Makan cendol di Bismillah Cendol Taiping.  Dah macam cerita bersiri tentang Taiping pulak. Korang jangan bosan tau.  Akak update mana yang terlintas gambar depan mata ja. Kalau simpan lama-lama, alamatnya terperam dalam draft saja.  


Bismillah Cendol Taiping

Ini antara tempat makan cendol yang popular di Taiping ni.  Tapi kena cepat la, kalau lambat, tak merasalah.  Hari tu masa Irfan balik, singgah juga cari cendol ni tapi dah lewat, baru jam 6 petang, dah habis. Geraipun dan kemas-kemas nak tutup.  Tak ada rezeki Irfan, kena tunggu dia balik Malaysia semula.


jjcm,  cari makan di perak, cari makanan viral, tahun melawat perak


jjcm,  cari makan di perak, cari makanan viral, tahun melawat perak

Kami order cendol biasa saja. Semangkuk RM2.20.  Ada lagi pelbagai rasa, antaranya cendol pulut, cendol jagung, cendol durian dan beberapa rasa lain. Harga lain-lain.   Cendol ni kalau nak makan kena masa aisnya belum cair, baru sedap.


jjcm,  cari makan di perak, cari makanan viral, tahun melawat perak

Di sini juga ada jual pasembor atau rojak.  Pasembor ni kalau makan kena gaul betul-betul dengan kuah dia. Kalau kuah sedap, okaylah.  


jjcm,  cari makan di perak, cari makanan viral, tahun melawat perak

Gerai yang berlainan di lokasi yang sama, ada juga dijual laksa.  Semangkuk laksa dan sepinggan pasembor, kami makan kongsi-kongsi saja.  Nak ambil rasa sambil hilangkan kering tekak.

Kalau korang nak cuba, akak share lokasi kedai ni. Boleh la cuba raso-raso.


12 Comments

  1. feveret saya tuh.. tapi selalunya kalau kat taiping, saya makan cendol ansari sebab lebih suka yg tu berbanding cendol bismillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la lepas ni nak kena cuba cendol ansari pulak.

      Delete
  2. sedap nampak cendolnya.. nanti kalau ditakdirkan ke taiping bolehlah singgah ke kedai ni...

    ReplyDelete
  3. Sedap nampak cendolnya tu...
    Dulu pergi Taiping mmg target nak rasa cendol ni tapi plan kena hijack sbb ramai nak makan rojak sotong dekat food court blkg Bomba tu 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..lain kali kena singgah...pi awal lepas tu boleh singgah belakng bomba pulak

      Delete
  4. ketiga2 menu ni dpt jamah time cuaca panas2 mmg suuuurrrrrrr

    ReplyDelete
  5. Hari tu turun Taiping ..cari Bismillah Cendol ni tak jumpa² lokasinya

    ReplyDelete