Pertama Kali Kena Blacklist di JPJ.   Semalam akak ambil cuti untuk uruskan beberapa urusan peribadi. Badan pun masih rasa letih dan sakit-sakit lepas pulang daripada sesi teambuilding 2 hari satu malam.  Maka berehatlah dulu di rumah, ganti balik masa dengan keluarga yang dah diambil hujung minggu.  Salah satu urusan ialah memperbaharui roadtax kereta si putih kesayangan kami ni.

Lepas perbaharui insuran, biasanya akak pilih renew roadtax di Pejabat Pos sahaja sebab dah memang dekat sangat dengan rumah.  Confident tak ada masalah apa, terus bagitau kerani di kaunter  - nak renew roadtax. Lepas semak IC dan no kenderaan, akak kena blacklist ni. Ha....betul ke? Eh camna boleh kena blacklist pulak ni ! Tergendalalah urusan sebab bila dah kena blacklist ni memang perlu ke kaunter JPJ pulak.

Tak puashati yer kena blacklist sebab akak memang tak terima sebarang notifikasi atau surat makluman sekiranya ada saman yang tidak berbayar.  En suami pun tak percaya, iyelah dah berpuluh tahun kot semenjak ada kenderaan sendiri, tak pernah lagi kena blacklist.  En suami pun pergi pulak sekali lagi untuk confirmkan betul ke kena blacklist. Kalau betul nak tahu juga sangkut pada IC owner atau no kenderaan. Selepas semakan, confirm sangkut atas no kenderaan. 

Akak pun tak puashati juga,  terus buat semakan di SEMAK SAMAN untuk semakan lanjut.  Rupanya ada satu saman AES yang menyebabkan kenderaan kena blacklist. Hmmm....semak tarikh dan lokasi, memang bukan akak lah yang drive.  Selama ni memang jaga sungguh daripada kena saman AES ni. Tapi nak kenakan....pejam mata bayar sajalah, kalau tak, tak boleh nak renew roadtax pula. 

semakan saman, saman jpj, saman aes


Semakan Saman JPJ

Moralnya, lepas ni kena rajin-rajin buat semakan online supaya tidak terlepas pandang lagi.   Mudah ja nak semak, masukkan no IC dan no plat kenderaan. 

Lepas tu bolehlah ke kaunter JPJ untuk buat bayaran.  Bayaran hanya dengan kad debit/kredit sahaja. Pejam mata bayar RM300 yer. Mujur satu, kalau lebih...naya sungguh.

Perbaharui Roadtax Kenderaan di Kiosk

Lepas selesaikan bayaran dah boleh renew roadtax.  Ingatkan kena ambil nombor dan beratur tunggu giliran, rupanya dah muda dah .  Boleh buat pembaharuan di kiosk sahaja. Kiosk ni diletakkan di dalam bangunan JPJ.  Mudah bila ada kiosk ni, tak perlu nak tunggu lama.  Bila dah lama tak ke JPJ, ada sahaja perubahan yang dibuat.  Baguslah cara begini, harap dapat tambahkan jumlah kiosk dan pelbagaikan lagi urusan yang boleh dibuat di kiosk. Sekurang-kurangnya bolehlah kurangkan urusan yang perlu hadir ke pejabat dan orangramai tak bolehlah selesaikan urusan di luar waktu pejabat.

semakan saman, saman jpj, saman aes

Cara nak guna pun mudah, yang penting kena ada kad pengenalan pemilik atau wakil dan kat debit/kredit untuk bayaran.  Ikut sahaja arahan yang dipaparkan di skrin.  Lepas buat bayaran, korang tunggu roadtax baru dicetak dan sekiranya perlukan resit, tunggu juga resit dicetak.

Kalau tiada masalah, tak sampai 5 minit pun urusan selesai.

Senarai Perkhidmatan di  Kiosk JPJ 

Kiosk JPJ menyediakan beberapa perkhidmatan bagi kemudahan orang ramai. Antaranya :

  • Pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM)
  • Cetakan lesen kenderaan motor (LKM)
  • Cetakan LKM(persendirian)
  • Cetakan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) - salinan

Alhamdulillah selesai dah urusan untuk tahun ini. Walaupun dah terlewat sehari. 



10 Comments

  1. naya jugak ye kalau kene time nih, memang kena selalu semak la kot ada kene saman kan. Mudah sekarang ada kiosk gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang naya, dahlah budget memang simpan cukup2 nak renew insuran dan roadtax...tengah-tengah bulan kan, mencakau jugalah hahaha...peringatan sungguh ni

      Delete
  2. Apa boleh buat....selesaikan perkara tersebut untuk kelancaran proses seterusnya

    ReplyDelete
  3. Allah.. nak tak nak, kena jugalah bayar baru boleh renew roadtax kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la tu. Lepas ni kena beringat semak dulu.

      Delete
  4. nk renew roadtax seeloknya check dulu saman yg ada.. kalau tak memang tergendala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Confident level tinggi sangat sebab biasa tak sangkut.

      Delete
  5. alamak, siap pula yg bawa kete tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...kalau bab kena saman ni antara akak dengan en suami je le punya kerjaan.

      Delete