Anda Mungkin Seorang Claustrophobia.  Nak  sebut pun berbelit lidah.  Baru sekarang akak tahu apa itu Claustrophobia.  Mungkinkah akak juga seorang Claustrophobia?  

Apa Maksud Claustrophobia?

Claustrophobia adalah ketakutan yang berlebihan terhadap ruang sempit atau tertutup, misalnya lift atau ruangan tanpa jendela. Claustrophobia merupakan salah satu jenis fobia yang paling umum. Claustrophobia wujud bila adanya rasa panik, cemas, takut, atau gugup yang muncul ketika seseorang sedang berada di ruangan sempit, tertutup, atau penuh sesak.

takut, fobia, gelap, sempit

Minggu lepas nak jadi cerita ada seorang rakan sekerja akak terperangkap dalam lift.  Hampir sejam jugaklah dia berseorangan dalam tu sementara menanti bantuan sampai dan usaha menyelamatkan beliau.  Kami di luar ni melayan saja beliau bercakap untuk kurangkan rasa takut.  Mana tak takut kan !

Lepas tu terbacalah berkaitan Claustrophobia ni.  Adakah ianya bahaya? Akak kongsikan kat sini, hasil pembacaan yang rasanya mudah untuk difahami.

Penyebab Claustrophobia

Claustrophobia boleh disebabkan oleh banyak hal dan mungkin terjadi disebabkan oleh penyebab yang berbeza-beza kerana maksud 'ruang sempit' juga mungkin berbeza-beza pada setiap individu.  Contoh penyebabnya :

  • Toilet umum
  • Gua
  • Terowongan
  • Kapalterbang
  • Kereta kecil
  • Berada di ruangan kecil tanpa jendela
  • Berada di lift yang penuh sesak
  • Menjalani pemeriksaan dengan alat MRI atau CT scan
  • Berada di tengah-tengah keramaian, seperti pesta atau konsert

Gejala Claustrophobia

Selain rasa takut, panik, dan cemas, ada juga beberapa gejala lain yang mungkin muncul ketika orang dengan claustrophobia berada di ruang sempit, di antaranya:

  • Berpeluh-peluh
  • Gemetar
  • Pening
  • Mual/loya
  • Mulut kering
  • Sesak nafas
  • Jantung berdegup laju
  • Telinga berdengung
  • Menggigil 
  • Merasa seperti dinding di sekitar akan menghimpit dirinya
  • Kerap buang air kecil

Cara Atasi Claustrophobia

1. Terapi diri

Perawatan yang dilakukan dengan cara menempatkan diri dalam situasi yang membuat anda takut. Hal ini dilakukan untuk membantu anda melawan rasa takut tersebut

Terapi ini tentunya dilakukan secara bertahap. Misalnya, pertama, anda hanya akan diperlihatkan foto atau gambar yang menunjukkan tempat-tempat sempit. Jika Anda sudah mulai terbiasa dan percaya diri, barulah tingkat paparan akan dinaikkan hingga anda boleh  berada di ruangan sempit tanpa ketakutan yang berlebih.

2. Ubat-ubatan

Selain terapi, psikitari juga mungkin boleh mencadangkan ubat antidepresi atau ubat anticemas untuk membantu mengurangi gejala panik dan cemas yang anda alami ketika berada di ruang sempit.

Meski terlihat sederhana, praktik penanganan claustrophobia tidak semudah yang dibayangkan, perlu ulangkali mencuba dan perlu kesabaran dalam menjalaninya.

Jika Anda mengalami gejala-gejala claustrophobia seperti di atas, ada baiknya anda segera mendapatkan nasihat pakar supaya  dapat ditangani secepat mungkin. Hal ini kerana  gejala claustrophobia yang dibiarkan begitu saja berpotensi mengganggu aktiviti sehari-hari.

(sumber :  https://www.alodokter.com/memahami-claustrophobia-fobia-terhadap-ruang-sempit )


0 Comments