Idea Membuat Hantaran Yang Mudah
Idea Membuat Hantaran Yang Mudah. Minggu lepas cuti sekolah, ramailah yang ambil peluang melangsungkan perkahwinan. Kenduri di sana sini, termasuklah kenduri anak saudara sebelah en suami. Ini merupakan kenduri perkahwinan yang pertama untuk anak saudara sebelah suami. Masing-masing excited menunggu tarikhnya. Majlis pernikahan sahaja, kenduri besarnya belum lagi sebab menunggu seorang lagi pasangan pengantin.
Bila ada majlis nikah kahwin ni, yang paling akak suka ialah melihat barang-barang hantaran, goodies jemputan, hiasan pelamin dan bilik tidur. Naluri orang perempuan kot suka tengok yang indah-indah. Akak suka pada persiapan yang simple dan cantik mata memandang.
Kenduri pertama di kalangan anak saudara, memang kalau boleh semua nak nampak sempurna. Bercerita dan berkisah tentang kenduri yang bakal diadakan memang dah dibincangkan beberapa bulan yang lepas lagi. Almaklum, masing-masing tiada pengalaman. Mujur dengan teknologi canggih sekarang ni semua info boleh diperolehi dengan cepat sebagai panduan untuk persediaan. Kami pun tumpang teruja juga. Bila dapat tarikh kenduri, awal-awal dan buat permohonan cuti.
Idea Hantaran Mudah Disediakan
Jom akak share antara hantaran yang disediakan di perempuan dan lelaki. Terima kasih pada yang berkongsi gambar, korang memang superb. Gambar cantik samada dengan handphone atau pun kamera canggih.
3 Comments
wah mmg cantik hantaran2 tu.. tapi betul la kalau tgn x berseni tak jadi juga
ReplyDeletesimple dan menarik, suka tengok kan?
DeleteAssalamualaikum, jemput join GA Cuya ^^ https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2022/10/giveaway-contengan-cuya.html
ReplyDelete