Berkelah Dalam Dusun Durian Di Batu Kurau
Berkelah Dalam Dusun Durian Di Batu Kurau. Entri lontar belakang. Tak pernah dapat peluang berkelah dalam dusun walaupun dah banyak kali plan. Ye lah nak terjah dusun siapa kan ? Bila kakak ipar offer buat gathering dalam dusun durian di kampung biras, memang pucuk dicita ulam mendatanglah. Tambah-tambah en suami, dah plan nak masak menu kampung untuk makan ramai-ramai. Walaupun ada antara anak-anak dan anak-anak sedara yang tak berkesempatan turut serta, kami guna konsep --- siapa ada sahaja. Yang lain mungkin di kesempatan lain boleh berkelah dalam dusun durian di Batu Kurau.
Musim Durian Lebih Daripada Biasa
Tahun ni katanya buah durian di pasaran lebih daripada tahun sebelumnya. Kalau belah utara ni memang ramai yang berjualan di tepi-tepi jalan. Harga pun dah mula lebih murah daripada awal musim. Pada yang ada dusun durian, masa inilah nak cari duit lebih. Hujung minggu sentiasa penuh jalanan yang balik kampung cari durian. Memang hebat raja buah ni ! Kami pun tak lepaskan peluang meraikan kedatangan musim durian. Walaupun taklah 'berhantu' sangat bila jumpa durian tapi bila ada peluang makan durian free memang jangan dilepaskan. Bila berlaku lambakan durian ni, harga boleh jatuh menjunam juga. Pada masa ini, pada yang pandai ambil peluang, akan beli dan buat stok isi durian. Macam-macam boleh buat dengan isi durian ni, antaranya lempuk dan tempoyak.
Beruntung kami ada biras yang ada dusun durian. Dapatlah juga tumpang merasai nikmat musim durian. Bila tengok dusun orang, mulalah berkobar-kobar semangat nak set up dusun sendiri. Agak-agak sempat tak nak merasa hasilnya kalau mula dari sekarang?
Berkelah Dalam Dusun
Plan adhoc selalunya memang menjadi. Kalau orang 'otak seminit' , plan dan terus agihan tugas. Kami macam biasa, ambil part menyediakan makanan tambahan. Nak main masak-masak bawah dangau. Yang lain ada yang siapkan tempat, buat air, potong buah tambahan, sediakan kuih, kutip durian dan yang mana tak dapat tugas di awal persiapan, terus ambil tugasan mengemas.
Masa yang terhad, kami sediakan apa yang sempat sahaja. Plan mudah ikan bakar, masak lemak udang, ikan kering, ulaman. Pulut dah ada yang siap masak awal pagi. Sambil bersembang tangan bergerak kerja, dalam masa tak sampai 2 jam siap semua dengan longgokan buah durian yang baru luruh. Yang best lagi, sambil memasak sambil mendengar durian luruh dah berebutlah anak-anak sedara yang dewasa pergi mencari arah durian yang jatuh sambil berhati-hati takut-takut nanti ada pula yang lain jatuh dari pokok.
Makan sembang makan sembang sampai perut tak larat nak diisi lagi, pun tangan masih mencuit ikan bakar yang masih bersisa. Baru nak rehat sebentar, rupanya ada yang buat 'surprise' menyambut birthday di tengah dusun. Birthday tuanpunya dusun dan anak saudara, kejutan daripada si isteri dan anak-anak. Aduh!...mana lagi ruang yang ada untuk kek pula. Akak angkat tangan awal, memang tak mampu dah.
Selesai semua, sebelum matahari terbenam, kenalah kemas-kemas dan bergerak keluar dusun. Walaupun sekejap tapi sangat menyeronokkan. En Hubby pun dah mula berkobar-kobar nak bersihkan kebun peninggalan keluarga yang dah lama tak diusahakan. Banyak kerja dan banyak modal yang perlu dikeluarkan....pelan-pelan mana tahu nanti jadi kenyataan.
Bila dah semakin meningkat usia, memang sentiasa mencari peluang untuk berkumpul dengan keluarga, rakan-rakan rapat, rakan-rakan sekerja untuk mengeratkan silaturrahim sesama umat. Kita tak tahu bila kita akan pergi, mungkin kita dulu , mungkin juga mereka mendahului kita, jadi nikmati dan raikan peluang yang ada.
0 Comments