Layan Sunset Di Pesisir Pantai Siring Melaka
Layan Sunset Di Pesisir Pantai Siring, Melaka. Paling seronok bila dapat peluang balik kampung. Kali ni balik bukan masa cuti sekolah atau cuti umum, lega sangat sebab tidak terlibat dengan kesesakan lalulintas yang melampau. Sikit-sikit tu biasa la. Tiap kali balik, mesti ambil peluang ke Pantai Siring. Kali ni kami pergi dengan tujuan nak ambil gambar sambil tunggu matahari terbenam. Memenuhi permintaan anak-anak.
Setiap kali balik mesti ada perubahan kat sini. Makin bertambahlah pengunjung bila tempat makin cantik, tambah-tambah untuk mereka yang suka ber ootd tepi pantai. Pantai ni nampak bersih walaupun airnya agak tohor, tapi nak bergambar memang cantik. Di kejauhan akan kelihatan Pulau Besar. Teringin juga nak ke sana satu hari nanti.
Kali ni bawa balik tiga orang ja anak-anak jumpa dengan atok, terlanjur abang balik bercuti daripada India. Dapatlah luangkan sedikit masa dan kesempatan .
Oleh kerana bukan cuti sekolah atau cuti umum, tak ramailah orang kat sini, dapatlah berayun di buaian ni sambil tunggu matahari tenggelam.
Dah dewasa dah dua orang ni. Abang setahun lagi akan tamatkan pengajiannya dan pulang ke Malaysia. Kakak ada 2 tahun pengajian lagi. Kak cik tak ikut sekali sebab tak ada cuti panjang. Sekarang ni memang sukar sikit nak cukupkan ahli keluarga.
Semestinya akan jadi port kami santai-santai setiap kali balik kampung. Apa lagi ada di sini? Korang boleh baca entry akak sebelum ni - Pantai Siring
4 Comments
SUBHANALL NCANTIKNYA.. BOLEH MAIN BUAIAN SAMBIL TGK SUNSET BESTNYA
ReplyDeletebetul cantik sangat. Suka suasana macam ni.
Deletemmg syok layan sunset kat pantai...tapi, sepnjang dok melaka..x pnh lagi smpai pantai siring...hihihi...
ReplyDeletesalam kenal ya dari Linda
salam kenal dr saya juga. Bolehlah lepas ni singgah sini.
Delete