Hidangan Syawal - Nasi Butter Kismis.  Lamanya akak tak bersiaran di sini. Rindu nak menulis kat sini tapi sangat terhad masa nak berlama-lama melayan blog. In syaAllah lepas ni akak cuba menulis sekurang-kurangnya satu entry sehari. Terima kasih pada yang masih sudi mengunjung walaupun takde update. Kali ni akak nak share satu resipi mudah yang sangat sesuai dihidangkan di Syawal nanti. Selain daripada hidangan ketupat, pulut dan rendang, family akak suka makan nasi juga.  Biasanya kami akan masak special sikit untuk pagi raya.  Akak share resipi Nasi Butter Kismis.  Nasi ni korang boleh makan dengan rendang, kari daging/ayam, ayam masak merah dan apa sahaja menu yang sesuai.

Nasi Butter Kismis

3 cawan beras basmathi
4.5 cawan air tapis
Air rebusan/tumisan daging
3 sudu besar butter Anchor unsalted
Sehelai daun pandan
1 kiub ayam
Kismis
¼ cawan santan/ susu cair
Gula dan garam secukup rasa

juadah raya, menu nasi, hidangan sedap, menu ringkas dan sedap
Kami padankan nasi dengan kari daging dan jelatah simple


Cara sediakan:

Basuh dan rendam beras selama 30 minit.  Kemudian toskan dan masukkan dalam periuk nasi.
Masukkan butter Anchor unsalted, boleh juga gunakan butter Anchor salted dan tak perlu garam kalau guna salted.
Simpul dan masukkan daun pandan.
Curahkan air rebusan/tumisan daging.  
Masukkan kiub ayam, garam dan gula.
Taburkan kismis – ikutlah banyak mana yang korang suka.
Masukkan air tapis dan juga santan.  Kalau ada susu cair, boleh guna susu cair. 
Kacau semua bagi rata rasanya dan bolehlah masak.

juadah raya, menu nasi, hidangan sedap, menu ringkas dan sedap
Semestinya pilihan kami - butter Anchor yang diperbuat daripada susu berkualiti.


Nanti mesti ada yang tanya kenapa tak tumis?...tak masuk bawang ka?
Okay kalau korang nak tahu, masa masak nasi ni, kami masak juga kari daging. So kami gunakan air rebusan/tumisan daging tu sahaja untuk masukkan dalam nasi. Mudah tak perlu buat banyak kerja.

Kalau korang nak tengok video cara penyediaannya, korang boleh tengok kat sini : Video Penyediaan Nasi Butter Kismis

Selamat Mencuba !


2 Comments

  1. Rupa dia menyelerakan nampak macam nasi kuning atau nasi minyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...rasa pun sedap. Cubalah buat.

      Delete