Kuey Teow Goreng Ala Kuey Teow Dolly Sedap Dan Menyelerakan.  Siapa suka makan kuey teow goreng? Sapa yang suka tu, kita geng.  Akak suka yang goreng kering, yang berkuah tu tak berapa minat.  Kalau di utara ni Kuey Teow Dolly adalah antara yang viral juga. Terletak di pekan Taiping, siapa yang datang Taiping tak lengkaplah kalau tak singgah kat kedai ni.

Kali ini akak nak share cara menyediakan kuey teow goreng ala ala Kuey Teow Dolly ni.  Tak serupa tapi rasanya hampir-hampirlah juga ...ikut selera kami.  Sebelum tu nak kena minta maaf dulu kalau kualiti gambar tidak memuaskan.  Gambar-gambar ni dari galeri handphone lama, sambil clear kan gambar-gambar, akak kumpulkan mana-mana yang boleh jadi entry sebelum akak delete. Boleh juga simpan sini sebagai kenangan dan rujukan.

Langkah Demi Langkah Penyediaan Kuey Teow Goreng

Kita bagi penerangan pada setiap gambar. Harap korang lebih faham dan dapat capture bahan-bahan yang digunakan.

langkah demi langkah memasak, menu sarapan , menu minum petang, makanan keluarga
Ambil 2-3 ulas bawang putih dan cincang halus. Masukkan 2 sudu minyak masak dalam kuali, kemudian tumiskan bawang tersebut. Akak tak guna bawang merah yer.

langkah demi langkah memasak, menu sarapan , menu minum petang, makanan keluarga
Bila dah naik bau, masukkan satu sudu lebih cili mesin. 


langkah demi langkah memasak, menu sarapan , menu minum petang, makanan keluarga
Kacau bagi cili masak . Kejap je yang ni.

langkah demi langkah memasak, menu sarapan , menu minum petang, makanan keluarga
Kemudian masukkan air rebusan udang. Korang jangan ingat air apa pulak. Kalau korang rajin, rebus dahulu sedikit udang dan ambil air rebusannya. Kalau tak letak pun tak apa. 


langkah demi langkah memasak, menu sarapan , menu minum petang, makanan keluarga
Masukkan sedikit kicap pekat.


langkah demi langkah memasak, menu sarapan , menu minum petang, makanan keluarga
Masukkan juga sedikit kicap cair. Sambil-sambil tu kacau la.


langkah demi langkah memasak, menu sarapan , menu minum petang, makanan keluarga
Masukkan sedikit sos ikan. Sos ikan ini memang kena ada dalam senarai barang di rumah. Kadang-kadang goreng sayur pun akak letak sedikit sos ni.


langkah demi langkah memasak, menu sarapan , menu minum petang, makanan keluarga
Masukkan juga sedikit cuka makan.


langkah demi langkah memasak, menu sarapan , menu minum petang, makanan keluarga
Sambil tu kacau-kacau la.  Akak tak masuk garam sebab kicap dan sos tadi dah tambah rasa masin. Cuma masukkan sedikit gula.


langkah demi langkah memasak, menu sarapan , menu minum petang, makanan keluarga
Kerang ni dah rebus dahulu dan kopek.  Bila sos tadi semua dah mendidih, bolehlah masukkan kerang dan udang. Nak guna salah satupun boleh. Pastikan sos tadi jangan terlalu banyak air sebab kita buat kuey teow goreng yer bukan char kuey teow.


langkah demi langkah memasak, menu sarapan , menu minum petang, makanan keluarga
Kacau sampai mesra sambil tu jangan lupa rasa. Manalah tahu terlebih manis atau masinnya, bolehlah adjust.


langkah demi langkah memasak, menu sarapan , menu minum petang, makanan keluarga
Masukkan kuey teow. Cerai-ceraikanlah supaya tidak melekat.


langkah demi langkah memasak, menu sarapan , menu minum petang, makanan keluarga
Kemudian masukkan taugeh dan daun kucai yang dah dipotong-potong.


langkah demi langkah memasak, menu sarapan , menu minum petang, makanan keluarga
Gaul-gaulkan macam ni.  Kemudian keluarkan sebentar letak tepi dulu.


langkah demi langkah memasak, menu sarapan , menu minum petang, makanan keluarga
Dalam kuali yang sama, pecahkan telur masuk sedikit minyak masak dalam kuali dan goreng telur hancur.


langkah demi langkah memasak, menu sarapan , menu minum petang, makanan keluarga
Proses ni semua nak kena cepat.  Lepas hancur-hancurkan telur tu, tolak ke tepi sedikit.


langkah demi langkah memasak, menu sarapan , menu minum petang, makanan keluarga
Masukkan semula kuey teow goreng tadi dan gaul ratalah dengan telur hancur tu.


langkah demi langkah memasak, menu sarapan , menu minum petang, makanan keluarga
Dah siap. Bolehlah hidangkan makan panas-panas. Aduhh...sambil tulis perut pun berbunyi-bunyi minta diisi ni.

Korang jangan lupa cuba tau !






6 Comments

  1. Sedapnya.. Kak Sue pun suka kuey teow goreng. Lama dah tak singgah Kuey Teow Dolly bila balik kampung. Faveret Kak Sue tu.. nanti boleh lah cuba resepi Azirah nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kes teringat kuey teow dolly la ni. Nak ke Taiping malas nak mengadap jem hujung-hujung minggu. Hasilnya usaha sendiri la, ada rasa dan rupa sikit-sikit pun okay lah.

      Delete
  2. Replies
    1. Silalah mencuba, mana tau kena dengan selera.

      Delete
  3. tu diaa sedap mcm makan kedai ni

    ReplyDelete