Bermalam di Hotel Legend Inn Taiping. Minggu lepas ada macam-macam aktiviti berjalan. Dah lama akak tak diminta menghadiri training luar kawasan tiba-tiba nama naik pulak. Yang bestnya macam tau-tau saja akak nak ke Taiping. Terus laju-laju setuju untuk hadir. Oleh kerana en hubby pun tak ada aktiviti yang perlu diselesaikan, akak ajaklah sekali temankan akak bermalam di Taiping.
Kali ni bawa Amira juga sekali memandangkan dia dah habis asasi dan sedang menunggu penempatan di IPTA. Pilihan penginapan kali ini ialah di Hotel Legeng Inn, Taiping. Dah lama sebenarnya plan nak cuba bermalam di sini, baru kali ni tercapai.
Hotel ini terletak di tengah pekan Taiping, bersebelahan dengan masjid dan berdekatan dengan Medan Selera Larut Matang. Jadinya untuk mencari makan memang tidak sukar. Boleh jalan kaki sahaja.
Hotel lama jadinya korang tak bolehlah high expectation. Tapi akak tengok ramai juga yang menginap di sini. Selesa untuk bermalam merehatkan badan.
Akak ambil bilik biasa dengan 2 katil single. Buat tempahan di Booking.com sehari sebelum sampai. Mungkin di tengah minggu, harga pun hanya RM97 semalam, plus tax semua jadi RM117 sahaja. Biliknya luas yer. Bilik ni tak sound proof sangat so korang still boleh dengar lah bunyi luar. Masa kami dalam bilik adalah juga dengan bunyi ketuk-ketuk daripada bilik sebelah tapi kami abaikan sahaja, anggaplah bilik sebelah memang ada orang yang menghuni.
Orang perempuan ni, benda pertama yang dicari sebaik sahaja masuk bilik hotel ada iron dan iron board. Bila nampak tegantung dalam almari..baru senyum panjang. Walaupun dah jadi kebiasaan akan bawa pakaian yang tidak perlu iron, tapi masih lagi sakan pastikan 2 benda ni ada dalam bilik hotel.
Bilik mandi biasa sahaja. Masih menggunakan tirai untuk asingkan antara tempat mandi dan sinki. Okay lah simple, sesuai dengan usia hotel ini sendiri.
Ada tv, meja kerja dan meja bersiap yang ada cermin besar di hadapannya. Kami dapat bilik yang mengadap sekolah. Oh ya! Bersebelahan dengan hotel ini juga adalah sebuah sekolah menengah convent. Jadinya kalau kami selak tirai, nampaklah anak-anak yang sedang belajar di dalam kelas.
Hadapan hotel di waktu malam. Pekan Taiping ni malam tidaklah sesibuk mana, suasana pun sunyi awal. Parking hotel ini agak banyak juga. Kalau nak yang free gunakan petak yang line kuning. Kalau dah penuh, boleh je parking mana-mana petak berbayar. Nak bayar parking samada korang beli kupon atau nak mudah download saya app Park@Perak. Parking berbayar bermula daripada jam 8 pagi sehingga 6 petang sahaja.
Di sini ada pilihan sarapan tapi bayar semasa nak masuk ke dewan makan. menu simple tapi okay lah dengan harga RM8 seorang. Ada hidangan nasi lemak, rendang ayam, maggi goreng, mee goreng, roti bakar, moi serta salad dan buah-buahan. Ada air manis panas dan sejuk. Pilihan akak pagi tu adalah nasi lemak dengan rendang ayam. Tak pasti samada setiap pagi menu yang sama ataupun tukar-tukar. Dek kerana nak ke tempat training, akak terus bayar untuk sarapan di hotel sahaja. Kalau korang bercuti, bolehlah santai-santai cari makan di luar.
Suasana pagi depan hotel. Pemandangan memang cantik mengadap Bukit Maxwell atau Bukit Larut. Pada akak, kalau korang bercadang untuk datang bercuti di Taiping, hotel ini bolehlah masuk dalam senarai pilihan. Selesai makan semua, jom ke tempat training. En hubby dan amira lepas hantar akak, teruskan explore Taiping di waktu pagi sebelum check out.
Jom datang Taiping sempena Tahun Melawat Perak 2024 !
11 Comments
Selalu jugak ke Taiping dulu2. Ziarah makcik husband ada duduk sana. Nanti boleh la try menginap kat sini pulak.
ReplyDeleteKalau nak stay area pekan boleh lah stay sini. Ada juga hotel yang walking distance sahaja .
DeleteSy suka bandar Taiping, tenang je suasananya.
ReplyDeleteCuba tak Sotong Kangkung dekat food court tu Kak? Nyumms!
Memang kena cuba sotong kangkung yong tau foo kalau ke sini.
Deletekat sini pun kebanyakan hotel2 lama... beginilah lebih kurang keadaannya.. tetapi disebabkan hotel di sini biasanya tepi pantai jd perkakas dalamannye xcantik sgt .. (sini tu merujuk ktrg)
ReplyDeleteBila agaknya nak sampai Trengganu lagi.
DeleteWali sering ke KL dan Penang, Taiping saya blm pernah singgah 😅. Menarik ternyata kotanya. Dan saya suka view dengan latar belakang bukit larut itu 😍.
ReplyDeleteNantilah THN depan ada plan ke Malaysia lagi, nak juga sesekali ke perak. 👍
Ya silalah singgah di Perak, ada pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi.
Deletesgt ok rate tu!! my family kena amik dua bilik lah if bilik jenis gini ;)
ReplyDeleteBetul, bilik dia luas, selesalah.
DeleteNext time turun Taiping boleh check in sini ..
ReplyDelete