Corat Coret Aidil Fitri 2022.  Tunggu-tunggu Syawal, dah habis dah pun sebulan beraya. Macam-macam kisah berlaku sepanjang Syawal ni, sampaikan entry ni tak up up pun lagi.  Ini dah kali ke berapa akak sambung cerita sikit-sikit....haish...lemau betul !!! Oleh kerana dah karang panjang-panjang, kena juga up kan entry ni sebagai kenangan Raya 2022.

Kejutan Sebelum Raya

Akak rasa majoriti daripada korang mesti gempar bila dengar pengumuman raya kan? Macam akak ni dah memang plan nak berpuasa di hari akhir di kampung akak di Melaka bersama ayah tapi tak kesampaian juga. Plan dah cantik, tapi Allah yang dah tentukan semua. Tak apa kalau ada rezeki kita tunda tahun depan pulak.  Petang Ahad tu, kami sekeluarga dah siap masak untuk juadah berbuka puasa dengan family en suami. Masak siap-siap kat rumah lepas tu pas kat adik ipar bawa balik kampung sebab kereta kami dah penuh dengan beg. 

Mujur juga dah bekalkan beberapa kilo daging untuk kegunaan di kampung suami.  Ayam memang tak sempat beli, biras akak dah siap beli ketupat pulut frozen, makan itulah penyelamat juadah raya di Perak. Lepas dengar pengumuman, teruslah tolong dulu mana yang patut sebelum kami gerak balik Melaka. Dah siap potong daging dan bahan sampingan, tumiskan, kami tinggalkan saja untuk yang lain-lain uruskan. Yang penting, permintaan MIL dah ditunaikan.  

Perjalanan balik Melaka lancar, sempatlah sampai sebelum azan Suboh. Rehat dan terus iron baju semua sambil tolong sediakan makan pagi pula.  Kepala masing-masing pun ting tong.  Kat rumah ayah memang kami sefamily sahaja yang baru sampai, tengahari baru family abang dan kakak sampai. Riuh tak tahu nak habaq la sebab masing-masing datang dengan anak cucu semua. Ayah akak dah ada 17 orang cicit tau, maknanya akak ni dah ada  17 orang cucu saudara....ramaikan?  Tak dapat jumpa semua pun kali ni.

Bila dah ramai, letaklah apa juga makanan  memang habis. Bersembang dan makan, dah lama kan tak berkumpul macam ni.  Tak tahulah lepas-lepas ni masih diberi kesempatan atau tidak, so kita gunakan masa yang ada sebaiknya. Anak-anak saudara pun dah besar panjang semuanya, penat bergelak ketawa, usik mengusik.  Nikmat bila kau sorang saja yang tinggal jauh daripada keluarga, bila kau balik kampung memang semua akan cuba cari masa bertemu muka.

Cukup 3 hari di kampung, kenalah balik rumah sendiri.  Tak boleh nak berlama kerana ada urusan lain lagi yang perlu diselesaikan.  Perjalanan pulang yang panjang, hampir 12 jam yer dari Melaka ke Kulim, dengan jemnya, bak kata en suami, kalau lumba dengan motosikal memang kalah teruk ! En suami surrender awal bawa kereta dalam jem maka akaklah pelan-pelan kayuh sambil layan lagu raya sepanjang jalan.  Tiada istilah berhenti rehat di R&R sebab semua R&R penuh dengan kenderaan. Kami berhenti sekejap untuk tunaikan solat dan lepaskan hajat sahaja. Rasa lapar, dahaga semua layan dalam kereta sahaja.

Puashati raya kali ini sebab hampir semua ahli keluarga kami dapat jumpa dalam suasana yang meriah dan sihat.  Alhamdulillah lepas jumpa ramai-ramai, semuanya terus sihat dan terhindar daripada sebarang jangkitan.

raya terkejut, raya dah habis, cerita raya 2022
Team raya Melaka. Haha...sebenarnya akak dan family abang saja yang jauh daripada kampung, yang lain-lain semua tinggal dekat. So, memang tiap-tiap tahun kamilah team raya Melaka.

Raya di Pejabat

Tak complete rasanya kalau tiada sambutan di pejabat pula. Dari satu unit ke satu unit, masing-masing buat secara kecil-kecilan sahaja sebagai satu acara untuk berkumpul dan catch-up semula cerita masing-masing. Tapi tak ketinggalan juga satu sambutan peringkat state untuk kumpulkan seramai mana anggota di seluruh negeri.  Meriah memang meriah. Ada pertandingan gerai tercantik, best dress dan yang paling seronok dapat jumpa ramai kawan lama.  Tak larat nak posing ambil gambar.  

raya terkejut, raya dah habis, cerita raya 2022
Meriah beraya dengan rakan-rakan sekerja. Meriah raya meriah makan. Walaupun beraya di hari kerja, kerja tak ditinggalkan, team akak ada 5 orang maka bergilir-gilirlah menjamu juadah dan menjalankan tugas. Yang penting meriah !!


raya terkejut, raya dah habis, cerita raya 2022
Gerai kami ditugaskan menghidangkan kuih muih. Maka pelbagai jenis kuih muih lah yang terhidang termasuklah saki baki kuih raya pelbagai rasa.  Dah habis raya ni mencari juga serdak kuih raya yang ada. Hmmm.....tak boleh makan banyak cukup sekadar merasa.

Sepanjang Syawal, memang ada sahaja jemputan rumah terbuka yang kami terima. Tapi sayangnya tak dapat penuhi semua.  Syawal kali ini bukan setakat meriah menyambutnya tapi sibuk juga dengan urusan anak-anak yang dah mula kembali ke kampus.  Memang Syawal kali ini akan diingat selamanya. Anak-anak pun dah kembali ke lokasi masing-masing. Rindu rasa dah kembali bertamu di hati.

Raya tahun ni memang happening !!! Kawan kata raya dah tak ikut bulan. Ada juga betulnya sebab walaupun dah habis Syawal, masih ada lagi yang buat rumah terbuka. Meriah kan !!!




0 Comments