Hari  Pertama Masuk Pejabat di Tahun 2023.  Rasa macam lama dah cuti, masuk pejabat hari pertama ni macam blur-blur sikit.  Selepas hampir 10 hari bercuti, bila buka laptop, berpinau jugalah tengok deretan email yang masuk tanpa henti. Itupun ada yang akak dah selit-selit baca melalui handphone.

Bila masuk tahun baru, masing-masing sibuk dengan azam baru. Dah berusia ni takdelah azam baru mana sangat pun.  Sekadar cuba menyelesaikan apa yang tergendala di tahun-tahun sebelum. Moga dipermudahkan urusan kami sekeluarga tahun ni, diberi kesihatan yang baik untuk jadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini.

tahun baru, 2023 datang , selamat datang ke tahun baru

Semakin berusia, moga semakin matanglah kita dalam setiap pertuturan dan tindakan.
Selamat datang 2023