Petua Mudah Untuk Hilangkan Batuk.  Sekarang ni musim hujan. Bila pertukaran cuaca daripada panas ke sejuk, biasanya macam-macam penyakit yang sampai.  Ini pengalaman akak sendirilah.  Batuk, selsema dan demam antara kebiasaannya.  Bila jadi macam ni biasanya akak akan cuba pelbagai petua yang sesuai selain daripada ubat klinik. Kita berusaha sahaja.  

Batuk antara sakit yang akan berpanjangan sekiranya tidak diambil langkah pencegahan segera.  Petua mudah yang biasa kami gunakan untuk mengeluarkan kahak ketika batuk ialah dengan meminum air limau bercampur madu.  Limau yang digunakan ialah limau nipis.

Caranya mudah sahaja. Ambil sebiji limau nipis yang sederhana. Panaskan atas api.

petua kesihatan, ubat alami, cara rawat tradisional

Sambil panaskan tu, pusing-pusingkan lah buah limau tu supaya semua permukaan kena. Tunggu kejap sehingga air keluar/memancut daripada kulit limau. Padam api, biarkan sejuk .

Lepas tu, potong limau tu dan perahlah airnya ke dalam cawan.  Tujuan panaskan limau ni adalah untuk dapatkan lebih banyak air perahan.

petua kesihatan, ubat alami, cara rawat tradisional

Kemudian, ambillah madu. Tak kiralah madu lebah atau kelulut, yang penting madu asli.  
Air perahan limau dalam gelas ni dicampur dengan sedikit air putih. Tak nak campur pun boleh, janji korang boleh telan.

petua kesihatan, ubat alami, cara rawat tradisional

Sesudu madu, campurkan dan kacau.  Lepas tu boleh lah minum. Rasanya masam, pahit, manis. Pertama kali minum memang berkerut-kerutlah muka kau. Kalau dah biasa, okay je.

Biasanya selepas 2-3 kali minum, batuk akan berkurang, kahak keluar dan barulah lega.  Walau bagaimanapun, ini adalah usaha kita. Kalau serasi baguslah, kalau masih keadaan sama, sebaiknya berjumpalah mereka yang lebih arif. 

Take care semua !


14 Comments

  1. bolehlah dicuba kat anak bujang ammi ni malam karang...dok batuk kungkung berapa hari dah ni

    ReplyDelete
  2. wah..baguslah petua ini...kalau ada batuk boleh cuba..lagipun bahan mudah didapati

    ReplyDelete
  3. Kalau Sha, perahkan sedikit limau tu dekat sesudu madu dan telan.. hehehe.. menggunakan limau dan madu tapi cara sedikit berbeza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada macam-macam cara, terpulang yang mana boleh ditelan.

      Delete
  4. boleh cuba bt ni.. masa anak batuk bg minum madu kelulut asli saja

    ReplyDelete
  5. a very good sharing, haritu VM selsema dekat 2 weeks++

    ReplyDelete
  6. mam tgh batuk ni lepas covid x hilang2 boleh lah ikhtiar

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu...memang lepas kena covid, batuklah yang paling payah nak lega

      Delete
  7. biasa guna cara ni lemon , madu dan air suam tapi tak pernah yang dibakar dulu limaunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. lemon pun pernah cuba juga tapi dgn limau ni lebih berkesan kat akak

      Delete