Awan Cantik Langit Biru
Awan Cantik Langit Biru. Good morning semua! Ingatkan hari ni boleh cuti tapi sila bekerja ye. Rezeki company masih lagi beri peluang bekerja dari rumah. Sekarang ni jadual dah bertukar, dua hari wfh, 3 hari di pejabat. WFH dengan syarat kami perlu bekerja dari rumah atau di mana-mana tapi dengan jarak yang boleh dihubungi dan datang pejabat jika diperlukan, biasanya di rumah aje. Kali ni masuk ofis Selasa, Rabu dan Khamis, so Isnin masih di rumah, tidaklah terlalu Monday swing sangat !
Pagi ni nak share gambar awan dan langit yang sempat dirakamkan sepanjang hujung minggu baru ni. Banyak aktiviti luar rumah. Berada di atas jalanraya dalam tempoh yang lama memang mengundang rasa bosan, mesti kena buat apa-apa aktiviti menghilangkan rasa jemu dan mengantuk sambil meneman pak supir bersembang.
Langit cerah sehari sebelum pilihanraya negeri. Menetap di Kedah, bekerja Di Penang tapi akan mengundi kat kampung di Melaka. So kami enjoy ja tengok perang bendera, poster dan sebagainya. Tapi kami hantar dua orang anak yang layak mengundi di Kedah.
Awan bertompok-tompok sana sini. Cantik sangat pemandangan waktu ni. tepi highway utara selatan. Waktu ni dalam perjalanan nak ambil anak di Kuala Nerang.
Macam padang ragut tepi jalan. Petak-petak sawah luas mata memandang. Sesuai dengan gelaran Negeri Jelapang Padi kan....sana sini memang puas mata memandang kawasan sawah padi.
Pemandangan menghampiri waktu senja di Bayan Baru. Menunggu masuknya waktu maghrib di Masjid Bayan Baru lepas jalan-jalan cari makan. Kami suka singgah di sini, tempat selesa, parking senang dan berada dalam jarak yang tidak jauh daripada Jambatan Pulau Pinang.
Macam-macam bentuk awam kelihatan.
Ini yang paling menarik. Sekumpul awan putih bersih dikelilingi warna langit senja. Cantk sangat dan jarang dapat dilihat.
Dah jadi macam satu kepuasan pula sekarang ni ambil gambar langit dan awan cantik.
Korang jangan Monday Blues sangat yer haru ni!
8 Comments
hari ni langit mendung di pontian. tepat pukul 2 petang hujan lebat mencurah curah
ReplyDeletesekarang ni cuaca kerap hujan petang.
DeleteSubhanallah…Allah masih beri kita nikmat melihat keindahan alam
ReplyDeleteAllah maha besar...
DeleteSaya suka konsep WFH secara bergilir..paling tidak ada juga datang ke ofis
ReplyDeleteya betul...sesekali nak kena juga masuk ofis utk tukar suasana kerja.
Deletesubhanallah....
ReplyDeletecantik kan?
Delete