Sepandai-pandai tukai melompat.  Bukan nak cerita pasal kecurangan.  Memang nak cerita pasal tupai.  Kalau yang rajin baca post akak mungkin pernah terbaca tentang seekor tupai yang kami pelihara sejak kecil lagi.  Kami berikan nama tupai ini Jack.  Semalam petang, dapat wasap daripada anak, Jack terlepas  dari sangkarnya.  Tak nampak di mana-mana pun di halaman rumah.  Dalam hati akak, tak apalah mungkin dah tiba masanya, kami melepaskan Jack.

Walaupun  mulut kata tak apa, dalam hati bukan main sedih lagi. Yelah Jack ni kami pelihara sejak dari kecil, belum buka mata.  Bagi susu hari-hari, dah besar sikit bagi makan macam-macam.  Dah beberapa kali juga terlepas tapi tak pernah lagi melompat jauh, biasa dia akan main depan-depan pintu rumah saja.

Awal pagi tadi, kakak bagitau Jack dah balik. Terkejut memang terkejut, mungkin tengahmalam dia balik cari sangkar dia semula.  Mujur en hubby dan anak perasan. Cepat-cepat cari makanan dan umpan semula masuk ke sangkar.  Masuk sahaja dalam sangkar, kakak kata Jack terus cari air. Oooo....haus rupanya dah berjalan jauh.  Lepas minum makan semua terus masuk dalam kotak tempat tidur dia. Jack ni bila dah besar dah susah nak pegang.


pet, binatang peliharaan, sayang haiwan, haiwan baik
Dah besar sikit masa ni.  Siapkan kait bunjut besar untuk  Jack tidur.  Tupai suka tidur di tempat gelap, terlindung daripada pandangan.  Memang suka dia duduk dalam bunjut tu. Bergulung-gulung badannya bila tidur.


pet, binatang peliharaan, sayang haiwan, haiwan baik
Waktu pertama kali kami jumpa Jack.  Kecil sangat. En hubby terjumpa Jack atas bumbung rumah burung.  Tempat tu berdekatan dengan pokok-pokok pinang hiasan yang kami tanam.  Mungkin terjatuh daripada sarang atau celah-celah pelepah pokok pinang tu.  Mulanya kami tunggu juga kot-kot ada tupai yang mungkin ibu dia datang untuk cari anak tupai ni. Tunggu-tunggu tak nampak bayang juga, kami ambil keputusan ambil terus anak tupai ni masuk dalam rumah.

pet, binatang peliharaan, sayang haiwan, haiwan baik
Awalnya letak sekali dengan anak ayam yang baru menetas.  Anak ayam ni hasil cubaan en hubby menetas tanpa ibu, kami guna mentol sahaja.  Elok berkawan dua ekor ni.  Berpelukan bila tidur.

pet, binatang peliharaan, sayang haiwan, haiwan baik
Mata pun tak buka lagi.  Kami cuba sahaja apa cara pun supaya Jack boleh terus hidup.  Guna botol susu yang kecil ni, kami guna susu kambing bagi pada Jack.  Secara kebetulan juga, ada anak-anak kucing tanpa ibu di rumah yang juga kami jumpa depan rumah waktu hujan. Waktu ni dah macam rumah penyelamat haiwan dah.  Masa ni juga adalah waktu PKP, tak boleh keluar rumah kan, jadi aktiviti-aktiviti nilah yang digunakan mengisi masa yang ada.

pet, binatang peliharaan, sayang haiwan, haiwan baik
Dah buka mata.  Serasi dengan susu kambing.  Memang seronok jaga Jack waktu ni.  Tak susah pun ...tiba waktu makan, sediakan susu, dia minum tak hirau keliling dah. Lepas minum susu, lompat-lompat dalam sangkar, bila penat masuk dalam bunjutnya tidur.


pet, binatang peliharaan, sayang haiwan, haiwan baik
Waktu kecil ni, memang kami bawa sahaja Jack ke mana-mana pun sekiranya kami perlu bermalam.  Duduk elok dalam sangkar kecilnya. Ada masa kami lepas dia bermain, waktu ni dia tak gerak jauh.

pet, binatang peliharaan, sayang haiwan, haiwan baik
Akak juga sediakan satu bunjut asing bertangkai untuk kegunaan bawa Jack. Memang dia akan duduk diam dalam tu terutama kalau lepas minum susu, sampai tertidur-tidur.

pet, binatang peliharaan, sayang haiwan, haiwan baik
Tupai suka makan buah-buahan.  Apa jenis buahpun terutama yang manis dan rangup memang Jack suka.  Kalau makan durian mesti asingkan beberapa ulas untuk Jack. Kadang-kadang bagi makanan jenis kekacang.  Jack juga suka sembunyikan kacang dalam sangkar dia. 

pet, binatang peliharaan, sayang haiwan, haiwan baik
Waktu kecil macam ni, boleh lagi hulur-hulur jari untuk dia bermain.  Bila makin besar, gigi nya semakin panjang dan tajam, tak berani dah nak sua jari macam ni, memang kena ngaplah jawapnya.

pet, binatang peliharaan, sayang haiwan, haiwan baik
Dah pandai minta lepas.  Waktu ni kami lepas kan sahaja dalam rumah sebab mudah nak tangkap dia. Pergerakannya sangat pantas, memang penat kalau dia terlepas dalam rumah. Tapi seronok.

pet, binatang peliharaan, sayang haiwan, haiwan baik
Port paling Jack suka lepak, atas meja kerja akak.  Lepas puas melompat sana sini, Jack akan melepak macam tu atas meja.   Kalau korang nak tahu,  Jack ni macam  tupai dalam kartun Alvin & Chipmunks tu. Di tepi badannya ada jalur warna lebih cerah, memang cantiklah.

Itulah serba sedikit cerita tupai ni.  Penghibur juga ni di rumah.  Suka tengok gelagat dia.  Bila dia hilang semalam memang terasa jugaklah.  


4 Comments

  1. Comelnya tupai ni, nanti bila dah besar mesti jinak sangat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak besar dah...besar tu aje. Comel tapi tak boleh pegang.

      Delete
  2. Comelnya Jack..teringin juga ada haiwan peliharaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. best ada haiwan peliharaan ni tapi kena sabar juga

      Delete