Buka Sekolah Cuti Sekolah.  Diam tak diam, tinggal beberapa hari sahaja lagi sekolah akan dibuka semula untuk penggal 3 sesi 2022/2023.  Sana sini asyik baca cerita jalan-jalan cari makan, bercuti dan macam-macam lagi aktiviti hujung tahun.  Lepas buka sekolah tak lama tu dah nak cuti sekolah semula.

Seriously, akak memang pening dengan kalendar sekolah sekarang ni. Tak macam dulu, hujung tahun cuti panjang, habis cuti naik kelas. Senang nak paln senang nak buat urusan.  Bila bertukar sesi persekolahan seperti sekarang, rasa macam panjang sangat. Bertukar tahun pun, masih berada di kelas yang sama. Bertukar tahun tapi pelajar belum lagi mengambil peperiksaan SPM.

Harap-harap lepas ni, adalah usaha untuk kembalikan sesi persekolahan seperti sebelum ni.  Tahun ni kak amira nak ambil SPM, kenalah balik awal ke asrama sebab ada kem intensif peperiksaan.  Kamipun tak ke mana-mana, menghabiskan cuti sekolah di rumah sahaja sambil beri peluang pada kak amira buat ulangkaji sendiri. 

Cadangnya nak buat simple update tapi dah terbebel panjang pulak ! 

kalendar sekolah tahun depan, cuti sekolah penggal tiga, cuti sekolah


 

2 Comments

  1. Pertengahan februari dah mula cuti akhir persekolahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, baru nak panas enjin dah cuti balik.

      Delete