Senang Jer Buat Sendiri Pie Epal. Salah satu kesukaan ahli rumah ni ialah makan pie epal. Tapi akak kurang sikitlah sebab tak berapa suka dengan rasa kulit kayu manis yang biasanya agak  kuat.  Semenjak memboikot jenama tertentu tu, memang jarang dah nak jumpa pie epal yang kena dengan selera. En hubby kata jom kita buat sendiri.


menu minum petang yang sedap, resipi mudah, pai ala mekdi, pie apple yang sedap, mudah disediakan

Kejadian pertama kali cubaan membuat pie epal. Walaupun hasilnya tak berapa cantik tapi rasanya ada.

Resipi Pie Epal Paling Mudah

En hubby memang rajin godek-godek video orang memasak.  Jumpalah beberapa perkongsian menyediakan inti pie.  Bila tiba tang pastri mula garu kepala - siapa nak buat?  Bahagian tu serahkan pada akak jer.

Kulit pastri memang ada dijual di pasaraya. Cuma korang kena tahu pasaraya mana yang ada dan jenama apa. Sebelum ji akak pernah gunakan kulit pastri jenama Kawan. Jadinya tak perlu fikir lama-lama cari sahaja la kulit pastri sediaada di pasaraya Giant.

Sebungkus ni ada 10 keping. Akak gunakan sekeping untuk hasilkan sebiji pie. Kulit pastri ni korang defrost kan sekejap.

menu minum petang yang sedap, resipi mudah, pai ala mekdi, pie apple yang sedap, mudah disediakan

Beli kulit pastri ni saja.  Boleh buat ini dan boleh juga jadikan puff sardin atau kentang.  Sesi kali ni akak guna untuk buat pie epal.  Jangan lupa serbuk kulit kayu hitam.   Bahan utamanya ialah epal.

menu minum petang yang sedap, resipi mudah, pai ala mekdi, pie apple yang sedap, mudah disediakan

Selain daripada buah epal, akak masukkan juga buah pear.  Buah-buah ni dah beberapa beli tak habis di makan.  Sebelum terbiar, kami potong-potong dadu buah-buahan tadi.  Campurkan dalam periuk atau bekas yang sesuai, letak atas api.  Masukkan juga gula ikut rasa yang korang nak.  

Masukkan sedikit air sahaja supaya inti ni tak terlalu cair.  Biarkan potongan buah tadi jadi lembek. Sambil kacau tu korang lenyek-lenyekkan lah sedikit.  Jangan lupakan campurkan juga serbuk kulit kayu manis.  Kalau nak pekatkan sedikit inti ni, korang boleh masukkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya inti jadi lebih likat.

menu minum petang yang sedap, resipi mudah, pai ala mekdi, pie apple yang sedap, mudah disediakan

Hasil kejadian inti epal.  Tak nak hancurkan semua sebab nak bagi rasa ada ketulan-ketulan potongan buah.

menu minum petang yang sedap, resipi mudah, pai ala mekdi, pie apple yang sedap, mudah disediakan

Bila kulit pastri dah lembut, korang letakkan inti epal di sebelah bahagian pastri dan lipatkan sebelah lagi menutupi inti tersebut.  Senang kata macam buat karipap.  Akak gunakan garfu dan tekan keliling kulit pastri tersebut supaya bercantum.  Bahagian atasnya sapukan kuning telur.  Tak nak sapu pun tak apa.


menu minum petang yang sedap, resipi mudah, pai ala mekdi, pie apple yang sedap, mudah disediakan

Panaskan oven 200c, masukkan pastri tadi untuk 20-30 minit dengan dimulai api atas dan bawah.  Lama masa bergantung jugalah pada oven masing-masing.

menu minum petang yang sedap, resipi mudah, pai ala mekdi, pie apple yang sedap, mudah disediakan

Seronok tengok bila pastri tu mengembang, nampak lapisan-lapisannya. Inti pulak ada yang keluar sikit-sikit.

menu minum petang yang sedap, resipi mudah, pai ala mekdi, pie apple yang sedap, mudah disediakan


menu minum petang yang sedap, resipi mudah, pai ala mekdi, pie apple yang sedap, mudah disediakan

Dah siap. Sejukkan sekejap dan bolehlah makan buat minum petang atau kalau rajin untuk sarapan pagi.  Sedap makan masa suam-suam. Seketul ni pun kenyang tau. Bila buat sendiri bolehlah adjust manis intinya, ikut citarasa sendiri.

Esokkan dah week end, jom korang buat untuk family sambil chit chat sembang hujung minggu !


14 Comments

  1. Lahh senang je rupanya. Dah alang-alang b01kot mekkdi, nak makan apple pie buat sendiri je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...lepas memboikot ni, banyak juga yang belajar buat sendiri.

      Delete
  2. waduhhhh sedapnyaaaa... mkn dgn teh o fuhhh syahdu!

    ReplyDelete
  3. Sedapnya pie apple ni. Kalau beli dulu beli kat McD je since dah lama tak beli kat situ kena buat sendiri la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...dah lama ucap selamat tinggal untuk pai mcd. Kita kayuh sendiri je la

      Delete
  4. Rupanya blog ni buat resipi Pie Apple. Saya terlupa blog mana....ok dah tahu dah....

    ReplyDelete
  5. Saya memang sukaaaa pie apel. Dulu sebelum boikot si M, seringnya beli di sana. Skr dah tak nak. Ada yg jual pie apel sedap juga, tapi jauuuuh.tak bisa sering saya beli 🤣.

    Baca ini JD terpikir nak buat juga. Memang paling mudah pakai kulit pastry Frozen ya kak. Tinggal buat isi apelnya.

    ReplyDelete
  6. Biar rupa pie tak cantik ..asalkan sedap .. tapi rupa pie ru tak ada laa buruk mana kan. Asal kenyangg

    ReplyDelete