Makan Malam Di BangJie Kitchen Kulim.  Kita cerita pasal makan lagi.  Bila ahli rumah makin berkurang, berkurang jugalah rasa nak memasak tu. Maka bermulalah sesi jalan-jalan cari makan. Cari makan dekat-dekat je. Mencuba kedai-kedai makan viral di tempat sendiri.

BangJie Kitchen Kulim

Restoran makan ni dah lama juga ada  di Kulim.  Cuma kami belum cuba.  Selalu lalu lalang di media feed kami. Nampak menarik tapi kena cuba rasa baru tahu kena atau tidak dengan citarasa kami dan yang penting juga harga makanannya.  Maka singgahlah kami berdua ni di BangJie Kitchen,

Ada pelbagai menu dari western sampailah ke shell out.  Rata-rata yang singgah makan kami tengok, order hidangan shell out.  Oleh kerana kami berdua sahaja, kami cuba menu yang lain.


kedai makan viral, port shell out, tempat family gathering
(gambar google)

BangJie Kitchen ni letaknya di tepi jalan besar.  Memang kalau korang lalu untuk ke JPJ, JPN, UniKL atau politeknik, korang memang akan nampak restauran ni.  Kalau waktu malam memang meriah dengan lampu, dari jauh dah nampak.

kedai makan viral, port shell out, tempat family gathering

kedai makan viral, port shell out, tempat family gathering

Antara menu western di sini.  Harga boleh tahan juga tapi pandai-pandailah pilih menu yang sesuai.

kedai makan viral, port shell out, tempat family gathering

Macam biasa, kalau singgah kedai makan yang ada jual western, akak akan cuba order chicken chop dulu.  Menu kesukaan anak-anak. Kalau rasa okay nanti boleh singgah lagi bawa anak-anak pula.  Yang ni okay la cuma ayamnya terlalu garing mungkin salutan pada ayam tebal. Portion ayam tidak sederhana.  En hubby order nasi goreng tapi lupa pula nak ambil gambarnya.  

kedai makan viral, port shell out, tempat family gathering

Dalam restoran.  Malam tu tak ramai orang jadi sepatutnya tidaklah terlalu lama menunggu.  Secara keseluruhannya, boleh singgah makan kalau sesekali nak cuba menu lain.  Mungkin nanti nak kena cuba makan shell out sebab ramai yang order menu ni.


Pada yang nak singgah makan di sini bila berada di Kulim, akak sharekan lokasinya. Beroperasi daripada jam 3.30 petang hingga 11.30 malam, hampir setiap hari.


Kedai makan mana lagi nak share lepas ni?