Puding Roti Penyelamat Menu Minum Petang
Puding Roti Penyelamat Menu Minum Petang. Haishh...lamanya tak update blog ni. Sibuk sangat ke tuan punya nya? Kalau ikutkan sibuknya biasa-biasa saja. Hari-hari pun sama. Hujung minggu pun sibuk juga. Macam-macam urusan nak buat. Biasa hujung minggu ni antara yang perlu dibuat ialah menyemak tarikh luput barang makanan atas meja. Sepanjang minggu biasanya ada sahaja makanan seperti roti, biskut, brownies dan kek yang kami beli dengan tujuan untuk kudap-kudapan atau buat sarapan pagi. Hari ni jadilah kami penyelamat kepada beberapa keping roti yang dah tiba tarikh tamatnya.
Penyelamat daripada pembaziran dan penyelamat untuk isi perut di petang hari hujan lebat. Hujan lebat kat sini hari ni. Sejuk je cuaca. Bila sejuk ni faham-fahamlah, perut asyik menyanyi lagu riang saja. Puding roti memang betul-betul jadi penyelamat akak hari ni.
Semalam lagi ternampak sebungkus roti gardenia yang husband beli 2 hari lepas tak berusik. Budak-budak ni, kalau takde apa jajan, asyik minta, bila ada makanan tersedia selalu tak berusik. Roti antaranya. Biasanya akak habiskan dengan buat pizza telur, roti telur atau sandwich. Tapi kali ini, nak cuba buat puding roti pula. Dah lama teringin nak cuba tapi virus M tu banyak sangat.
Puding Roti Sos Kastard
Puding roti dan sos kastard ni akak cuba guna resipi Aziekitchen. Nama pun hampir sama. Tapi akak ubah-ubah juga guna apa bahan yang ada di rumah saja.
Bahan-bahan :
Bahan A:
2 sudu besar mentega - cairkan (akak guna butter)
3 sudu besar kismis - yang ni akak tak sukat pun, campak sesuka hati
Bahan B:
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla - tak masukkan yang ni sebab dah habis, kalau masuk lebih wangi bau puding
1 sudu kecil serbuk cinnamon
Untuk Sos Kastard
¼ tin air - guna tin susu cair tadi - oleh kerana guna susu segar, akak masukkan 1/4 cawan air
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
Cara cara:
Satukan bahan-bahan B. Koyakkan roti dan masukkan ke dalam bahan B. Biarkan terendam dan meresap seketika. Masukkan separuh kismis dan juga mentega/butter cair . Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak.
Selamatlah daripada terbuang roti ni. Minum petang pun dengan menu baru hari ni. Alhamdulillah syukur. Korang minum apa petang ni?
6 Comments
Alhamdulillah
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
Alhamdulillah...terima kasih
DeleteSedap dimakan di waktu petang. Buat makan sarapan pun ok juga puding roti ni.
ReplyDeleteBetul tu....masuk peti ais, makan sejuk sejuk pun sedap.
DeleteIni cemilan favorit kami sekeluarga kak 😍😍😍. Saya paliiiing suka dengan pudding roti. Apalagi kalo dah tercium wangi cinnamon dan vanila nya, beuugh, sampai satu rumah wangi 🤤😍.
ReplyDeleteJadi nak buat juga
ya, saya suka juga makan roti gini, cepat kenyang.
Delete