermain.  Mak ayah boleh rehat di tepi-tepi kawasan ni.  Kawasan ini agak luas juga dan dikeliingnya ada macam-macam pilihan mainan untuk anak-anak pelbagai peringkat umur. Tapi korang kena adalah juga di sini untuk mengawasi anak-anak bermain.

Kalau korang bercadang nak singgah di sini, jangan risau tentang tempat letak kereta.  Korang boleh parking di petak parking Majlis Perbandaran atau korang boleh masuk parking berbayar yang disediakan.  Parking berbayar yang disediakan boleh bayar guna e-wallet Touch N Go atau kredit kad.  Manakala untuk parking petak Majlis Perbandaran, kenalah muat turun aplikasi PenangParking.

Korang yang suka healing tengok pantai dan suka briskwalk, kalau datang ke Pulau Pinang, pastikan korang singgah Gurney Bay ni tau.....

 

13 Comments

  1. Nampak cantik tepi pantai pulak ya. Nampaknya pantai tu macam kena tambak ya?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul....tanah tambak tu. Dah banyak bahagian tambak di Penang ni.

      Delete
  2. macam best je gelungsur tu..ini bukan kanak2 je suka..org dewasa pun nak try juga ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha...betul. Anak akak yang besar pun sibuk naik juga gelungsur ni.

      Delete
  3. ada rezeki g penang lg bln dpn sy nk sggh sinilah

    ReplyDelete
  4. kanak2 rebina bleh join x main gelongsor tu?🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kot..hahha...anak saya yang dewasa pun join sekali

      Delete
  5. jika pi Penang lagi pasti sy akan lawati Gurney Bay ini. Last pi sana thn 2016 lps...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah tu tak ke Penang, kena datang tu banyak sangat dah berubah

      Delete
  6. Ini dekat dengan tanjung gurney yg banyaaak tempat makan itu ya kak? Saya kalo Penang sering datang, biasanya setahun sekali. Penang ini memang ada ikatan lah dengan saya 😄

    Semoga nanti kalo kesana lagi, tempat ini sudah lebih cantik dan 100% jadi ya

    ReplyDelete