Puding Roti Penyelamat Menu Minum Petang.  Haishh...lamanya tak update blog ni. Sibuk sangat ke tuan punya nya? Kalau ikutkan sibuknya biasa-biasa saja. Hari-hari pun sama.  Bila dah dari pagi sampai petang menjawap aduan pelanggan, bila habis waktu kerja memang kalau boleh nak tutup laptop cepat-cepat.  Boleh saja gigih update di phone, tapi akak ni sejenis nak tengok skrin besar, baru rasa puas nak menulis.  Idea pun lancar je. Skrin kecil nanti alamatnya banyaklah typo.  Hari ni akak nak cerita pasal penyelamat akak hari ni.  Penyelamat daripada pembaziran dan penyelamat untuk isi perut di petang hari hujan lebat.  Hujan lebat kat sini hari ni.  Sejuk je cuaca. Bila sejuk ni faham-fahamlah, perut asyik menyanyi lagu riang saja.  Puding roti memang betul-betul jadi penyelamat akan hari ni.

menu minum petang, menu roti, sedap dan lazat, menu keluarga

Semalam lagi ternampak sebungkus roti gardenia yang husband beli 2 hari lepas tak berusik.  Budak-budak ni, kalau takde apa jajan, asyik minta, bila ada makanan tersedia selalu tak berusik.  Roti antaranya.  Biasanya akak habiskan dengan buat  pizza telur, roti telur atau sandwich.  Tapi kali ini, nak cuba buat puding roti pula.  Dah lama teringin nak cuba tapi virus M tu banyak sangat. Since kakak tengah cuti sementara mula semester baru, bolehlah akak buli dia sikit.

Puding Roti Sos Kastard

Puding roti dan sos kastard ni akak cuba guna resipi Aziekitchen.  Nama pun hampir sama.  Tapi akak ubah-ubah juga guna apa bahan yang ada di rumah saja.

Bahan-bahan :

Bahan A:

7-8 keping roti
2 sudu besar mentega - cairkan (akak guna butter)
3 sudu besar kismis - yang ni akak tak sukat pun, campak sesuka hati

Bahan B:

500 ml susu segar @ 2 cawan
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla - tak masukkan yang ni sebab dah habis, kalau masuk lebih wangi bau puding
1 sudu kecil serbuk cinnamon


Untuk Sos Kastard

1 tin susu cair - akak guna baki susu segar yang ada
¼ tin air - guna tin susu cair tadi - oleh kerana guna susu segar, akak masukkan 1/4 cawan air
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

Cara cara:

Satukan bahan-bahan B. Koyakkan roti dan masukkan ke dalam bahan B. Biarkan terendam dan meresap seketika.  Masukkan separuh kismis dan juga mentega/butter cair . Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan. 

Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak.

Untuk membuat sos kastad, campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat mengikut kepekatan ikut selera masing-masing.  Rasalah juga manisnya. 

Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad. Akak buat cara bakar. Boleh juga kalau korang nak buat cara kukus.  Terpulang ikut citarasa masing-masing.

menu minum petang, menu roti, sedap dan lazat, menu keluarga


*terimakasih Aziekitchen, akak guna resipi awak. Oleh kerana first time buat jadi dan sedap juga, bolehlah kongsi kat sini dan simpan resipi di sini.


Selamatlah daripada terbuang roti ni.  Minum petang pun dengan menu baru hari ni. Alhamdulillah syukur.......

4 Comments

  1. Alhamdulillah
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  2. Sedap dimakan di waktu petang. Buat makan sarapan pun ok juga puding roti ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu....masuk peti ais, makan sejuk sejuk pun sedap.

      Delete