Makan Malam Di BangJie Kitchen Kulim. Kita cerita pasal makan lagi. Bila ahli rumah makin berkurang, berkurang jugalah rasa nak memasak tu. Maka bermulalah sesi jalan-jalan cari makan. Cari makan dekat-dekat je. Mencuba kedai-kedai makan viral di tempat sendiri.
BangJie Kitchen Kulim
Restoran makan ni dah lama juga ada di Kulim. Cuma kami belum cuba. Selalu lalu lalang di media feed kami. Nampak menarik tapi kena cuba rasa baru tahu kena atau tidak dengan citarasa kami dan yang penting juga harga makanannya. Maka singgahlah kami berdua ni di BangJie Kitchen,
Ada pelbagai menu dari western sampailah ke shell out. Rata-rata yang singgah makan kami tengok, order hidangan shell out. Oleh kerana kami berdua sahaja, kami cuba menu yang lain.
(gambar google)
BangJie Kitchen ni letaknya di tepi jalan besar. Memang kalau korang lalu untuk ke JPJ, JPN, UniKL atau politeknik, korang memang akan nampak restauran ni. Kalau waktu malam memang meriah dengan lampu, dari jauh dah nampak.
Antara menu western di sini. Harga boleh tahan juga tapi pandai-pandailah pilih menu yang sesuai.
Macam biasa, kalau singgah kedai makan yang ada jual western, akak akan cuba order chicken chop dulu. Menu kesukaan anak-anak. Kalau rasa okay nanti boleh singgah lagi bawa anak-anak pula. Yang ni okay la cuma ayamnya terlalu garing mungkin salutan pada ayam tebal. Portion ayam tidak sederhana. En hubby order nasi goreng tapi lupa pula nak ambil gambarnya.
Dalam restoran. Malam tu tak ramai orang jadi sepatutnya tidaklah terlalu lama menunggu. Secara keseluruhannya, boleh singgah makan kalau sesekali nak cuba menu lain. Mungkin nanti nak kena cuba makan shell out sebab ramai yang order menu ni.
Pada yang nak singgah makan di sini bila berada di Kulim, akak sharekan lokasinya. Beroperasi daripada jam 3.30 petang hingga 11.30 malam, hampir setiap hari.
Kedai makan mana lagi nak share lepas ni?
15 Comments
chicken chop tu fav my razeen, selain fish n chip. salam ziarah anyway :) tq sbb sudi drop komen kat my blog
ReplyDeleteya sama dengan anak-anak saya, favorite tu chicken chop
DeleteBang Jie ni mungkin pendek dari Haji agaknya. Nampak gambar fish & chips teringin la pulak.
ReplyDeletetak pastilah pulak singkatan dari nama apa, ada beberapa cawangan juga di kedah dan penang
DeleteChicken Chop pun antara favorite saya kalau ke kedai western.
ReplyDeletesetuju.
Deletejauh beno nak ke Kulim ye. tgk rege kira ok la tu kn.
ReplyDeleteBila-bila kot 'tersesat' sampai Kulim bolehlah singgah.
DeleteBangJie tu Abang Aji kot?
ReplyDeleteMungkin juga...
Deletefav 3 hero kecil LM chicken chop. kalau dapat yang sedap kadang tu memang order tu je
ReplyDeletememang menu kesukaan anak-anak tu
Deletebesar jg portion chicken chop tu... nampak sedap👍👍👍👍
ReplyDeleteAissssh menu begini saya sukaaaa kak. 😍😍😍. Dan lihat td ada menu salmon juga. Mungkin kalo saya kesana, salmon lah yg akan saya pilih. ❤️
ReplyDeletePernah ke sini ..western dia semua sedap ..tapi tue laa orang sentiasa ramai ..
ReplyDelete