Pilihan Laluan Balik Beraya Di Kampung. Ha....puasa belum seminggu, akak dah cerita pasal raya.  Sementara masih segar dalam ingatan , baik cerita kat sini. Bolehlah juga bantu korang yang nak balik beraya ke utara.  Dah lama sepatutnya ada pilihan laluan ke utara ni. Sekarang ni bukan kata raya, hujung minggu biasa pun, memang senak perut tengok kereta berduyun-duyun atas lebuhraya.  Kena pandai-pandailah adjust masa perjalanan supaya tak tersangkut dalam jem yang panjang.

Secara kebetulan baru-baru ni, akak ke Sungai Buloh atas urusan keluarga.  Trip kali ni takde plan sangat, lebih kepada perjalanan yang santai-santai.  Elok masuk lebuhraya, kenderaan yang mula banyak walaupun baru jam 9 pagi.  Memang mencabar yer bila atas lebuhraya korang tak boleh bawa ikut hadlaju yang ditetapkan, kejap-kejap kena tekan brek.  Teringatlah posting adik ipar tentang laluan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE - West Coast Expressway).  

balik raya, balik utara beraya, laluan elak jem


Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE _ West Coast Expressway)

Ini bukan review berbayar yer. Akak kongsikan pengalaman dan mungkin boleh membantu korang yang nak balik kampung.  Dari rumah, kami ikut lebuhraya Utara Selatan sehingga ke susur keluar Changkat Jering.  Menghala ke arah Beruas, laluan jalan biasa, so kenalah juga hadap traffic light dan jalan yang tak berapa okay.  Tapi oleh kerana kami dah lama tak melalui jalan ni, enjoylah melihat pemandangan dan pembangunan sekitar.  Sambil-sambil tu akak dan hubby, masing-masing mulalah...eh dulu kawasan ni hutanlah.....dulu kita dah lalu kat sini...haaa....kat sinilah dulu kita berhenti makan...hahahaha....macam-macamlah lagi komen spontan kami.

Tau-tau dah sampai Susur masuk ke WCE melalui Plaza Tol Beruas.  Di sinilah bermula lagi komen-komen spontan  - beruntunglah kita lalu sini. Takde kenderaan lain pun. Kalau ada pun jarang-jarang sekali terserempak.  Jalanraya sama seperti masa PKP dulu...lengang.  

Laluan lengang, sesekali sahaja nampak kenderaan lain. Dari Plaza Tol Beruas keluar di Plaza Tol Lekir, tol baru TM7.90. Seterus masuk pula Plaza Tol Teluk Intan, keluar di Plaza Tol Hutan Melintang dengan tol RM2.90 sahaja.  Sebenarnya laluannya lurus sahaja. Selepas itu, laluan tanpa tol tapi jalan elok lagi .

balik raya, balik utara beraya, laluan elak jem
Syok kan lengang sungguh jalanraya.

balik raya, balik utara beraya, laluan elak jem
Sesekali aje berselisih dengan kenderaan.  Kalau malam mesti sunyi giler laluan ni. 

balik raya, balik utara beraya, laluan elak jem
Ada juga berselisih dengan anak-anak muda bermotosikal.  Jangan dijadikan tempat lawan berlumba sudahlah...

balik raya, balik utara beraya, laluan elak jem
Bila kereta bergerak saja dan tiada gangguan jem, walaupun jarak agak jauh sedikit tapi hati tenang je memandu. 

Kalau korang dari utara nak ke Lumut, laluan ni memang sesuai sangat.  So korang bolehlah buat plan nak ikut laluan mana dan masa perjalanan. Akak yakin mesti jem giler-giler masa Aidilfitri ni nanti. Rasa macam tak sanggup nak ke mana-mana pulak.

Selamat berbuka puasa korang semua !

0 Comments