Makan Western Di Cherry Bistro, Seberang Jaya Pulau Pinang.  Dah lama tak cerita pasal makan-makan. Dah jarang keluar makan luar, kalau pergi pun ke kedai yang biasa sahaja dan pernah update.  Makanan pun dah naik harga sekarang, jadi lebih suka makan di rumah.  Malam tadi, dek kemalasan melanda kami berdua, maka en hubby pun ajaklah keluar, kononnya nak cari stok buah-buahan yang dah habis.  Bukan sahaja dapat top up stok buah-buahan, siap dengan barang dapur sedikit dan makan makan sekali.  Pertama kali singgah di Cherry Bistro.  

menu sedap, makanan western, apa yang menarik di Pulau Pinang

Kami ni antara penggemar makanan Western juga, tapi biasanya godek-godek resipi kat google lepas tu try buat sendiri. Sesekali kita cuba menu kedai.  Cherry Bistro ni terletak di Bandar Sunway, Seberang Jaya, Pulau Pinang.  Tak perlu lintas jambatan, kat sebelah Seberang Perai sahaja. Bandar Sunway sekarang ni dah macam-macam ada, makin meriah.


Pelbagai Menu di Cherry Bistro

Tengok pada menu yang ada, memang ada macam-macam yang korang boleh pilih.  Kedai dibuka bermula jam 1130am sehingga 12 tengah malam. Bermakna jualan bermula untuk makan tengahari, minum petang dan makan malam.  

menu sedap, makanan western, apa yang menarik di Pulau Pinang
Skodeng daripada luar kedai. Kalau nak berhawa dingin, boleh masuk ruangan dalam. Kami prefer ambil angin malam di luar sahaja.

Pilihan kami malam tadi adalah lamb chop dan nasi goreng chicken chop.  Ada banyak lagi ye menu yang korang boleh cuba kalau singgah sini.  Portion untuk kedua-dua menu ni banyak lah juga. Kami makan kongsi bertiga. 

menu sedap, makanan western, apa yang menarik di Pulau Pinang
Banyak juga. Boleh makan kongsi-kongsi

menu sedap, makanan western, apa yang menarik di Pulau Pinang
Nasi goreng pun banyak. Boleh kongis berdua sebab ada chicken chop sekali dan kentang goreng.  Kalau makan sorang memng penuh perut sampai pagi.

Bila ketua chef kami kata okay, maksudnya makanan yang dihidangkan menepatilah selera.  Bolehlah singgah lagi lain kali.  Harga  biasa-biasa sahaja sepadan dengan makanan yang dihidangkan.

Yang menarik di sini, suasananya di sebelah malam tenang ja, sambil makan korang dihidangkan dengan lagu-lagu yang tidaklah menyakitkan telinga sangat. Bak kat en suami - lagu-lagu Radio Sinar. Kedai ni pun tak nampak crowd, hiasan simple aje.

Okay cukuplah puji sikit-sikit. Kalau korang tersampai ke Seberang Jaya ni bolehlah cuba makan di sini. Akak share lokasinya.

0 Comments