Minggu Akhir Drama Mr Bibik.  Lama dah tak update pasal drama.  Korang ramai yang lain Kdrama, akak masih lagi layan drama-drama Melayu.  tak boleh masuk lagi dengan Kdrama ni, tak tahulah kenapa.  Kawan kata cuba dulu tonton satu series, dah cuba, satu episod pun tak habis. So, layan je lah drama-drama Melayu yang sesuai.  Drama Melayu pun bukan semua akak tengok. Drama Mr Bibik ni pun tertengok sebab rasa macam drama cinta komedi. Kalau cerita-cerita tak serius ni memang sukalah sebab tujuan menonton tu nak santai-santai ja lepas kerja. 

Sinopsis Mr Bibik

slot akasia, drama best, santai, drama cinta komedi

Aulia dan Mukhriz bertunang kerana campur tangan orang tua. Mukhriz obses dengan Aulia dari zaman remaja walaupun semua gadis mampu dimilikinya dengan mudah. Bagi Mukhriz, Aulia amat berbeza baginya. Aulia pula langsung tidak menunjukkan minat terhadapnya sehingga Mukhriz diperlekehkan oleh kawan-kawannya.

Firas, seorang lelaki yang berperwatakan biasa sedang melalui fasa kecewa dalam hidupnya. Dia sanggup berhenti kerja dari sebuah syarikat besar untuk memulakan perniagaan dengan tunangnya, Arisya. Sayangnya, Firas dikhianati apabila Arisya telah berkahwin dengan lelaki lain. Hilang kerja dan juga putus tunang, Firas tidak hilang semangat malah dia tidak kisah untuk bekerja di syarikat pembersihan milik kenalannya.

Hari pertama Firas memulakan tugasnya, dia telah diarahkan untuk membersihkan rumah Aulia. Oleh kerana ada insiden yang kurang menyenangkan antara mereka berdua sebelum ini, Aulia mahu menolak servis Firas. Tambahan pula, Aulia tidak senang dengan lelaki yang bekerja sebagai pembantu rumah. Akhirnya Aulia terpaksa terima kerana kawannya Siti yang juga pemilik syarikat itu memberikan perkhidmatan percuma apabila tidak dapat menghantar pembantu rumah yang sudah biasa ditugaskan.

Firas pening dengan sikap pemalas Aulia dan keadaan rumah yang bersepah. Setelah hampir seminggu bekerja di situ dan pada hari terakhir, tiba-tiba rumah Aulia didatangi Mukhriz dan ayah Aulia, Tuan Halim. Mukhriz menuduh Aulia menyimpan lelaki di rumahnya. Puas Aulia dan Firas menerangkan keadaan sebenar tetapi Tuan Halim tetap kecewa.

Mukhriz menawarkan diri berkahwin dengan Aulia untuk menutup malu Tuan Halim. Namun, Tuan Halim mahu Firas bertanggungjawab atas perbuatannya terhadap Aulia dan mendesak Firas untuk menikahi anaknya. Tuan Halim sanggup mengugut Firas jika tidak mahu ibunya mengetahui perkara yang memalukan ini. Firas minta diberikan masa untuk membuat persediaan.

Firas tidak dapat menerima Aulia seorang yang pemalas dan pengotor untuk menjadi isterinya. Begitu juga dengan Aulia, tidak sanggup bersuamikan Mr Bibik! Mukhriz pula tidak mahu kehilangan Aulia dan tetap akan mencari jalan untuk merampas Aulia balik! Apakah yang akan berlaku seterusnya?


Pemilihan Pelakon Yang Serasi dan Sesuai

Pemilihan pelakon untuk drama Mr Bibik ni nampak sangat keserasian dengan jalan cerita.  Masing-masing punya aura tersendiri. Biasanya kalau sebut nama Saharul Ridzwan mesti terbayang watak hero hensem-hensem, baik-baik yang kadangkala dipermainkan manakala Zara Zya, Liza Abdullah dan Roy Azman memang dah sinonim juga dengan watak ala-ala komedi mereka.

Saharul Ridzwan sebagai Firash Iman
Zara Zya sebagai Auliah Izzatunnisa
Raja Afiq sebagai Mukhriz
Roy Azman sebagai Tuan Halim
Norish Karman sebagai Puan Ameena
Liza Abdullah sebagai Puan Sabariah

Korang yang nak layan drama ni boleh je download aplikasi iQiyi.  Boleh layan ikut kesesuaian masa korang.  Teaser minggu akhir.


0 Comments