Cerekarama Mendarat Di Syurga.  Dah lama tak kongsi tentang drama yang ditonton.  Kali ini terpanggil untuk menonton cerekarama Mendarat Di Syurga yang disiarkan pada Sabtu lepas.  Inipun baru semalam akak berkesempatan tengok.  Bulan puasa memang sibuk, cari sedikit masa untuk diri sendiri berehat.  Apa yang menarik tentang drama ini?

Sinopsis Mendarat Di Syurga

Khalif dan Dyan adalah dua insan yang saling tidak mengenali, menaiki pesawat JK566 Eriqa Airways yang dijadualkan terbang menuju ke Genovia. Namun, segalanya berubah apabila pesawat itu ditakdirkan terhempas. Sejak itu kehidupan ahli keluarga dan sahabat mereka berubah secara mendadak. 

mangsa kapalterbang terhempas, hikmah, pengajaran, drama sedih

Rayhan ibu Khalif tidak redha dengan kerjaya anaknya sebagai peramugara. Julia dihimpit rasa bersalah kerana meminta Khalif menggantikan dia bertugas pada malam itu. Elyas pula telah curang terhadap isterinya, Dyan. Dari bulan ke tahun, mampukah mereka bangkit semula untuk melupakan penyesalan itu?

Antara pelakon utama dalam drama ini :

  • Syafiq Kyle sebagai Khalif
  • Siti Saleha sebagai Julia
  • Nad Zainal sebagai Dyan
  • Riz Amin sebagai Elyaas
  • Shah Faris sebagai Aydan
  • Muaz Zabir sebagai Zaqwan
  • Aida Khalida sebagai Rayhan

Fikir-fikirkan Pengajaran Mendarat Di Syurga

Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada cerita ini.  

Erti persahabatan.  Zaman sekarang ni susah nak cari sahabat yang betul-betul sanggup susah dan senang bersama.  Ada yang depan kita baik, tetapi belakang kita  sebaliknya.  Ada kawan yang sanggup bersama ketika senang, bila kita ditimpa musibah semua hilang. 

Kasih sayang ibu ayah.  Sebagai ayah dan ibu, jangan sekali-sekali kita cuba membezakan layanan terhadap anak-anak.  Walaupun ada terlintas di hati, cubalah usir jauh-jaun supaya tidak sampai anak-anak nampak.  Anak pula jangan sesekali berkecil hati dengan ayah dan ibu.  Nak merajuk sikit-sikit tu biasalah tapi janganlah berpanjangan.  Ayah ibu ni tiada ganti di muka bumi ni,  selagi bernyawa, layanlah mereka sebaiknya. Luangkan masa bersama mereka sekerap mungkin.

Redha dengan ketentuan Allah.  Sebagai orang Muslim, redhalah dengan apa sekalipun musibah yang datang. Ujian Allah kita tidak tahu bila. Yang penting setiap ujian itu ada sebabnya.  Jangan salahkan orang lain di atas musibah yang melanda.
 
Korang cubalah cari masa dan tonton cerita ni. Sediakan tisu juga.  Akak ni bila tengok cerita tentang anak, ibu dan ayah, memang tau-tau meleleh air mata. Tambah-tambah berada dalam bulan Ramadan ni, tak lama lagi dah Syawal.

Korang boleh tengok cerita ni kat tonton.com.my 

Selamat menonton !

6 Comments

  1. tengok gak drama ni aritu... sadis sbb terigt MH370 tu...

    ReplyDelete
  2. betul tu. ambik byk pengajaran drpd citer ni.

    ReplyDelete
  3. tengok tajuk pun dah agak cerita ni sedih sangat...

    ReplyDelete