Jom Buat Chicken Chop Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Di Rumah.  Hari-hari memang jadi pening nak fikirkan apa  lauk nak di masak di rumah.  Hari kerja memang akak akan masak menu yang mudah tambahan kalau ada meeting dan report yang perlu dibuat.  Biasanya untuk hari-hari yang akak agak sibuk dengan kerja-kerja ofis, en hubby akan ambil alih tugas memasak.  Kami biasanya masak sekali sehari untuk makan berat dan biasanya selepas asar baru nak betul-betul masuk dapur.  Sebelah pagi samada beli sarapan merangkap makan tengahari atau akak masak yang simple simple sahaja. Sekali sekali tukar selera, teringin nak makan chicken chop tapi yang beli selalu tak memuaskan hati, tambahan dengan musim pendamik ni, baik buat sendiri. Jadilah chicken chop buat sendiri yang sedap dan puashati.

masakan western, chicken chop buat sendiri, masakan senang dan sedap, chicken chop sedap


Chicken Chop - Penyediaan Ayam

Mula-mula bila dah terdetik hati nak buat chicken chop ni, tugas en hubby ialah untuk beli ayam.  Kalau malas nak proses sendiri, korang suruh aja penjual potongkan dan buat tulang bahagian dalam.  En Hubby suka proses sendiri, saiz potong boleh adjust ikut suka.  Part yang paling tak suka buat ialah mengeluarkan tulang bahagian paha. Buatlah dengan hati.

Selepas selesai potong bahagian ayam, basuh bersih-bersih dan toskan. Sementara tu korang boleh la cari bahan untuk salut ayam .  Akak gunakan tepung serbaguna Bestari. Mudah guna tepung ni, tak perlu tambah apa-apa dah, rasa dah cukup.  Panaskan minyak.  Ambil ayam tadi dan salutkan dengan tepung serbaguna Bestari. Salut keseluruhan tau.  Kalau korang nak celup dalam telur dan salut dengan tepung pun boleh, mana-mana yang memudahkan korang. Bagi akak cukup dengan salutan tepung.  

Bila minyak dah cukup panas, korang gorenglah ayam tu. Rajin-rajin balik-balikkan ayam supaya masak rata. Selesai goreng ayam, boleh lah goreng kentang pulak. Ketepikan semua tu. Boleh sediakan coleslaw dan kuah blackpepper pulak.

Bahan-bahan Coleslaw

Karot
kobis
mayonis
sedikit perahan lemon
garam dan gula

Karot dan kobis korang racik halus. Guna alat pengupas bergerigi lebih mudah. Selesai, gaulkan dengan mayonis dan tambah sesudu makan perahan limau.  Kalau tak suka masam, kurangkan.  Akak suka coleslaw yang rasa masam-masam sedikit. Taburkan garam dan gula secukup rasa.  Sukatan bahan-bahan yang korang nak gunakan ini terpulang pada keperluan masing-masing. Kalau dapat sejukkan sebentar pun sedap juga.

Resipi Sos Blackpepper Sedap

Bahan-bahannya :
1 sudu mentega
1 sudu tepung gandum
1/2 pati kiub ayam
Sedikit air
Serbuk Demi Glace Brown Sauce Mix
Sedikit kicap* optional sekiranya nak kuah nampak sedikit gelap

Mula-mula, cairkan 1 sudu mentega di dalam kuali. Masukkan tepung gandum, kacau supaya ia sebati dan tidak berketul-ketul.  Masukkan kiub pati ayam.  Masukkan air sedikit demi sedikit. Bancuh serbuk Demi Glace Brown Sauce Mix  dengan air dan curahkan ke dlam campuran tadi.  Kacau supaya sebati. Boleh rasa dan kalau kurang likat boleh juga tambahkan sedikit tepung jagung. Demi Glace Brown Sauce Mix ini, korang kena cuba kalau nak buat sos chicken cop yang sedap.

masakan western, chicken chop buat sendiri, masakan senang dan sedap, chicken chop sedap
Inilah yang kami gunakan untuk hasilkan sos chicken chop yang sedap

**sukatan bahan ini adalah untuk satu hidangan chicken chop, kalau buat untuk beberapa hidangan, boleh gandakan bahan-bahan yang digunakan.

Akhir sekali, boleh celurkan sayur-sayuran seperti brokoli, karot dan kobis bunga.

Siap semua, bolehlah hidangkan. Susunlah ikut citarasa korang.  Memang puashati bila makan masakan sendiri. Bila sediakn sendiri ni, bahan nak guna banyak atau sedikit terpulang pada korang.  Kadang-kadang bila beli, ada saiz ayamnya agak kecil, tak puas makan. 

Pada peminat chicken chop, boleh cuba buat sendiri ikut cara akak ni....gerenti sedap !


2 Comments