Meraikan Majlis Perkahwinan Dan Pertunangan Anak Saudara
Majlis Pertunangan
Kali ni majlis di sebelah keluarga akak pula. Dah lama keluarga kami tiada majlis macam ni. Persiapan macam kenduri-kenduri di kampung. Dah lama tak menghiris bunga rampai sambil bersembang pasal anak-anak. Berkumpul ibu-ibu menyiapkan barang-barang hantaran.
Hai..memang meriah. Kami adik beradik sahaja pun dah meriah. Akak yang tinggal paling jauh sekali, memang seronok sangat dapat berkumpul macam ni. Sambil tangan bekerja, mulut tak berhenti mengusik antara satu sama lain.
Biarlah gambar berbicara. Gambar pun tunggang langgang tak ikut susunan. Layan je la yer...
Selamat Pengantin Baru
Selepas beberapa majlis berlangsung, tibalah hari yang ditunggu-tunggu untuk meraikan kedua-dua pasangan pengantin baru ni. Mak ayah pun lega dah, dua sekali anaknya dah berinjak ke fasa baru.
Majlis ni berlangsung di Bizmilla Wedding Hall, Eco Sanctuary. Lokasi agak jauh dari bandar tapi suasananya sangat best. Pertama kali sampai di sini. Hiasan dewan cantik dan simple. Latar belakang warna ungu, putih, hijau...memang kena sangat dengan mata akak ni. Pakej di sini daripada dewan, pelamin, makanan dan pakaian pengantin ada sekali. Mudah dan tak perlu nak pening cari yang lain, pilih saja mana yang sesuai.
Sekitar gambar majlis berlangsung, simpan sini sebagai kenang-kenangan. Gambar pun tak ikut susunan dah....
Dua-dua pasangan mengenakan gaun kembang dan suit untuk lelaki. Sesekali diraikan, mestilah tampil sebaik mungkin.
Keluarga en suami adalah berketuruna Banjar, memang riuhlah masing-masing sebab ada yang dah memang lama tak jumpa. Walaupun tak boleh bertutur sangat dalam bahasa Banjar tapi akak boleh faham jugalah apa yang mereka bualkan. Anak-anak memang melopong lah dengar ..hehehe...
Doa Untuk Pengantin Baru
Ya Allah, satukanlah hati …………
Seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah. Satukanlah hati kedua mempelai ini dengan iman keyakinan dan tawakal kepadaMu. Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah yang sentiasa membantu. Murahkan rezeki mereka dan kurniakan kepada mereka zuriat yang beriman dan beramal soleh. Semoga kehidupan mereka dipenuhi Al-Mawwadah dan Al-Rahman di dunia dan akhirat.” –Amin Ya Rabbal Alamin-
“Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kami memohon doa restumu….
Berkatilah majlis perkahwinan ini, Berjalan dengan sempurna seperti mana yang Engkau kehendaki, Dan semoga jodoh perkahwinan ini akan berkekalan buat selama-lamanya hingga ke akhir hayat. Amin, Ya Rabbal Alamin…”
“Ya Allah Ya Tuhan Kami, satukanlah hati kedua pasangan mempelai ini dengan iman, keyakinan dan tawakal kepadaMu, panjangkanlah umur mereka, lapangkanlah rezeki mereka, dekatkanlah mereka menuju kebaikan, jauhkanlah mereka dari keburukan, kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah, serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan akhirat, berkatilah perkahwinan mereka serta berkekalan sehingga akhir hayat.”
Bismillahirrahmanirrahim…. Ya Allah, Ya Tuhan Ku,
“Kami memohon hidayah dan restu dari Mu. Berkatilah majlis ini, limpahkanlah rahmat ke atas pasangan suami isteri ini. Jadikanlah rumahtangga mereka aman bahagia dalam ketaatan kepada Mu. Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan akhirat. Sempurnakanlah agama mereka dengan ikatan ini. Semoga ianya berkekalan hingga akhir hayat.”
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
“Andainya Kau telah takdirkan jodohnya berilah mereka berdua kebahagiaan buat selamanya. Tempatkan mereka di antara orang-orang yang paling Kau sayang dan kekalkan jodoh mereka hingga ke akhir hayat.”
Baca juga kisah persediaan hantaran : hantaran pernikahan
8 Comments
semoga jodoh dan kebahagiaan pasangan yang berkahwin kekal hingga jannnah....aamiin Ya rabbila alamin
ReplyDeleteAmiin...terima kasih atas doanya.
DeleteTahniah untuk kedua dua pasangan pengantin. Semoga terus berbahagia sampai syurga. Aamiin...
ReplyDeleteMeriah majlis ada dua pengantin :)
terima kasih...memang meriah.
DeleteTahniah untuk kedua pasangan pengantin dan yang bertunang.. meriah betul ya, seronok dapat berkumpul bila ada majlis macam nie kan..
ReplyDeleteAmiin...terima kasih atas doa.
Deleteselamat pengan baru.. best event kat bizmila kan selesa.. sedapnya brownies tuu
ReplyDeleteTerima kasih. Ya sangat selesa tempatnya.
Delete